Followers

Wednesday, January 25, 2012

Andainya Engkau Pergi Dulu Sebelum Ku

Sunyilah rumah ini dari bunyi-bunyian lagu kegemaranmu..

Sunyilah rumah ini dari senyum, hilai tawamu..

Sunyilah halaman rumah ini dari bunyi mesin pemotong rumput..

Sunyilah sakatan-sakatan daripadamu terhadap anak-anak..

Sunyilah rumah ini waktu subuh sekembali mu dari surau..


Tiada lagi teman berbicara..

Tiada lagi teman sekatil dan sebantal..

Tiada lagi omelan darimu mencari baju dan seluar untuk berjogging..

Tiada lagi Driver kami ke pasar minggu..

Tiada lagi sorakan dari anak-anak menunggumu sekembali dari pejabat..

Tiada lagi request darimu membuat kuih karipap..

Tiada lagi request darimu membuat pau..

Tiada lagi request darimu membuat Donat..

Tiada lagi bebelan darimu pasal barang yang dibeli..
(sebab mu sangat mengutamakan kualiti barang yang dibeli :)..)

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar operating system komputer..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop abang..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop ibu..

Tiada lagi bunyi bising dengkuranmu setiap malam..

Tiada lagi igauan yang kadang kala memecah keheningan malam.."ok cantik!!" huhu..

Tiada lagi orang yang sentiasa mengarah ibu "eh ibu, singgah ambil lada, garam, kicap, limau hee~~"

Tiada lagi gurauan darimu, "abang(anak sulung), apa kita mo beli petang ni?" sambil mencuri curi pandang ke arah ibu..
sebab mu tahu, ibu sangat suka keluar beli makanan petang :)

Tiada lagi yang mengarah ibu "hihi ibu ambil potong kuku, potong kuku ayah"

Tiada lagi yang menyakat ibu "ala ibu, besok(sabtu) ayah keja"..
(sebab mu tahu ibu sangat suka ayah cuti huhu)


***************************************************************************

Tetapi, semua tu belum lagi berlaku kepada diri ini..
Dalam hati ni, tiada siapa yang tahu betapa ku sangat bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan olehNya..

Betapa ku menghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini..
Selepas bangun pagi, perkataan pertama yang keluar dari mulut ini "SYUKUR ALHAMDULILLAH Allah masih meminjam kan nafas-nafas ini"

Seusai solat, perkataan pertama yang terpacul dari mulut ini, "SYUKUR ALHAMDULILLAH"

Semoga Allah sentiasa memelihara suamiku dari segala kecelakaan..memelihara kesihatan suamiku..memanjangkan umur suamiku Aminn..




2 comments:

  1. Amin...menghargai setiap detik bersama org yg tersayang, so sweet.(^_^)

    ReplyDelete
  2. insyaallah..semuanya tersemat dalam hati :)

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...