Followers

Sunday, May 15, 2011

Jumaat


(Sebenarnya entry ni saya tulis masa jumaat lalu tapi blogspot tgh maintanance lak heheh..apa2 pun masukkan jer dalam blog :D)


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk kehamilan yang ketiga ni :). Tak lama pon. 30Minit jer pon..huhuhu takperlah, boleh dimaafkan. Pasal dorang juga yang check up previous pregnancy. Apa-apa pun saya masih berterima kasih dekat dorang :)

Pregnancy dah pun mencecah 4 bulan seminggu. Due date pulak, 19 Oct ni. Tinggal 5 bulan lagik. Cepat jer masa berlalu. Paling best dapatlah full puasa kali ni. Hehe insyaAllah..sama kes dengan masa mengandungkan Abang Iqbal dan adiknya Ika tu. Alhamdulillah..kalau takder halangan, semuanya berjalan dengan lancar. Hehehe..

2-3 hari ni barang runcit mendadak naik. Bagi kami yang suri rumah ni memang terasa sangat. Huhu apa tidak, Dulunya gula yang selalu dibeli naik 20 sen. 20 sen tu agak mahal juga kalai dibeli dengan kadar yang banyak..kuih muih naik, makanan dekaat restoran pun naik. Peniaga pun mengambil kesempatan dek kenaikkan harga minyak Ron97 sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dia. Padahal, mana lah kita tau dia beli minyak Ron97 ke Ron95 kan? Tidak adil juga...huhu

Saya belum lagi berkesempatan ke pasar malam sempena kenaikkan harga gula dan minyak ni. Tapi yang pastinya memang akan naik. Tak tau macam mana kenaikkan harga sayur mayur dan ikan kali ni..esok baru pegi kot. Tapi ayah kata pepagi nak kemas bawah rumah dulu..dah semak katanya..
minggu lalu berkesempatan juga memotong rumput..heheh

Harini pulak masa pepagi jer boleh buat rondaan dekat blog-blog kawan2. Sebab tengah hari jadual Adik Ika lak pegang komputer. Main Boowa And Kwala kekdahnyer..huhuh Penat layan budak namanya Ika ni kadang-kadang. Kuat komplen, banyak tanya, banyak cakap..huhu
Takpela, budak2 kan..hehe lagi kita layan lagi best heheh..

Oh ya sebelum tu nak ucapkan kepada semua jururawat dekat malaysia ni “HAPPY NURSES DAY”. Semoga kualiti dan mutu perkhidmatan di serikan lagi dengan sambutan senyuman yer..Sebab patient yang tengah dok sakit, kalau disapa dengan senyuman ringan juga sikit sakit tu ;)..

Tu jer la buat masa ni :) cau cin cau~

2 comments:

  1. Itulah sume naik.. huhu asyik naik je kan? bila lah nak nak gaji pulak.. huhu

    anyway asid dh pos semalam EM 007596525 MY.
    Terimalah ek gifts tak seberapa tu.. :)

    ReplyDelete
  2. @Mrs. Asida
    huhu tu la asid..nak buat mcmna kan..
    hehe thanks ya asid ;) ..ala, tetap vv hargai ;) ..muax!

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...