Followers

Wednesday, May 25, 2011

Kari Ayam Ala Kampung

Semalam masa dinner sempat buat kari ayam. Hehe aritu beli ayam tua dekat pasar raya nyonya. Semalam ayam tu tinggal separuh..jadi masak la separuh tu buat kari ayam ala kampung :D. Sedap tau~ macam betul-betul ayam kampung. Orang kata ayam kampung sedap baunya. Tapi saya pulak tak lalu nak makan ayam kampung..huhu

Tadaa~ ni la hasilnya. Sebenarnya, dah siap makan baru teringat nak tangkap gambar..hehe ape la..

Sedap! Dan bahan-bahannya pun senang jer..hehe Ala, gambar ni dah tak lawa pasal kuahnya dah abis dah..huhuh

Takper, kalau rasa nak cuba resepi ni try lah!

Semua bahan-bahan saya main agak2 jer ekk..


Bahan-bahan

1) Separuh bulat ayam tua

2) 1 inci halia

3) 1 inci lengkuas

4) 4 biji bawang merah

5) 2 biji bawang putih

6) 1 batang serai

7) 1 keping asam gelugur/ air asam jawa

8) 1 inci kunyit hidup

9) 2-3 sudu kari ayam( saya guna jenama adabi)

10) bahan tumisan, bunga lawang, buah pala, kayu manis dan cengkih

11) 2-3 biji kentang

12) 1 cawan santan (tapi saya tak letak santan)

13) bahan-bahan perisa, gula, garam dan aji kalau nak letak aji. (saya tak letak)

Cara-cara

a) Tumbuk kunyit, halia, lengkuas, bawang merah dan bawan putih.

b) Panaskan minyak, masukkan bahan tumisan buah pala, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.

c) Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk dan serai yang diketuk.

d) Setelah agak kekunungan, masukkan pula kari ayam.

e) Agak-agak bila kari dah masak atau pecah minyak, masukkan pula ayam( ayam tua yang saya pakai liat sikit, jadi sebelum tu saya rebus dulu sampai dah lembut hehe)..ayam daging pun boleh jugak. Masukkan pula asam keping. Disini saya masukkan sedikit air, lepas tu masukkan pula kentang... ambil masa sidikit dekat sini gaul-gaul sekejap. sampailah kuah dah pekat. Kalau kuah dah pekat, tapi kentang belum lembut. Tambah lagi sedikit air dengan santan. Agak2 dah mendidih dan kentang dah masak,

f) Lepastu baru masukkan garam, aji atau gula.
Siap!

Saya tak letak santan, saya terus masukkan garam dan gula jer..aji tak pakai. gaul2 sikit dah siap ;)..kari ni mmg pekat sikit ;)..tapi sedap!
Harap-harap paham la yer apa yg saya tulis tu, maklumlah budak baru belajar mengajar :P..huhu

Tuesday, May 24, 2011

Anak Lemas Dalam Kereta

Assalamualaikum.. :)
Pagi tadi baca berita dekat hmetro. Jumpa pulak berita ni..kesian budak kecik ni. Akibat ayah dia lupa yang budak ni tido dekat belakang kereta. Apa pun semoga menjadi iktibar kepada kita, jangan CUAI!




Sudah banyak berlaku perkara macam ni dalam masyarakat kita. Anak tido dalam kereta..pastu lemas. Ada juga satu kisah, 2 beranak tido dalam kereta ber air cond, besoknya orang ramai jumpa meninggal dalam kereta. Kalau boleh, elakkanlah tido dalam kereta walaupun kereta dipasangkan air cond. Sebab asap akan masuk dalam kereta mengurangkan jumlah oksigen yang ada dalam kereta tu. huhu takziah pada keluarga mangsa..mesti sedih sangat kan.. :( tumpang simpati.

