Followers

Friday, November 9, 2012

Atas Nama Wafiqa

Assalamualaikum teman-teman dan sahabat sahabat maya :)
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih meminjamkan nafas ini sehingga hari ini :) Semoga rakan-rakan dan sahabat-sahabat maya di luar sana dalam keadaan sihat..

Ada sahabat maya bertanyakan kenapa memilih nama Wafiqa sebagai nama islam.
Beliau berkata, kenapa tidak memilih nama lain atau mengekalkan nama asal seperti rakan-rakan saudara baru yang lain?

Jawapan saya:
Sahabat, mungkin jawapan saya ini agak leceh dan mudah dibaca.
Sebelum memilih nama ini, saya dikenali sebagai B**neh. Semasa dalam proses mencari nama, saya tertarik dengan maksud nama ini. "Kejayaan" membawa maksud, semoga diberi kejayaan yang baik-baik. Dalam hati ini berbisik, semoga Allah sentiasa memberikan kejayaan pada diri ini sama ada di duani ataupun akhirat :).

Seterusnya, saya memang menyukai nama ini. Semasa saya memeluk islam, Saya ada diberi pilihan sama ada menukar nama baru atau kekal dengan nama asal. Saya memutuskan untuk terus menukar nama baru atas sebab-sebab peribadi:

* Sejarah hidup semasa menganuti agama lama. Dengan harapan, niat agar terasa "dilahirkan" semula. Tapi jangan salah tafsiran, tidaklah pula saya menganggap diri ini sudah suci..kerana sesungguhnya Allah pernah berfirman:
...maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa. (An-Najm:32)

* Kisah hidup sebelum kembali kembali ke agama fitrah ini amat pahit untuk dikenang. Allahuakhbar, tidak sanggup rasanya mengingati kisah lama..Sesekali teringat, saya mengurut dada dan beristighfar banyak kali. Sesungguhnya perancangan Allah untuk diri ini amat hebat..

Sedikit sebanyak, dengan nama yang baharu ini..jiwa dan hati ini terasa tenang..
Semoga dengan perubahan diri ini juga, Allah sentiasa limpahkan rahmat dan hidayah kepada kami sekeluarga. Kepada sahabat-sahabat maya juga. Insyaallah..


Imej Hantu

Kelmarin harian metro keluarkan tajuk Juru rawat rakam imej hantu.
Ini berita tersebut.


Nampak jelas jugaklah hantu tu. Seorang perempuan yang berbaju putih dan berambut panjang..
Dan kebetulan semasa membaca berita tersebut, suami seraya berkata "eh, mcm pernah nampak hantu ni. Sikawan bagi tengok dalam handphonenya haritu"
Suami ambil gambar tu dari kawan.
Ini dia gambar hantu yang sama, lokasi dapur ntah siapa punya. Cuma imej hantu ni sedikit blur.



Nampak tak?
Setelah ditandakan.

Nampak tak. Klu tak, tgk dekat baju dan rambut dia..sama jer..hihi

Moralnya, jgn terus percaya dgn berita2 mcmni..hihih



Sunday, July 1, 2012

Menentukan Nanas Manis Atau Masam

Aiseh lama pulak tak update blog kan :)
hemm..

Tadi pagi sempat jugaklah pegi tamu sekejap..hehe
Tapi nak cepatt jer sebab jam 8 ayah ada kelas..
Dah tetiap minggu beli nanas dan tahu juga la sikit sikit macam mana nak menentukan sama ada nanas itu manis atau tak.. :)
Dengan bantuan mama dan pengalaman sendiri la kengkononyer :)..
hheheh..

Okey,

1) Nanas Masam

a)"Mata" nanas kecik kecik..maksudnya, petak petak dekat buah dia tu bersaiz kecil..
b)Bau nanas masam



2) Nanas Manis

a) Mata nanas saiz besar
b) Bentuk nanas melonjong
c) Warna merah kekuningan
d) Bau nanas manis

Heheh tu saje la..yang penting masa membeli tanya penjual la untuk kepastian sama ada nanas tu manis ker tak ;)
ok dah...

