Followers

Thursday, April 14, 2011

Plan Untuk Minggu Ini ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hehe hari ini barulah dapat update blog..
Kelmarin pinggang rasa sakit sangat..huhu ujiann~ asik baring jer..yela, nak restkan pinggang ni..Alhamdulillah, harini dah sihat sket ;)..

Oklah, ape plan untuk minggu ni ekk? Hemmm dah tanya encik somi dah..suami kata, senaraikan barang-barang yang nak dibeli. Amboi :P~~ macam nak blanja jer..hehhe B-)!
Dengan berbesar hati, saya ni kire nak pegi butik jakel haa~ nak beli jubah dekat sana. Tak pun nak pegi Wisma Muis dekat KK sana. Sebab dekat sana pun ade jugak jual jubah. Huhu tak pun dekat tamu kot ade baju ni..tu jer yang saya tau tempat nak beli..

Pastu nak belikan anak-anak ni baju juga. Beli yang murah tapi berkualiti ;)..oh ya, nak belikan ayah seluar dan baju office jugak. Nanti yang ni pepandailah saya cari dekat mana..sebab yang ni berlambak jer. Hehehe...belum termasuk belanja dapur lagik ni~~ huhu abislah. Tapi memandangkan encik somi nak belanja kitorang, hehhe sediakanlah payung sebelum ujan lah ekk :P..

Ermmm kire nak spend sikit untuk biras saya sorang tu. Dengan anaknyer skalik..baju ker..angan-angan nak belikan kakak biras tu jubah jugak. Sebab dah lama sangat dia nak beli..huhuh. Ni ade kelebihan sikit ni nak juga bagi dia suprise :D..hahhaha~ takper-takper, nanti kalau dah nak beli, saya cuba carikan. Mana tau ade yang berkenan kan. Hemmm ade satu masalah, jubah-jubah dekat sini kebanyakkannya mahal.. :( :( ...nanti cuba carik yang murah la. Harap-harap jumpa..

Hermmm dah lama sangat tak pegi Tamu Kota Belud. Mungkin dah banyak berubah sekarang kan. Almaklumlah, balik KB pun bukannya singgah dekat tamu..terus balik kampung~ tak singgah-singgah lagi. Huhuhu takper, panjang umur..dapat juga pegi sana ;)..insyaAllah~

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...