Followers

Friday, April 1, 2011

Kecoh Dengan Pengharaman Tarian Poco-Poco


Assalamualaikum dan salam sejahtera ;) ..

Hari ini penulisan blog diteruskan dengan semangat yang baru..kemarin sakit kepala ya amat..lagipun tiada idea..
heheh berhubung dengan tajuk yang diberi..tiada niat mempersoalkan apa-apa pun..cuma agak keliru dengan pendapat alim ulama yang bercanggahan. Kemarin, keluar di dada akhbar yang menyatakan tarian poco-poco ada kaitan dengan step dari tarian kristian. Agak keterlaluan la saya rasa dengan pendapat ni sebab terus menerus menyalahkan agama kristian .

Dari pengalaman saya sebagai penganut agama kristian suatu ketika dahulu, bukan semua kristian ni ada persembahan tarian sewaktu mengerjakan ibadah mereka. Cuma ada beberapa jenis kristian sahaja yang mempersembahkan tarian. Tarian yang ditarikan pun tidaklah seperti tarian poco-poco. Banyak jenis tarian yang ditarikan..


Saya tidak pasti la mana-mana jenis gereja yang mengadakan persembahan tarian. Cuma yang pastinya Gereja SIB memang adakan persembahan tarian ini. Itupun seperti yang saya katakan tadi, tarian mereka banyak jenis. Dan tidaklah seperti tarian poco-poco. Dan antara gereja yang langsung tidak ada persembahan tarian, SDA antaranya..jadi agak keterlaluanlah jika kita terus menyalahkan kristian dengan tarian poco-poco ni. Sedangkan ada juga gereja yang tidak memperikan persembahan tarian..

Saya lebih bersetuju dengan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai pengharaman tarian poco-poco ni. Sebab tarian ni, tiada fakta yang jelas yang menyatakan step tarian poco-poco ni dari kaum kristian.
Keratan akhbar dari kosmo harini.

Betul kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, banyak lagi benda lain yang perlu kita ambil perhatian. Dan sebaik-baiknya, bagi saya kajilah dahulu sumber..dapatkan asas yang kukuh sebelum mempertikaikan sesuatu dengan mengaitkan perkara tu terhadap orang lain. Ada baiknya kita mengetahui serba sedikit mengenai kaum kristian dimalaysia ni agar tidak menimbulkan api kemarahan orang lain.

Sekadar nukilan dari saya :)

2 comments:

  1. buat apa la nk djdikan menari sbg senaman...solat lima wktu tu dh mmg senaman bt org islam,5 kali shari senaman di situ..betul??

    ReplyDelete
  2. @pendekar lautbetul3! dalam dunia ni, kita ada banyak pilihan :). Banyak cara lagi nak bersenam ;) ..

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...