Friday, May 11, 2012

Terkini

Dah lama tak update blog ni..huhu Banyak gambar sebenarnya nak tepek ni..tapi tak tau dekat mana yah simpan gambar2 tu..huhuh Tadik pg pasar sekejap..sebab ayah balik awal kan harini.. Kursus dah abis kan.. Pastu beli ikan, ayam dan sayur sayuran.. Mahal juga eh ikan sekarang ni? huhuhu beli ikan basung pun cukup lah.. orang sabah panggil ikan basung..orang semenanjung sana ntah apa dorang panggil..hehhe Mintak 2 kilo jer..cukup lah tu kan.. :) Mama pun dah siap operation. Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab akhirnya jadi juga pembedahan tu.. Sebab malam sebelum mama kena operate, dia call..huhuh Macam macam yang tak kena katanya..rasa sakit dada la..rasa nak demam la..huhuh Saya pun, agak takut juga sebab takut jadi apa2 masa operation tu.. Lagi takut klu tak jadi operation pasal turn dia dari awal tahun lepas lagi tapi tak jadi2 jugak..huhu Saya ckp dekat mama, bersabar dgn ujian Allah..Kalau dah ajal kita tiba, nak buat mcmna kan.. Kalau dah ajal kita sampai, sampai lah..kalau Allah masih panjangkan umur kita, insyaAllah lepas pembedahan mama masih ada.. "saya doakan mama juga nanti" Tu yang saya ckp.. Hati rasa sayu juga masa sampaikan kata kata tu.. Ntah mama faham ke tak apa yang saya ckp sebab dia none muslim..huhu Tapi alhamdulillah, berkat doa semua org..dapat juga pembedahan tu dibuat.. Syukur ke hadrat ilahi.. :) Selalu terlintas difikiran ni, kalau esok Allah tarik roh ni dari jasad, .................... Mudah mudahan Allah panjangkan umur kami sekeluarga :) Apa2pun lagu ini memang best :) hehe insyaAllah, nak juga memunaikan haji nanti..insyaallah..

Thursday, April 5, 2012

Pantai ShahBandar..

Sabtu lepas konon lepas subu nak bergerak p pantai..
Tapi dek terlewat jam 8 baru bergerak..huhu
Nasib baiklah masa tu mendung..
Syukur alhamdulillah..
Apa lagi, budak2 ni sampai tak ingat nam makan..
asyik main jer..
Bila sampai sana teruja sunggu sb pantai dah bersih :)
penduduk kg yg bersihkan klu ikut dr papan tanda tu..


siap ada karung sampah :)


"perhatian, jgn membuang sampah di kawasan ni terima kasih" :)
Selang satu pokok ada tanda peringtan ni :)


Memang bersih :)


Indahnya pemandangan :)


Dah cantik


Pantai yang bersih :)




Cuaca yang mendung :)




Abang tulis nama sendiri atas pasir :)


Adik suka suki meniarap :)


Aktiviti berenang bermula :D

minggu ni pg lagi insyaallah :)

Tak Boleh Kacau Okey?

Hehehe bangun pagi solat dulu..
Pastu buat sarapan..
Baru nak bersilat, budak kecik ni gigih nak bangun..hehe cumil!
Selalu pepagi ayah yang temankan adik..
KAlau tak, memang melalak budak kecik ni dek tak nampak org..
Huhuhu..
Ayah menghadap komputer, dia pun nak jugak..
Ayah sorong dengan laptop ibu..huhu


Jangan kaco ok? bisnes jota2 ni..huhu
Serius bukan main lagi budak kecik ni kan?


Wednesday, April 4, 2012

Aktivity tuu~



Asal tengah hari, mesti luangkan masa dengan anak2 buat aktiviti. :)
So far so gud. abang memang baik tapi sedikit lazy la katakan..huhu
Ika pulak senitiasa rajin..cuma kita jer yang kena rajin :P..huhuhu

Takper la, slow2..takut terlalu memaksa dorang..huhu

Ingatkan Dah Ada Isi Balik :P

Bak kata ayah..belom rezeki..
Huhu memang berdebar tunggu result..
Ingatkan adik dah ada adik baru hehe..
Apa2pun syukur alhamdulillah Allah sangat memahami :)..



Tak kira la..harini memang updat abis punya..huhu takut tiada masa nak update lagik..heheh

Assalamualaikum..

Assalamualaikum dah bersawang :( ..huhu
Yela, dah 3 orang anak kan..hehe
Tapi alhamdulillah..sepanjang melahirkan anak ke tiga ni..
Tiada masalah sangat..
Cuma busy sikit jer la..
Sebab nak kena jaga bebetul budak kecik ni..
Hernia dia still kena monitor..
Takut benjolan berlaku lagi..Insyaallah takde pape :)

Abang pula still dekat rumah..
belom skolah lagi :(
tapi ayah kata tak terlambat lagi..
Jangan risau la..
Tahun depan terus masuk praskoleh jer katanya..
Alhamdulillah, di rumah mmg kena ajar jugakbenda2 yang bermanfaat utk dia ke sekolah nanti.. :)

Ika pulak, sama sama skolah dengan abang dia nanti..tahun depan la..
Ngam sangat org kata :)..
hati sentiasa berbunga..rasa seronok bila nak hantar budak2 ni p skolah..
Insyaallah, panjang umur..tiba masanya juga nanti..

