Followers

Wednesday, May 25, 2011

Kari Ayam Ala Kampung

Semalam masa dinner sempat buat kari ayam. Hehe aritu beli ayam tua dekat pasar raya nyonya. Semalam ayam tu tinggal separuh..jadi masak la separuh tu buat kari ayam ala kampung :D. Sedap tau~ macam betul-betul ayam kampung. Orang kata ayam kampung sedap baunya. Tapi saya pulak tak lalu nak makan ayam kampung..huhu

Tadaa~ ni la hasilnya. Sebenarnya, dah siap makan baru teringat nak tangkap gambar..hehe ape la..

Sedap! Dan bahan-bahannya pun senang jer..hehe Ala, gambar ni dah tak lawa pasal kuahnya dah abis dah..huhuh

Takper, kalau rasa nak cuba resepi ni try lah!

Semua bahan-bahan saya main agak2 jer ekk..


Bahan-bahan

1) Separuh bulat ayam tua

2) 1 inci halia

3) 1 inci lengkuas

4) 4 biji bawang merah

5) 2 biji bawang putih

6) 1 batang serai

7) 1 keping asam gelugur/ air asam jawa

8) 1 inci kunyit hidup

9) 2-3 sudu kari ayam( saya guna jenama adabi)

10) bahan tumisan, bunga lawang, buah pala, kayu manis dan cengkih

11) 2-3 biji kentang

12) 1 cawan santan (tapi saya tak letak santan)

13) bahan-bahan perisa, gula, garam dan aji kalau nak letak aji. (saya tak letak)

Cara-cara

a) Tumbuk kunyit, halia, lengkuas, bawang merah dan bawan putih.

b) Panaskan minyak, masukkan bahan tumisan buah pala, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.

c) Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk dan serai yang diketuk.

d) Setelah agak kekunungan, masukkan pula kari ayam.

e) Agak-agak bila kari dah masak atau pecah minyak, masukkan pula ayam( ayam tua yang saya pakai liat sikit, jadi sebelum tu saya rebus dulu sampai dah lembut hehe)..ayam daging pun boleh jugak. Masukkan pula asam keping. Disini saya masukkan sedikit air, lepas tu masukkan pula kentang... ambil masa sidikit dekat sini gaul-gaul sekejap. sampailah kuah dah pekat. Kalau kuah dah pekat, tapi kentang belum lembut. Tambah lagi sedikit air dengan santan. Agak2 dah mendidih dan kentang dah masak,

f) Lepastu baru masukkan garam, aji atau gula.
Siap!

Saya tak letak santan, saya terus masukkan garam dan gula jer..aji tak pakai. gaul2 sikit dah siap ;)..kari ni mmg pekat sikit ;)..tapi sedap!
Harap-harap paham la yer apa yg saya tulis tu, maklumlah budak baru belajar mengajar :P..huhu

9 comments:

  1. wah sedapnya...terliur wawa v, makin pakar memasak arr nampak lazat betul tu kari v...lemak lagi huh kalo time lunch ni berpeluh2 makan hehe

    ReplyDelete
  2. @Bunda Awwa
    Hehe syukurlah kalau makin pakai. Blajar pelan2 kan ;)..mana suda resepi nasi ayam mu tu?

    ReplyDelete
  3. oh iya kan bah nanti wawa kc resepi d blog arr

    ReplyDelete
  4. Kari ayam letak serai ya?.. tak tahu pulak saya..boleh try ni...

    ReplyDelete
  5. tengin nk masak la pula...tp aym kmpong mmg sedap :-)

    ReplyDelete
  6. @Achiq
    hehe try la. Mmg sedap tau ;) hubby sampai menjilat jari ;)

    ReplyDelete
  7. @نورفايزه مادارو
    huhu kakak tak pandai makan ayam kampung tu. Tapi bau mmg harum kan?
    slalu kak guna ayam tua jer..heheh

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...