Monday, May 23, 2011

Kena Ambil Darah..kuikuikui



Hari jumaat lepas, saya pegi klinik. Untuk ambil darah jer..hehe nasib baik datang awal. Rupanya jam 7 dah buka dah. Saya orang yang keempat jer..hehhe..
Masa kena amik darah tu tak la sakit mana..tapi lepas beberapa jam dari kena amik darah tu..huhu lenguh tangan sebelah kiri :((..sabo jer la kan..heheh

Gambar kredit dari blog: http://muhammadghazi.wordpress.com

Kisah Pilu

Assalamualaikum semua :)..lama rasanya tidak mengupdate blog. Heheheh ada masalah teknikal tu :D..heheh takper, harini sambung lagi..
Hemm hampir kesemua akhbar kita pada harini menceritakan kisah landslide dekat di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA. Kesian budak-budak kecik ni kan :( ada yang kehilangan adik, ada yang hilang kawan, anak dan sebagainya..yang pasti, adik-adik yang belum akil baligh ni syurga la tempatnya :)..Aminnn..

Ini pula sedikit keratan akhbar.


Kita tidak tahu bila ajal kita menjemput. Kalau harini kita ketawa dan bergembira dengan keluarga, esok kita dah menghadap ilahi kan. Kalau bukan pun hari esok, beberapa jam kemudian? siapa kita untuk mengetahui takdir Allah kan.

Ajal tetap menjemput, tapi Allah dah pesan dekat kita..selagi masih bernyawa selagi tu la kita usahakan juga menjaga kesihatan. Kalau gagal dalam mencapai sesuatu, jangan putus asa. Cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi. Sebab Allah sendiri tak suruh kita jadi yang terbaik, tapi Allah suruh kita buat yang terbaik :). InsyaAllah..

Friday, May 20, 2011

Alamak..Lama Tak Update Blog..Huhu

Assalamualaikum semua..huhu lama tak update blog..bz teramat sekarang ni :) ..takper, nantikan creita terbaru nanti ekk..oklah selamat bersembahyang jemaah dekat masjid :)..bye :)

Monday, May 16, 2011

Yeay! Esok Cuti Lagik ;)



Harini free sikit sebab kemarin dah basuh pakaian :)..
Tadi baru jer siap tengok drama korea . Baru 2 episode masih..still ongoing..tak sabar lak tengok next episode. Kalau nak tau, drama ni best sangat2..hehe macam budak remaja lak tengok drama ni :D. Cerita ni berkisar tentang seorang perempuan yang bernama Gong Ah Jung (Yun Eun Hye) yang bekerja dibahagian mempromosikan budaya dan pelancongan. Dia secara tidak sengaja mendakwa yang dia suda pun berkahwin oleh kerana dek sakit hati dengan kata-kata kawan perempuannya suatu ketika dahulu. Gong Ah Jung ni ada Bad history dengan kawan dia ni. Dulu, kawan perempuan dia ni merampas bakal kekasih Gong Ah Jung. Kalau tengok perangai kawan perempuan dia ni memang buat kita geram. PAstu berita berkenaan dengan kononya Gong Ah Jung ni sudah berkahwin, kawan2 dia yang lain buatlah spekulasi yang bukan-bukan. Kebetulan pula seorang kawan Gong Ah Jung ni ada ternampak dia dengan seorang pemuda kaya. Dan pemuda ni memang lah terkenal konon-kononnyer. Dan tersebar luas lah rumors berkenaan perkahwinan pemuda ni dengan Gong Ah Jung ni berkahwin secara rahsia. Heheheh...

Begitulah cerita pendeknyer..memang bestlah..kalau nak tengok, tengoklah..tak rugi :D
Tajuk drama ni Lie To Me

Esok ayah cuti lagi..heheh boleh la sambung kemas rumah ;)..kalau takder halangan la kan..
kemas kebun lagi. Buang mana yang patut dekat dalam rumah ni..huhu

Sunday, May 15, 2011

Jumaat


(Sebenarnya entry ni saya tulis masa jumaat lalu tapi blogspot tgh maintanance lak heheh..apa2 pun masukkan jer dalam blog :D)


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk kehamilan yang ketiga ni :). Tak lama pon. 30Minit jer pon..huhuhu takperlah, boleh dimaafkan. Pasal dorang juga yang check up previous pregnancy. Apa-apa pun saya masih berterima kasih dekat dorang :)

Pregnancy dah pun mencecah 4 bulan seminggu. Due date pulak, 19 Oct ni. Tinggal 5 bulan lagik. Cepat jer masa berlalu. Paling best dapatlah full puasa kali ni. Hehe insyaAllah..sama kes dengan masa mengandungkan Abang Iqbal dan adiknya Ika tu. Alhamdulillah..kalau takder halangan, semuanya berjalan dengan lancar. Hehehe..

