Followers

Thursday, February 9, 2012

Kuih Buah Melaka

Update: Resepi doh karipap aritu dah diupdatekan balik..boleh cek di sini

Aritu buat kuih ni..senang sangat..
Dan juga sedap sangat..hihiih

Bahan2

1) Tepung pulut
2) Air secukupnya
3) Pewarna
4) Gula melaka
5) PArut kelapa

Cara2

Uli tepung pulut dengan secukup air yang telah diwarnakan dengan pewarna hijau
Uli lah sampai tepung tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh, bulatkan, masukkan gula melaka yang di potong dadu
Buatlah sampai doh tepung pulut habis.

Didihkan air di kuali ataupun apa sahaja yang boleh digunakan.
Agak2 suda mendidih, masukkan doh bulat sehingga masak.
KAlau nak tau keadaan doh tu sama ada masak atau tak, doh tu akan timbul.
Tapi saya masak bagi lama sikit..supaya gula melaka dalam doh tu cair :)..
Lepas masak, angkat..terus salutkan dengan parut kelapa..

P/s: Saya beli parut kelapa kering yang suda di pek. hihi..takut sakit perut pny pasai..kkekekke

Taraaaa~ dah siap :)


No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...