Followers

Friday, November 9, 2012

Atas Nama Wafiqa

Assalamualaikum teman-teman dan sahabat sahabat maya :)
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih meminjamkan nafas ini sehingga hari ini :) Semoga rakan-rakan dan sahabat-sahabat maya di luar sana dalam keadaan sihat..

Ada sahabat maya bertanyakan kenapa memilih nama Wafiqa sebagai nama islam.
Beliau berkata, kenapa tidak memilih nama lain atau mengekalkan nama asal seperti rakan-rakan saudara baru yang lain?

Jawapan saya:
Sahabat, mungkin jawapan saya ini agak leceh dan mudah dibaca.
Sebelum memilih nama ini, saya dikenali sebagai B**neh. Semasa dalam proses mencari nama, saya tertarik dengan maksud nama ini. "Kejayaan" membawa maksud, semoga diberi kejayaan yang baik-baik. Dalam hati ini berbisik, semoga Allah sentiasa memberikan kejayaan pada diri ini sama ada di duani ataupun akhirat :).

Seterusnya, saya memang menyukai nama ini. Semasa saya memeluk islam, Saya ada diberi pilihan sama ada menukar nama baru atau kekal dengan nama asal. Saya memutuskan untuk terus menukar nama baru atas sebab-sebab peribadi:

* Sejarah hidup semasa menganuti agama lama. Dengan harapan, niat agar terasa "dilahirkan" semula. Tapi jangan salah tafsiran, tidaklah pula saya menganggap diri ini sudah suci..kerana sesungguhnya Allah pernah berfirman:
...maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm:32)

* Kisah hidup sebelum kembali kembali ke agama fitrah ini amat pahit untuk dikenang. Allahuakhbar, tidak sanggup rasanya mengingati kisah lama..Sesekali teringat, saya mengurut dada dan beristighfar banyak kali. Sesungguhnya perancangan Allah untuk diri ini amat hebat..

Sedikit sebanyak, dengan nama yang baharu ini..jiwa dan hati ini terasa tenang..
Semoga dengan perubahan diri ini juga, Allah sentiasa limpahkan rahmat dan hidayah kepada kami sekeluarga. Kepada sahabat-sahabat maya juga. Insyaallah..


No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...