2-3 hari ni barang runcit mendadak naik. Bagi kami yang suri rumah ni memang terasa sangat. Huhu apa tidak, Dulunya gula yang selalu dibeli naik 20 sen. 20 sen tu agak mahal juga kalai dibeli dengan kadar yang banyak..kuih muih naik, makanan dekaat restoran pun naik. Peniaga pun mengambil kesempatan dek kenaikkan harga minyak Ron97 sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dia. Padahal, mana lah kita tau dia beli minyak Ron97 ke Ron95 kan? Tidak adil juga...huhu

Saya belum lagi berkesempatan ke pasar malam sempena kenaikkan harga gula dan minyak ni. Tapi yang pastinya memang akan naik. Tak tau macam mana kenaikkan harga sayur mayur dan ikan kali ni..esok baru pegi kot. Tapi ayah kata pepagi nak kemas bawah rumah dulu..dah semak katanya..
minggu lalu berkesempatan juga memotong rumput..heheh

Harini pulak masa pepagi jer boleh buat rondaan dekat blog-blog kawan2. Sebab tengah hari jadual Adik Ika lak pegang komputer. Main Boowa And Kwala kekdahnyer..huhuh Penat layan budak namanya Ika ni kadang-kadang. Kuat komplen, banyak tanya, banyak cakap..huhu
Takpela, budak2 kan..hehe lagi kita layan lagi best heheh..

Oh ya sebelum tu nak ucapkan kepada semua jururawat dekat malaysia ni “HAPPY NURSES DAY”. Semoga kualiti dan mutu perkhidmatan di serikan lagi dengan sambutan senyuman yer..Sebab patient yang tengah dok sakit, kalau disapa dengan senyuman ringan juga sikit sakit tu ;)..

Tu jer la buat masa ni :) cau cin cau~

Wednesday, May 11, 2011

Aduhai Birokrasi

Assalamualaikum semua :) ..
Kemarin baru berpeluang nak daftarkan diri ke klinik kesihatan ibu dan anak.
Ayah terpaksa curi masa hantar saya..
JAm 2petang ayah sampai rumah, solat baru bergerak ke klinik..
Sampai jer dekat klinik "eh takder orang"? ingatkan tutup..rupa-rupanya buka tapi takde parent dah datang..mungkin sebab pagi dah abis orang kan..

Lepas tu amik nombor, diam-diam tunggu kena panggil. PAstu datang la sorang jururawat masyarakat tanya. "eh kenapa"? saya cakap "nak daftar". Dia cakap lagi" Ni yang kelmarin ka ni"? Taklah, "baru ja datang" JM tu cakap lagi, "sudah ada appoiment ka" saya cakap lagi "PErlu ka appoinment baru boleh daftar"? pastu dia suruhlah masuk..

Dalam bilik saya nampak ada 3 orang JM. Masing-masing buat hal sendiri. PAstu yang dok tanya saya ni la yang tanya tadi tu. PAstu kena tanya berapa bulan dah. Ikut dalam scanned tu dah 4 bulan seminggu. PAstu JM tu cakap "dah lambat ni" kalau ko datang tadi boleh lagi daftarkan" Saya pun dok hairan, sekarang ni baru jam 2..takkan pula sampai jam 4 petang tak siap-siap kalau proses mendaftar jer..huhuhu
PAstu dia cakap lagi, dia kena tunggu 2-3 orang lagi petang ni untuk proses mendaftar..
Saya pun tanya kenapa tak boleh daftar harini..Misi tu cakap "Dah lambat" banyak prosedur yang kena buat..dalam hati "takkan lah tak boleh siap dalam masa sejam?? sebab ayah bukannya selalu dapat excuse dari bos dia :((. Baru jam 2..apa salahnya daftarkan dulu :(( ..huhuhu