Sekarang ni cuma bekalkan anak2 ilmu wajib, ilmu Allah..
Apa tanggung jawab dorang ke atas hidup dorang..huhu
Semoga Allah permudahkan..
Memandangkan saya pun masih "merangkak" dalam bab ni..

Ayah dah habis class..ermm
Tapi ayah bulan 5 akan datang ada lagi kelas yang akan meyusul..
Semoga semuanya dipermudahkan Allah.. :)

Lets see my mujahidins and mujahidah
Latest pic :)

Saturday, February 18, 2012

My Thought

Assalamualaikum..

Saturday, Feb 18th 2012

Hemm kenapa perlu highlite kan tarikh harini? hehe..

Sebab hari ini ayah dah mula kelas..
Sebab dalam hati ni macam-macam kerisauan yang melanda..
Sebab dalam minda ni macam-macam perkara yang difikir..
urgh~ Risau sebenarnya..

Risau dengan masa depan..

Risau..

Adakah diri sudah cukup beriman kepada Allah?
Adakah didikan terhadap anak-anak sudah cukup baik dan menepati apa yang Allah suruh..
Adakah diri sudah cukup baik untuk suami dan anak-anak sesuai dengan syariat islam? :(

Setiap hari berfikir benda yang sama..setiap hari cuba untuk memperbaiki..
Bersabar dengan apa jua keadaan walau sepenat mana pun diri ni..
Namun masih juga terkandas dek kerana hilang sabar walau sesaat :(..
Ya Allah, penyesalan hadir..

Kadang-kadang leka dengan nikmat dunia..
Lupa sekejap dengan akhirat..
Ya Allah, inilah ujian mu..terkandas lagi..
Taubat lagi..
Adakah dosa-dosa ini suda diampuni Allah? Hanya Allah yang mengetahui..
Yang penting, cuba lagi untuk lulus dalam exam Allah ini huhu..

Kadang-kadang terfikir, kalau lah Allah tarik nafas ini dari jasad..
Ya Allah, tidak dapat ku bayangkan keadaan ku dalam alam barzakh..
Adakah kuburku seluas 70 hasta? atau sebaliknya?
Adakah diri ni boleh lulus dalam setiap ujian Allah?

InsyaAllah..
InsyaAllah..
Cuba untuk buat yang terbaik..
Cuba lagi untuk ISTIQAMAH..InsyAllah..

Thursday, February 16, 2012

Pencanai Karipap


Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah..dapat juga beli mesin pencanai karipap ni..
Tapi sebenarnya ini mesin pasta. Mesin buat mee..hehe
Sekarang mmg amat mudah la buat karipap :D..dah seminggu beli, dah 3 kali buat karipap hehe
Alhamdulillah rezeki..
Inilah namanya nikmat dunia..hihi

Seterusnya kalau ada kesempatan nak buat home made mee pulak..
Nak jugak rasa mee buatan sendirik..hihihi
takper, sabar..

Wednesday, February 15, 2012

Budak Kecik Ni Dah Besor Dah~







Adik: Hari ini adik dah 4 bulan 3 hari. Banyak dah adik tau,

1: Ketawa
2: Mengiring
3: Emotional
4: Pandai berinteraksi bahasa baby

Setakat ni tu jer yang adik tahu. Penat tau belajar semua ni..
Sampai meraung raung angkat punggung hukhukhuk
Maklumlah dah 7.7 kilo..huhu
Yang pasti adik belum lagi start makan tau..minum susu ibu jer ^_^

Ayah pula dah ada moto~ tenyum2 jer ayah pasal dah ada backup katanya hihihi
Ok la nak sambung tido~~ zzzz

Thursday, February 9, 2012

Mangga ooh Mangga

Pagi2 dah ada rezeki..
hehe alangkah bestnya buah mangga yang ditunggu tunggu masak..
Selamat dimakan!


Kuih Buah Melaka

Update: Resepi doh karipap aritu dah diupdatekan balik..boleh cek di sini

Aritu buat kuih ni..senang sangat..
Dan juga sedap sangat..hihiih

Bahan2

1) Tepung pulut
2) Air secukupnya
3) Pewarna
4) Gula melaka
5) PArut kelapa

Cara2

Uli tepung pulut dengan secukup air yang telah diwarnakan dengan pewarna hijau
Uli lah sampai tepung tidak melekat di tangan.
Ambil sedikit doh, bulatkan, masukkan gula melaka yang di potong dadu
Buatlah sampai doh tepung pulut habis.

