Followers

Friday, April 29, 2011

Bio Zip Sebagai Sabun Pencuci kain


Siapa tak kenal sabun Bio Zip? Mesti kebanyakkan kita semua tau kan? Terutama surirumah-surirumah ni..Dulu saya pun pakai bio zip jugak, tapi sekarang dah tukar Sabun Daia.

Pengalaman menggunakan sabun bio zip ni adalah dalam setahun. Masa tu la macam-macam masalah kulit keluar. Sebab saya cuci kain pakai tangan. Ada jugaklah dalam 6 bulan kot pakai washing machine. Masa mula-mula guna, kulit tangan gatal-gatal jer. Mula-mula ingatkan biasa ynag muncul time mengandung. Jadi saya pun taklah amik kisah sangat..PAstu tak lama, kulit jari mengelupas..sampai satu tahap, bila pegi bank Maybank sebab nak keluarkan wang. Cap jari kanan ni tak dapat kesan. Sebab apa? sebab kulit jari ni semua pecah plus mengelupas teruk. Nasib baik edjus punya edjust dapat juga bayangan cap jari..agak lama juga proses mengambil duit tu sebab mesin detect cap jari tu reject..huhu nasib baik dapat keluar kan wang.

Saya memang tak suspect langsung pasal sabun ni. Hilang mengelupas tu, timbul pula masalah lain. Kuku jari seakan akan menebal..huhu pastu semacam ada ruang diantara kuku jari dengan daging. saya ni dok heran la kan..dalam hati risau juga. Kuku pula, bila potong boleh potong sampai kecik size kuku tu. Kuku juga tidak tumbuh selari..huhu pastu nampak sangat nak rosak. Macam kuku orang tua dah..

Sampai la mak dari kampung datang rumah. Saya pun tunjukkan kuku la apa kemungkinan kuku saya boleh jadi macam tu. Pastu mak terus tanya. "Pakai sabun Bio Zip ka?" Menurut mak, dulu dia pun tak sesuai dengan sabut bio zip ni. Kuku sakit dan bernanah lagi..huhu Saya pun terus tukar sabun. Alhamdulillah, memang betul la pasal sabun tu..jari dah kembali normal..cap jari pun dah tak pecah dah..kuku kembali pada bentuk normal.

Mungkin kami kulit kami tak sesuai kot dengan sabun ni. Sekarang ni dah 6 bulan pakai sabun Daia. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah..
Tapi akak biras pun hadapi masalah yang sama semasa menggunakan sabun bio zip ni. Kulit rasa gatal..sebab tu dia pun tukar sabun..hemm


5 comments:

  1. oooo mungkin content dlm bio zip ni mengandungi bahan terlarang kot...hmmmm kena kaji selidik nih.
    anyway thanks for the info. nasib baik kak zu guna breeze saja

    ReplyDelete
  2. @zuwaidah
    saya pun tak pastilah sama ada bio zip mengandungi bahan terlarang ke tak..sebab dia mungkin juga bahan kimia tu terlebih ker..kan :)? atau kulit memang sensitif dengan sabun bio zip ni.. :) ..apa apa pun betul kata zu, kena kaji selidik dulu kan ;)

    ReplyDelete
  3. biasanya bhn digunakan tidak sesuai dgn jenis kulit vivie. sebab de yg sesuai kan. Macam asid guna pencuci pinggan sunlight. ok je kita guna bertahun2.. tp mama asid guna terus mengelupas kulitnya. biasa dia guna axion je.

    Btw skrg asid nak tuko sabun Daia ke bree2e pulak.. tunggu sabun serbuk daia ni habis. :)

    ReplyDelete
  4. @Mrs. Asida
    A'ah, betul jugak tu. Mungkin bahan tak sesuai dengan kulit vv :)
    Dulu guna bio zip ni sebab wangi ;)..

    ReplyDelete
  5. Saya pula pelik.. suka makan sabun serbuk ..sedap.. dah ketagih

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...