Followers

Friday, January 27, 2012

Risau Sekejap..

Ya Allah, berikan kami jalan penyelesaiannya :(..
Mudah mudahan dipermudahkan Allah..

Sabar Itu Indah..

Sabarlah wahai hati..kerana,

Hidup didunia ini hanya sementara..
Sakit didunia ni cuma sementara..
Kaya dan miskin didunia ini hanya sementara..
Penat didunia ini hanya sementara..
Malu didunia ini hanya sementara..
***************************************


Tingkatkan ibadah,

Untuk bekalan kita di akhirat kelak..
Sebagai sandaran kita untuk membela diri di padang masyar kelak..
Berdoa lah, semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan menempuhi apa jua
dugaan di dunia ini..InsyaAllah.. :)

Thursday, January 26, 2012

Karipap Mudah

Oleh kerana ada permintaan resepi karipap tu..
Maka marilah kita sama-sama membuat resepi karipap ni ekk :)

*Bahan-bahan*

1) Doh berminyak

300gm tepung gandum
75gm margerin+75gm shortening(saya guna lemak sayur)

2) Doh biasa

700gm tepung gandum
air secukupnya(sampai tepung boleh diuli)
secubit garam

(Cara-cara)

Satukan doh berminyak
Uli sampai seakan akan berminyak
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan setiap satu



Satukan pula doh biasa
Uli sampai tidak melekat di tangan
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan juga setiap satu





Uli sedikit satu doh biasa
Letakkan doh berminyak di atas doh biasa
Balut doh berminyak dengan doh biasa




Uli doh senipis yang mungkin(Elakkan doh melekat di papan uli)
Belah tengah doh dengan pisau
gulung kedua dua doh



Uli lagi doh sampai berbentuk lonjong
gulung lagi




Potong potongkan kepada 4 bahagian :)



Setiap bahagian di uli



barulah kepilkan dengan acuan karipap

saya guna inti kentang :)

Jom Makan

2 Hari lepas buat karipap :)
Alhamdulillah jadi juga..
Insyaallah sampai bila2 ingat resepi ni :)..hehe
suami pun suka..anak2 lagi la suka..


Inilah hasilnya..ayah kata dah boleh buka tempahan :P..hehhe

Wednesday, January 25, 2012

Andainya Engkau Pergi Dulu Sebelum Ku

Sunyilah rumah ini dari bunyi-bunyian lagu kegemaranmu..

Sunyilah rumah ini dari senyum, hilai tawamu..

Sunyilah halaman rumah ini dari bunyi mesin pemotong rumput..

Sunyilah sakatan-sakatan daripadamu terhadap anak-anak..

Sunyilah rumah ini waktu subuh sekembali mu dari surau..


Tiada lagi teman berbicara..

Tiada lagi teman sekatil dan sebantal..

Tiada lagi omelan darimu mencari baju dan seluar untuk berjogging..

Tiada lagi Driver kami ke pasar minggu..

Tiada lagi sorakan dari anak-anak menunggumu sekembali dari pejabat..

Tiada lagi request darimu membuat kuih karipap..

Tiada lagi request darimu membuat pau..

Tiada lagi request darimu membuat Donat..

Tiada lagi bebelan darimu pasal barang yang dibeli..
(sebab mu sangat mengutamakan kualiti barang yang dibeli :)..)

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar operating system komputer..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop abang..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop ibu..

Tiada lagi bunyi bising dengkuranmu setiap malam..

Tiada lagi igauan yang kadang kala memecah keheningan malam.."ok cantik!!" huhu..

Tiada lagi orang yang sentiasa mengarah ibu "eh ibu, singgah ambil lada, garam, kicap, limau hee~~"

Tiada lagi gurauan darimu, "abang(anak sulung), apa kita mo beli petang ni?" sambil mencuri curi pandang ke arah ibu..
sebab mu tahu, ibu sangat suka keluar beli makanan petang :)

Tiada lagi yang mengarah ibu "hihi ibu ambil potong kuku, potong kuku ayah"

Tiada lagi yang menyakat ibu "ala ibu, besok(sabtu) ayah keja"..
(sebab mu tahu ibu sangat suka ayah cuti huhu)


***************************************************************************

Tetapi, semua tu belum lagi berlaku kepada diri ini..
Dalam hati ni, tiada siapa yang tahu betapa ku sangat bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan olehNya..

Betapa ku menghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini..
Selepas bangun pagi, perkataan pertama yang keluar dari mulut ini "SYUKUR ALHAMDULILLAH Allah masih meminjam kan nafas-nafas ini"

Seusai solat, perkataan pertama yang terpacul dari mulut ini, "SYUKUR ALHAMDULILLAH"

Semoga Allah sentiasa memelihara suamiku dari segala kecelakaan..memelihara kesihatan suamiku..memanjangkan umur suamiku Aminn..




Kepada Mu Ku bersyukur

Alhamdulillah,

Allah masih pinjamkan nafas ini..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Bila dikenang kembali, banyak pahit dan manis yang dilalui sebelum ni..
Pengalaman manis dijadikan sandaran untuk saya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang allah berikan..
Pengalaman pahit pula sebagai sandaran saya untuk terus memperbaiki lagi diri ini.. :)


Monday, January 23, 2012

Gambar Anak2..

Abang dan kakak ika :) ..
Ibu dan ayah berpesan, jadilah anak yang soleh dan solehah.. :)
abang, jaga adik-adikmu sepertimana mu menjaga dirimu..

Pesan ibu kepada abang, jadilah teladan yang baik pada adik2..
Pesan ibu kepada kakak ika, jaga adikmu aqmal..
Pesan ibu kepada aqmal, jadilah adik yang menyenangkan hati kedua abang dan kakakmu :)..

Peliharalah ikatan persaudaraan kalian hingga ke hujung nyawa..

InsyaAllah anak2 ibu memang hebat!




Dah Bersawang Blog ni..huhuh

Assalamualaikum semua..ek? ada lagi ker yang baca ni? huhu

Tak pe la, hehe..memang mcm2 dugaan lepas bersalin ni..sebab tu bz memanjang..hehe
Bukan apa, lepas jer beranak aritu mula la sesi berpantang..pantang sendirik2 jer..
Mama pun tak dapat nak tolong bnyk..sb beliau bz dekat kampung..
Akak ipar aritu cuma dapat tgk2 3-4 hari jer..tu pun alhamdulillah..sb dia sendiri pun bz..hukuhuk..

PAstu dalam masa yang sama anak bongsu (bongsu ker?) hehe..setakat ni lah..lepas jer 3 minggu keluar dari perut ibu, kena kembung perut la pulak..
mcm2 dah apply dekat perut dia still mcmtu jugak..dengan minyak kayu putihnyer..minyak yu yi..minyak mestika bayini..last2 minyak telon juga yang dia nak..
Sebelum tu baby siap masuk hospital lagi sebab demam kuning..kuikuik..memang dugaan la..
Belom reda kembung perut dia, kena hernia lak..huhu alhamdulillah tak teruk sangat..sekarang ni still monitor kedaan dia..huhu sabar jer la..

baby punyer latest pics..

Dah besor dah budak kecik ni :) ..umo 3 bulan seminggu dengan berat 6.8kg..huhu menempel jer skg ni dekat badan..dan suka sangat kena bawa bercerita..
Semoga jadi anak yang soleh ek..jgn nakal2.. ;)

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...