Didihkan air di kuali ataupun apa sahaja yang boleh digunakan.
Agak2 suda mendidih, masukkan doh bulat sehingga masak.
KAlau nak tau keadaan doh tu sama ada masak atau tak, doh tu akan timbul.
Tapi saya masak bagi lama sikit..supaya gula melaka dalam doh tu cair :)..
Lepas masak, angkat..terus salutkan dengan parut kelapa..

P/s: Saya beli parut kelapa kering yang suda di pek. hihi..takut sakit perut pny pasai..kkekekke

Taraaaa~ dah siap :)


Aktiviti Bersama

Assalamualaikum :)

2-3 hari lepas..dah tak tau bila :)
Sebab Tiba2 buzy pula..mak bapa masuk hospital..
Tapi alhamdulillah dah kluar dah 4 6 hari lepas :)..

Petang tu beli kad bod..3 keping..
bermacam warnalah..ping gelap, hijau gelap dan hijau muda..
Sampai jer rumah, anak2 sibuk nak buat benda ni..huhu dah la nak buat karipap, sibuk nak solat lagi.adik amal lagi nak menyusu :(( ...nangess~~
nak tak nak, suruh mandi, mandikan adik..siap solat, dah buat benda ni..huhuhu belom masak lagi tu..sabar jer la..
Tapi ni lah hasilnya ^_^"!

Tarraaa~







Action jer lebig budak2 nih :D ..

Friday, January 27, 2012

Risau Sekejap..

Ya Allah, berikan kami jalan penyelesaiannya :(..
Mudah mudahan dipermudahkan Allah..

Sabar Itu Indah..

Sabarlah wahai hati..kerana,

Hidup didunia ini hanya sementara..
Sakit didunia ni cuma sementara..
Kaya dan miskin didunia ini hanya sementara..
Penat didunia ini hanya sementara..
Malu didunia ini hanya sementara..
***************************************


Tingkatkan ibadah,

Untuk bekalan kita di akhirat kelak..
Sebagai sandaran kita untuk membela diri di padang masyar kelak..
Berdoa lah, semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan menempuhi apa jua
dugaan di dunia ini..InsyaAllah.. :)

Thursday, January 26, 2012

Karipap Mudah

Oleh kerana ada permintaan resepi karipap tu..
Maka marilah kita sama-sama membuat resepi karipap ni ekk :)

*Bahan-bahan*

1) Doh berminyak

300gm tepung gandum
75gm margerin+75gm shortening(saya guna lemak sayur)

2) Doh biasa

700gm tepung gandum
air secukupnya(sampai tepung boleh diuli)
secubit garam

(Cara-cara)

Satukan doh berminyak
Uli sampai seakan akan berminyak
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan setiap satu



Satukan pula doh biasa
Uli sampai tidak melekat di tangan
Bahagikan kepada 7 bahagian
Bulat bulatkan juga setiap satu





Uli sedikit satu doh biasa
Letakkan doh berminyak di atas doh biasa
Balut doh berminyak dengan doh biasa




Uli doh senipis yang mungkin(Elakkan doh melekat di papan uli)
Belah tengah doh dengan pisau
gulung kedua dua doh



Uli lagi doh sampai berbentuk lonjong
gulung lagi




Potong potongkan kepada 4 bahagian :)



Setiap bahagian di uli



barulah kepilkan dengan acuan karipap

saya guna inti kentang :)

Jom Makan

2 Hari lepas buat karipap :)
Alhamdulillah jadi juga..
Insyaallah sampai bila2 ingat resepi ni :)..hehe
suami pun suka..anak2 lagi la suka..


Inilah hasilnya..ayah kata dah boleh buka tempahan :P..hehhe

Wednesday, January 25, 2012

Andainya Engkau Pergi Dulu Sebelum Ku

Sunyilah rumah ini dari bunyi-bunyian lagu kegemaranmu..

Sunyilah rumah ini dari senyum, hilai tawamu..

Sunyilah halaman rumah ini dari bunyi mesin pemotong rumput..

Sunyilah sakatan-sakatan daripadamu terhadap anak-anak..

Sunyilah rumah ini waktu subuh sekembali mu dari surau..


Tiada lagi teman berbicara..

Tiada lagi teman sekatil dan sebantal..

Tiada lagi omelan darimu mencari baju dan seluar untuk berjogging..

Tiada lagi Driver kami ke pasar minggu..

