Followers

Thursday, January 26, 2012

Karipap Mudah

Oleh kerana ada permintaan resepi karipap tu..
Maka marilah kita sama-sama membuat resepi karipap ni ekk :)

*Bahan-bahan*

1) Doh berminyak

300gm tepung gandum
75gm margerin+75gm shortening(saya guna lemak sayur)

2) Doh biasa

700gm tepung gandum
air secukupnya(sampai tepung boleh diuli)
secubit garam

(Cara-cara)

Satukan doh berminyak
Uli sampai seakan akan berminyak
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan setiap satu



Satukan pula doh biasa
Uli sampai tidak melekat di tangan
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan juga setiap satu





Uli sedikit satu doh biasa
Letakkan doh berminyak di atas doh biasa
Balut doh berminyak dengan doh biasa




Uli doh senipis yang mungkin(Elakkan doh melekat di papan uli)
Belah tengah doh dengan pisau
gulung kedua dua doh



Uli lagi doh sampai berbentuk lonjong
gulung lagi




Potong potongkan kepada 4 bahagian :)



Setiap bahagian di uli



barulah kepilkan dengan acuan karipap

saya guna inti kentang :)

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...