Followers

Monday, April 11, 2011

Siapa Pernah Kena?

Pernah dapat email tak yang mengatakan yang maybank nak suspend akaun maybank? Pastu suruh login cepat-cepat untuk update konon-kononnyer?
Saya dah banyak kali dapat email macamtu. Tapi suami dah ingatkan awal-awal. Jangan sesekali login menerusi email tu. Sebab itu semua tipu! Kalau tak silap, Hong Leong Bank pun ada spam macamni. Jadi pengguan mana-mana bank dekat luar sana, jangan terpedaya langsung dengan email macam ni tau. Dapat kepastian dulu dari bank berkenaan. Kalau tak nanti macam seorang ni kena.Lesap 5 ribu dalam bank. Banyak tuh! Sebulan belum tentu dapat kumpul duit sebanyak nih! So hati-hati lah yer ;)





Yang dekat bawah ni pula contoh-contoh email spam yang dikirim.



Macam betul kan? tengok isi email lak..



Jadi kepada sesiapa yang pernah kena tu. Simpati la kan..sebab bukan senang kita-kita ni kumpul duit..huhu kepada yang belum terkena tu, hati-hati!

2 comments:

  1. menakutkan.mcm2 penipuan dah skrang ni yea

    ReplyDelete
  2. @nik rosmawati
    tula, kena cek betul2 baru bertindak. Kalau tak mcm kes seorang ni la..rm5k abis mcmtu jer. Kalau kes macamni, maybank memang tak dapat nak tolong. Dah banyak kes, duit memang kita tak dapat balik..huhuhu

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...