Pastu dia cakap lagi ko datang besok. Jam 2 petang..alahaii..3 orang JM tak boleh layan sorang patient? Sedih jugak..pasal kalau betul2, takkan 3 orang MISI tak boleh layan sorang patient? dan sorang patient pun tak der masa tu..hanya saya sorang jer. Disuruhnya balik macamtu jer..dan macam takder sebab yang munasabah saya kena suruh balik. Sebab dorang takder patient..dan lagi 3 orang MISI dalam tu tak boleh nak layan saya sorang? katanya nak tunggu orang lain, layan la saya dulu..pasal saya datang dulu kan? tak kan proses mendaftar sampai 3-4 jam? ya Allah :((

Keluar jer dari klinik, ayah tanya dah ker? saya cakap belom lagi..dorang suruh besok datang untuk mendaftar. pastu ayah tanya lah macam2..sebab apa saya tak boleh mendaftar masa tu. Sebenarnya saya pun tak tau sebab apa yang munasabah saya kena suruh balik macamtu jer..Dorang cuma cakap dah lambat. Proses lama nak mendaftar..
Apa lagi ayah ni, membebel jer dalam kereta. Katanya "macam dorang tak nak buat keja jer" nak senang jer" Patutnya sekarang ni baru jam 2 petang..takkan tak boleh nak daftar?? Kalau dorang cakap, tak der staff nurse nak autorize saya boleh terima..ni tak kena suruh balik macamtu jer. Pastu ayah membebel sampaiah dekat rumah...saya pulak diam-diam jer huhuhu

Ayah kata lagidorangkan memang ditugaskan untuk menyenangkan pelanggan yang datang? huuhu slogan jer "SEDIA MEMBANTU" tapi benda remeh mcmni pun boleh lak dorang kata dah lambat..
Berjela-jela dah ayah cakap macam-macam yang keluar..nak tak nak, kena harini juga datang. Harap-harap takder masalah lagi..

Teringat satu kes, yang mana dulu masa deliver Abang Iqbal, ada lah suami sorang kakak ni..datang dari Daerah keningau. Nak urus something berkenaan dengan isteri dia. Pastu boleh pulak dorang cakap tak boleh nak urus sebab dokumen tak lengkap..tak boleh ker tolong pasatu satu benda tu jer? Sampai suami kakak tu merayu nak approvekan sb katanya keningau dan kota kinabalu bukan dekat. Jauh nak balik lagi..

Birokrasi menyenangkan ker menyusahkan?
Haiss geram juga kadang2..huhu menyusahkan orang kampung yang tak tahu apa2..

Tuesday, May 10, 2011

Busy

Assalamualaikum semua :)
Kelmarin dan harini busy sangat2 :) ..kemas rumah+cuci mana yang patut...
ditambah dengan kesihatan yang tidak menentu :)..Tapi alhamdulillah masih boleh buat kerja mcm biasa. Cuma Pelan-pelan jer la kan :) ..

ok la nak rest jap..hehe

Friday, May 6, 2011

Tahniah Ayah!


Semalam dok cerita dengan ayah :)..
ayah kata dia dapat surat warning tunjuk sebab dari jabatan. Ayah pas surat dekat saya, baca punya baca rupa-rupanya ayah dapat APC. Cewaah~ ader jer ayah ni :P~ haha buat kejutan je..tak pasal-pasal risau jap..

hehe dapatlah sedikit ganjaran hasil dari kerja ayah tu. Alhamdulillah :)..Allah bagi rezeki..
Bolehlah blanja kami kan ayah :P? tapi ayah kata nak simpan~ jgn gelojoh katanya kuikuikui~

Thursday, May 5, 2011

Alhamdulillah..


Banyak sangat kerja rumah hari ini..kemas rumah, cuci kain, lipat kain, masak, sapu rumah, dan banyak lagi sebenarnya..huhu

Tapi alhamdulillah, masih ada sedikit tenaga untuk buat semua tu..walaupun penat sikit mesti rasa nak pitam+muntah..huhu takpe2, sabar..

