Followers

Tuesday, April 19, 2011

Perangai Budak Kecik Zaman Ini..

Alkisah, pada suatu hari..si ibu tengah menonton tv bersama sama dengan anak nya yang baru mencecah umo 3 tahun..tiba-tiba si anak berkata pada ibunya..

Si Anak: Ibu, kenapa Abah punye( faham2lah ekk) besar? Saya punya kecik jer..
Si Ibu: Bingung macamna nak jawab..Si ibu pun berkata, Sebab abah dah besar..anak masih kecik lagi..
Si Anak: Jadi, bila saya dah besar, besar la jugak?
Si Ibu: iyeee~~

Hari yang seterusnya..

Si Anak: Ibu, Abah dengan saya sama..Ibu lain..
Si Ibu: Sama yang macam mana?
Si Anak: Sebab, Abah dengan saya "burung"..Ibu punye "lubang"
Si Ibu: Bingung lagi...

Hari yang seterusnya lagi..

Si Ibu nak masak ikan, si ibu keluarkan ikan dari peti ais untuk dilembutkan..

Si Anak: Wah~ Besarnya ikan..macam besar "burung" abah..
Si Ibu: Menggeleng~

Lagi...

Si Anak: Kenapa abah tindih ibu?
Si Ibu: Takder pape..

Jadi ye tuan-tuan dan puan-puan, kejadian ni saya dengar dari budak-budak kecik somewhere..ape ekk yang menyebabkan budak sekecik ni boleh cakap macam tu ekk? huhu sebenanya bahaya budak sekecik macamni boleh cakap dan tanya itu dan ini pasa "benda" ni. Atau, mungkinkah, budak sekarang terlalu bijak dibandingkan budak-budak zaman dulu? Atau mungkin budak-budak zaman ni curious pasal benda tu?



Pendapat saya pulak: Elakkan anak kecik ni melihat tubuh badan kita, elakkan anak mandi bersama-sama dengan ibu bapa dalam keadaan si ibu atau bapa ni berbogel..dan akhir sekali, elakkan anak-anak melihat kita dalam keadaan berhubungan suami isteri ;)..cuma pandangan saya sahaja :)

4 comments:

  1. Budak2 skrg semua dah pandai2...
    Sifat ingin tahu yang menjadikan mereka terlebih pandai pun ada....

    ReplyDelete
  2. aduh..susahnye klu dh pndai cam gini kan! budak2 ni kita nmpknya mcm tk reti apa,tp bila becakap,ambik sebiji-sebiji keluar.sah2 klu org luar dgr terkejut dibuatnya.bab2 mandi sma tu? emmm...saya buat dgn sikecik sya ni.lom pndai ckp lagi,tp lps ni mmg kene mandi asing.ada pulak yg saya tbca,utk elakkan anak pompuan merengek2 @ merapatkan hub dgn ayahnya,masa kecik-biarkan dia mandi bersama air mandian ayahnya.(jgn dh besar pulak..bahaya!) dn begitu juga kpd anak lelaki-mandi bersama air mandian ibunya utk merapatkan hub.wallah'alam.

    ReplyDelete
  3. @Achiq
    A'ah rasanya kot..kite jer yang ketinggalan. Hehe dulu masa kecik-kecik pandai membaca pun masa darjah 2. Budak-budak sekarang ni..seawal umo 3 tahun dah pandai membaca...perubahan zaman kot.. :)

    ReplyDelete
  4. @Chempaka Aziz
    Hehe tu la chempaka, kita yang mendengar ni memang terkejut. Tapi ibunya explain juga, katanya anaknya tu selalu mandi sama-sama dengan ibu bapa dia..

    Saya ada juga baca pasal tu. Memang baik untuk eratkan hubungan antara anak dan ibu bapa. Tapi eloklah berkemban kot mak bapa tu :) iye tak? budak-budak kecik ni rasa ingin tahu dorang kuat..lebih2 lagi yang baru pandai bercakap tu..naik berbuih mulut kita nak jawab :)

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...