Followers

Thursday, April 7, 2011

Salah Siapa?

Heheh Penat berfikir ape nak tulis :)..Cari punya cari..
Saya teringat akan satu rancangan tv aritu. Rancangan tv tu kebanyakkannya dari peringkat umur bawah 12 tahun. Almaklumlah dah memang khas untuk rancangan untuk budak-budak kot. Pastu rancangan tu dihoskan oleh pengacara tv popular pulak tu..apa tak popular rancangan tv tu kan?

ok, mengenai persoalan minda saya. Saya rasa ada sesuatu yang kurang menarik lah..disebabkan kebanyakkannya yang menonton adalah dari golongan anak-anak. Tidak dinafikan rancangan tv ni ada baiknya. Tapi pada saya rancangan ini belum lagi boleh dipertontonkan seratus peratus pada anak anak kecik oleh kerana dek acara yang agak tidak senonoh.

Ok, sebagai contohnya, masa tu kebetulan anak abang ipar tengah menonton rancangan tu. Saya pun terikut sama la menonton kan.
Pastu acara yang melibatkan seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 9-11 tahun. Menari, dengan pakaian yang tidak sepatutnya dipakai oleh anak yang semakin membesar. Tarian tu seakan akan tarian Belly (Belly Dance). Budak perempuan tu, menggoyangkan badan dan pinggul. Pada saya tidak senonoh langsung budak tu. Dan audience( saya rasa mak bapak budak-budak dekat sana) yang berada di situ bersorak dan bertepuk tangan kesoronakan. Seakan-akan benda tu suatu yang "BEST"..yang menarik. Jadi nak salahkan siapa? bukan salah budak tu pun. Cuma ibubapa budak tu tak terfikir ker effect kepada anaknya nanti? Jangan marah anak tu sekiranya suatu masa nanti berpakaian tidak senonoh dikhalayak ramai. Sebab andalah punca ini berlaku.


Ketahuilah, anak ni ibarat kain putih. Bentuklah mereka dengan acuan yang betul. Seboleh bolehnya janganlah kita dedahkan mereka dengan rancangan-rancangan tv yang tidak berfaedah. Kalau nak salahkan media tv tak boleh juga sebab kita yang menonton ni lah yang menggalakan mereka untuk meneruskan rancangan tu. Alangkah baiknya kita dedahkan mereka dengan rancangan-rancangan tv yang bermanfaat? Seperti rancangan tv di indonesia..anak-anak kecil bercerita mengenai nabi-nabi suatu masa dahulu. Walaupun belum mencapai akil baligh, budak-budak tu boleh pulak memakai pakain yang menutup aurat? respect dengan rancangan tv yang sebegitu..

Satu lagi yang sangat dititik beratkan dalam mendidik anak kecil ni. Kepimpinan melalaui teladan. Setuju tak? Bak Kata Dato Fadzilah Kamsah, janganlah ibu bapa risau kalau anak-anak tidak menurut arahan ibu bapa. Tapi risaulah pada anak anak yang suka mengikut gerak geri kita, kelakuan kita dan sebagainya. Faham kan? Sebab anak-anak ni lebih suka mengikut apa yang mak bapanya buat. Kalau baik lah kelakuan mak dan bapa anak tu, insyaAllah..anak itu pun turut baik kelakuannya. Melainkan mak dan bapa dah jenis yang jaga solat, baik..tiba-tiba anaknya pula macam perangai hantu. Itu maknanya Allah nak uji kita melalui anak-anak ni..maka sabarlah kan :)..

Hemmm itu jela kot ;). Tak banyak idea sebenarnya..kepala dan pening. Tak per, nanti kita sambung lagik ;)..Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa. Sesungguhnya yang baik tu datang dari Allah, yang tidak baik tu datang dari diri saya sendiri :)..sama-sama kita renungkan benda ni. Semoga jadi panduan kepada kita terutama yang bergelar ibu bapa ;)..

Belly Dance

6 comments:

  1. Yana setuju.. hehe... sekrang pon budk lebih pndai dr kite2 ni.. jadi kite2 ni kene la didik betul2..

    "janganlah ibu bapa risau kalau anak-anak tidak menurut arahan ibu bapa. Tapi risaulah pada anak anak yang suka mengikut gerak geri kita, kelakuan kita dan sebagainya."
    Yana setuju yg ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. @saya YANA
    Yerla kan..budak2 sekarang dah bijak. Bukan mcm orang yang lahir zaman dulu2. sekarang ni, kecik2 dah tau benda yang bukan2..huhu yang penting ibu bapa kene bijak jer la mcmna nak membentuk budak2 ni :)

    ReplyDelete
  3. Hmmm...tu la...yayansmum pun pelik bila ada sesetengah parents yang supportive giler pada anak2 kecil yang turut serta pada rancangan2 sebegitu....
    Berat sebenarnya tanggungjawab parents untuk membentuk akhlak anak2 zaman sekarang...
    Semoga Allah sentiasa berada di hati kita..membimbing jalan mana yang harus kita ikut...amin..

    ReplyDelete
  4. @YaYaNsMuM
    terlepas pandang kot. Sb tu tak perasan ape yang berlaku sebenarnya..huhu ntahlah, dah memang cara dorang didik anak mcmtu? nak buat mcmna kan..sabar jer la..

    ReplyDelete
  5. chop..setuju2..100markah..tet!

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...