Followers

Saturday, February 18, 2012

My Thought

Assalamualaikum..

Saturday, Feb 18th 2012

Hemm kenapa perlu highlite kan tarikh harini? hehe..

Sebab hari ini ayah dah mula kelas..
Sebab dalam hati ni macam-macam kerisauan yang melanda..
Sebab dalam minda ni macam-macam perkara yang difikir..
urgh~ Risau sebenarnya..

Risau dengan masa depan..

Risau..

Adakah diri sudah cukup beriman kepada Allah?
Adakah didikan terhadap anak-anak sudah cukup baik dan menepati apa yang Allah suruh..
Adakah diri sudah cukup baik untuk suami dan anak-anak sesuai dengan syariat islam? :(

Setiap hari berfikir benda yang sama..setiap hari cuba untuk memperbaiki..
Bersabar dengan apa jua keadaan walau sepenat mana pun diri ni..
Namun masih juga terkandas dek kerana hilang sabar walau sesaat :(..
Ya Allah, penyesalan hadir..

Kadang-kadang leka dengan nikmat dunia..
Lupa sekejap dengan akhirat..
Ya Allah, inilah ujian mu..terkandas lagi..
Taubat lagi..
Adakah dosa-dosa ini suda diampuni Allah? Hanya Allah yang mengetahui..
Yang penting, cuba lagi untuk lulus dalam exam Allah ini huhu..

Kadang-kadang terfikir, kalau lah Allah tarik nafas ini dari jasad..
Ya Allah, tidak dapat ku bayangkan keadaan ku dalam alam barzakh..
Adakah kuburku seluas 70 hasta? atau sebaliknya?
Adakah diri ni boleh lulus dalam setiap ujian Allah?

InsyaAllah..
InsyaAllah..
Cuba untuk buat yang terbaik..
Cuba lagi untuk ISTIQAMAH..InsyAllah..

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...