Followers

Wednesday, May 11, 2011

Aduhai Birokrasi

Assalamualaikum semua :) ..
Kemarin baru berpeluang nak daftarkan diri ke klinik kesihatan ibu dan anak.
Ayah terpaksa curi masa hantar saya..
JAm 2petang ayah sampai rumah, solat baru bergerak ke klinik..
Sampai jer dekat klinik "eh takder orang"? ingatkan tutup..rupa-rupanya buka tapi takde parent dah datang..mungkin sebab pagi dah abis orang kan..

Lepas tu amik nombor, diam-diam tunggu kena panggil. PAstu datang la sorang jururawat masyarakat tanya. "eh kenapa"? saya cakap "nak daftar". Dia cakap lagi" Ni yang kelmarin ka ni"? Taklah, "baru ja datang" JM tu cakap lagi, "sudah ada appoiment ka" saya cakap lagi "PErlu ka appoinment baru boleh daftar"? pastu dia suruhlah masuk..

Dalam bilik saya nampak ada 3 orang JM. Masing-masing buat hal sendiri. PAstu yang dok tanya saya ni la yang tanya tadi tu. PAstu kena tanya berapa bulan dah. Ikut dalam scanned tu dah 4 bulan seminggu. PAstu JM tu cakap "dah lambat ni" kalau ko datang tadi boleh lagi daftarkan" Saya pun dok hairan, sekarang ni baru jam 2..takkan pula sampai jam 4 petang tak siap-siap kalau proses mendaftar jer..huhuhu
PAstu dia cakap lagi, dia kena tunggu 2-3 orang lagi petang ni untuk proses mendaftar..
Saya pun tanya kenapa tak boleh daftar harini..Misi tu cakap "Dah lambat" banyak prosedur yang kena buat..dalam hati "takkan lah tak boleh siap dalam masa sejam?? sebab ayah bukannya selalu dapat excuse dari bos dia :((. Baru jam 2..apa salahnya daftarkan dulu :(( ..huhuhu

Pastu dia cakap lagi ko datang besok. Jam 2 petang..alahaii..3 orang JM tak boleh layan sorang patient? Sedih jugak..pasal kalau betul2, takkan 3 orang MISI tak boleh layan sorang patient? dan sorang patient pun tak der masa tu..hanya saya sorang jer. Disuruhnya balik macamtu jer..dan macam takder sebab yang munasabah saya kena suruh balik. Sebab dorang takder patient..dan lagi 3 orang MISI dalam tu tak boleh nak layan saya sorang? katanya nak tunggu orang lain, layan la saya dulu..pasal saya datang dulu kan? tak kan proses mendaftar sampai 3-4 jam? ya Allah :((

Keluar jer dari klinik, ayah tanya dah ker? saya cakap belom lagi..dorang suruh besok datang untuk mendaftar. pastu ayah tanya lah macam2..sebab apa saya tak boleh mendaftar masa tu. Sebenarnya saya pun tak tau sebab apa yang munasabah saya kena suruh balik macamtu jer..Dorang cuma cakap dah lambat. Proses lama nak mendaftar..
Apa lagi ayah ni, membebel jer dalam kereta. Katanya "macam dorang tak nak buat keja jer" nak senang jer" Patutnya sekarang ni baru jam 2 petang..takkan tak boleh nak daftar?? Kalau dorang cakap, tak der staff nurse nak autorize saya boleh terima..ni tak kena suruh balik macamtu jer. Pastu ayah membebel sampaiah dekat rumah...saya pulak diam-diam jer huhuhu

Ayah kata lagidorangkan memang ditugaskan untuk menyenangkan pelanggan yang datang? huuhu slogan jer "SEDIA MEMBANTU" tapi benda remeh mcmni pun boleh lak dorang kata dah lambat..
Berjela-jela dah ayah cakap macam-macam yang keluar..nak tak nak, kena harini juga datang. Harap-harap takder masalah lagi..

Teringat satu kes, yang mana dulu masa deliver Abang Iqbal, ada lah suami sorang kakak ni..datang dari Daerah keningau. Nak urus something berkenaan dengan isteri dia. Pastu boleh pulak dorang cakap tak boleh nak urus sebab dokumen tak lengkap..tak boleh ker tolong pasatu satu benda tu jer? Sampai suami kakak tu merayu nak approvekan sb katanya keningau dan kota kinabalu bukan dekat. Jauh nak balik lagi..

Birokrasi menyenangkan ker menyusahkan?
Haiss geram juga kadang2..huhu menyusahkan orang kampung yang tak tahu apa2..

9 comments:

  1. kalau suami kak zu ke jadi kes mcm ni, mesti dia gi semuka dgn misi tu, mesti kena "tembak" sorang2. harus tak boleh jawab misi tu...apa la yg dia org sibuk sgt kan....

    ReplyDelete
  2. mmg sll mcm tuh klu gomen ni, bukan sume lah kan tapi kebanyakkanya. Budaya kerja yg 'LA2Y'.. 'LEMBAP' tu mmg sukar diubah.

    that's way, asid checkup n bersalin kat swasta, bukan sbb nak berlagak ke duit banyak ke [duit tu kumpul sikit, sampai waktu..cukuplah kan], hubby yg nak, sng dia hantar n amik, pastu terus gi kerja. takkan nak cuti 2 3 hari psl hanto bini checkup jer.

    ReplyDelete
  3. @zuwaidah
    Hehe nak jugak suami sy pusing balik nak tanya dekat misi tu tapi sy halang. Sy cakap tak payah lah, sabar jer" huhuh..

    ReplyDelete
  4. @Mrs. Asida
    Betul tu. Kadang2 menyusahkan patient yang datang. Ayah cakap, perkhidmatan yang paling baik setakat ni bila berurusan dengan bank. Sebab bank follow up setiap yang kita tak tahu. Sedangkan proses pengambilan kad tu pun dorang call sama ada dah terima ke belum. Yela kan, bukan semua pun staff gomen mcm tu. Tapi ada sesetengah orang kan, bila dah keja gomen payah sangat nak berkomunikasi dengan pelanggan. Garang semacam huhu..

    ReplyDelete
  5. memang itulah hakikatnya cara kerja dorang huhu..kesian akak kena buat camtu bah..

    ReplyDelete
  6. @zuwaidah
    hehe mcm ayah jugak, nak je dia pusing balik tny dorang :D

    ReplyDelete
  7. aaahhh la, komen saya kat sini hilang kan kak hehe byk komen2 di entri saya pun hilang huhu

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...