Hari selasa lalu, ayah cuti. Pegi JPN uruskan kad pengenalan yang hilang. Terpaksa buat yang baru. Buat yang baru pun satu hal. Nak kena minta pengesahan dari pihak-pihak tertentu disebabkan IC yang hilang ni dulu masih berstatus agama lama. Jadi untuk buat yang baru ni kena ada surat pengesahan pula yang menyatakan saya sudah memeluk agama islam. Lepas tu, kena tukar nama jugak. Tak tukar nama, nanti kena buka tudung untuk bergambar pulak. Huhu..macam-macam..

Dari JPN, dorang bagi satu borang. Pastu saya bergerak lak ke JHAEINS. Sampai dekat JHAEINS, tanya staff sana.."BUKAN SINI" pula dahh~ dorang cakap dekat pejabat daerah jer...tapi masa dekat JHAEINS, saya diberi satu borang. Borang Am Muallaf..borang bantuan khas untuk golongan muallaf. Eh baru tahu pula benda ni. Takper, isi jer..

Pastu saya bergerak ke pejabat daerah. Hehe sampai sana 45minit tunggu turn. Huhu lama jugaklah..muka dah nampak pucat. Sebab lama menunggu..tiba jer turn, dekat sini pun macam-macam kena tanya..macam orang bersalah pulak. Hehe..masa tu memang rasa nak tumbangkan diri dekat sofa pejabat dorang ni. Pegawai tu tanya, Eh..sakit ker? nak jer cakap, "saya penat"..tapi takkanlah saya cakap macamtu..huhu

Dapat jer pengesahan dari pejabat daerah, terus ke JPN..sampai sana macam biasa tunggu giliran..lepas 12 orang baru turn saya pulak. Terbang RM120! Hilang IC dan tukar nama punya pasal..huhuhu
Alhamdulillah, selesai jugak urusan buat IC baru..


Satu benda nak selesaikan lagi. Borang dari JHAEINS tu...dapat jer kad pengenalan sementara dari JPN, terus photostat. IC sementara, Sijil Kelahiran dan kad islam semua diphotostat..pastu minta disahkan oleh JPN. Ambil jer nombor, terus minta pengesahan..tapi sijil lahir tu tak boleh kena sahkan. Sebab satu benda jer..Nama bapa berlipat..huhu..
LApis sijil lahir tu terpaksa dibuka, pastu photostat balik. Turun Dari JPN, photostat pastu naik balik ambil nombor baru sahkan~ syukur alhamdulillah, dapat jugak.

Lepas selesai urusan, baru bergerak lagi ke JAHEINS. Sampai jer pastu serahkan borang. Masa sampaikan borang tu, jumpa pulak dengan staff yang banyak tanya. Point tanya macam-macam tak tahulah. Tapi sedih jugaklah ditanya macamtu..seolah-olah saya masuk islam sebab berkahwin sahaja :(. Ataupun sebab suka-suka? saya pun tak tahulah..barangkali itulah salah satu dugaan bagi saudara baru. Dipandang rendah kot..tapi dalam hati ni, masih kuat menyatakan. "Orang tu pun manusia biasa..tidak lari dari kesilapan" saya cuba pujuk diri sendiri..senangkan hati sendiri semasa turun dari JHAEINS. Sampai jer dekat kereta, terus luahkan dekat suami rasa sedih tu..pastu ayah kata, "kenapa tak cakap yang sebetulnya dekat orang tu?" Tapi ayah kata, nak cakap banyak pun nanti orang cakap kita memandai. Baru beberapa tahun peluk islam dah cakap banyak...Elok diam jerlah ayah cakap..hhuhu

Sampai Rumah terus tertido..Tinggal lah ayah yang uruskan anak-anak. Siap masak lagi..Syukur alhamdulillah.. :)

Wednesday, May 4, 2011

Nostalgia



Hehe bukan nostalgia pasal apa pun..ni kenangan masa mula-mula mendapat hidayah dari Allah :D..hehe pelik pun ada kan sebab lagu ni lagu untuk kekasih :) ..
Alhamdulillah..

P/s: Best sangat lagu ni :)..

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...