Tiada lagi sorakan dari anak-anak menunggumu sekembali dari pejabat..

Tiada lagi request darimu membuat kuih karipap..

Tiada lagi request darimu membuat pau..

Tiada lagi request darimu membuat Donat..

Tiada lagi bebelan darimu pasal barang yang dibeli..
(sebab mu sangat mengutamakan kualiti barang yang dibeli :)..)

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar operating system komputer..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop abang..

Tiada lagi tangan 'gatal' yang sentiasa menukar desktop ibu..

Tiada lagi bunyi bising dengkuranmu setiap malam..

Tiada lagi igauan yang kadang kala memecah keheningan malam.."ok cantik!!" huhu..

Tiada lagi orang yang sentiasa mengarah ibu "eh ibu, singgah ambil lada, garam, kicap, limau hee~~"

Tiada lagi gurauan darimu, "abang(anak sulung), apa kita mo beli petang ni?" sambil mencuri curi pandang ke arah ibu..
sebab mu tahu, ibu sangat suka keluar beli makanan petang :)

Tiada lagi yang mengarah ibu "hihi ibu ambil potong kuku, potong kuku ayah"

Tiada lagi yang menyakat ibu "ala ibu, besok(sabtu) ayah keja"..
(sebab mu tahu ibu sangat suka ayah cuti huhu)


***************************************************************************

Tetapi, semua tu belum lagi berlaku kepada diri ini..
Dalam hati ni, tiada siapa yang tahu betapa ku sangat bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan olehNya..

Betapa ku menghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini..
Selepas bangun pagi, perkataan pertama yang keluar dari mulut ini "SYUKUR ALHAMDULILLAH Allah masih meminjam kan nafas-nafas ini"

Seusai solat, perkataan pertama yang terpacul dari mulut ini, "SYUKUR ALHAMDULILLAH"

Semoga Allah sentiasa memelihara suamiku dari segala kecelakaan..memelihara kesihatan suamiku..memanjangkan umur suamiku Aminn..




Kepada Mu Ku bersyukur

Alhamdulillah,

Allah masih pinjamkan nafas ini..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Bila dikenang kembali, banyak pahit dan manis yang dilalui sebelum ni..
Pengalaman manis dijadikan sandaran untuk saya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang allah berikan..
Pengalaman pahit pula sebagai sandaran saya untuk terus memperbaiki lagi diri ini.. :)


Monday, January 23, 2012

Gambar Anak2..

Abang dan kakak ika :) ..
Ibu dan ayah berpesan, jadilah anak yang soleh dan solehah.. :)
abang, jaga adik-adikmu sepertimana mu menjaga dirimu..

Pesan ibu kepada abang, jadilah teladan yang baik pada adik2..
Pesan ibu kepada kakak ika, jaga adikmu aqmal..
Pesan ibu kepada aqmal, jadilah adik yang menyenangkan hati kedua abang dan kakakmu :)..

Peliharalah ikatan persaudaraan kalian hingga ke hujung nyawa..

InsyaAllah anak2 ibu memang hebat!




Dah Bersawang Blog ni..huhuh

Assalamualaikum semua..ek? ada lagi ker yang baca ni? huhu

Tak pe la, hehe..memang mcm2 dugaan lepas bersalin ni..sebab tu bz memanjang..hehe
Bukan apa, lepas jer beranak aritu mula la sesi berpantang..pantang sendirik2 jer..
Mama pun tak dapat nak tolong bnyk..sb beliau bz dekat kampung..
Akak ipar aritu cuma dapat tgk2 3-4 hari jer..tu pun alhamdulillah..sb dia sendiri pun bz..hukuhuk..

PAstu dalam masa yang sama anak bongsu (bongsu ker?) hehe..setakat ni lah..lepas jer 3 minggu keluar dari perut ibu, kena kembung perut la pulak..
mcm2 dah apply dekat perut dia still mcmtu jugak..dengan minyak kayu putihnyer..minyak yu yi..minyak mestika bayini..last2 minyak telon juga yang dia nak..
Sebelum tu baby siap masuk hospital lagi sebab demam kuning..kuikuik..memang dugaan la..
Belom reda kembung perut dia, kena hernia lak..huhu alhamdulillah tak teruk sangat..sekarang ni still monitor kedaan dia..huhu sabar jer la..

baby punyer latest pics..

Dah besor dah budak kecik ni :) ..umo 3 bulan seminggu dengan berat 6.8kg..huhu menempel jer skg ni dekat badan..dan suka sangat kena bawa bercerita..
Semoga jadi anak yang soleh ek..jgn nakal2.. ;)

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...