Followers

Friday, April 29, 2011

Abang Iqbal Dah 4 Tahun!

Semalam ayah ada suprise untuk abang iqbal. Hehe, saya pun tak tau sebenarnya ayah belikan abang kek. Tetiba jer..sebaik sampai rumah, ayah curi-curi bawa kek. Ayah letak dekat belakannye..konon barang lain la tu :P..mcm selalu ayah bagi suprise untuk anak-anak ;)..
PAstu keluarkan jer, anak-anak terus menjerit.."happy birthday to you"..amboi~~ memang happy giler! sy pun turut happy jugak ;)!

Pastu buka jer kek, abang dan adik nyanyi happy birthday. Tak sabar dah katanya :P..
Apa-apa pun makasih dekat ayah sebab belikan kek birthday tu untuk abang iqbal. Ayah kata, untuk kami semua la tu~ :) muax!

Apa-apa pun, anak-anak memang suka. Mcm selalu, blackforest jer ;)..tapi, Alhamdulillah rezeki..


Kek Dalam Perjalanan Balik Rumah







Hehe happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to abang..happy birthday to you~~ ;)

Bio Zip Sebagai Sabun Pencuci kain


Siapa tak kenal sabun Bio Zip? Mesti kebanyakkan kita semua tau kan? Terutama surirumah-surirumah ni..Dulu saya pun pakai bio zip jugak, tapi sekarang dah tukar Sabun Daia.

Pengalaman menggunakan sabun bio zip ni adalah dalam setahun. Masa tu la macam-macam masalah kulit keluar. Sebab saya cuci kain pakai tangan. Ada jugaklah dalam 6 bulan kot pakai washing machine. Masa mula-mula guna, kulit tangan gatal-gatal jer. Mula-mula ingatkan biasa ynag muncul time mengandung. Jadi saya pun taklah amik kisah sangat..PAstu tak lama, kulit jari mengelupas..sampai satu tahap, bila pegi bank Maybank sebab nak keluarkan wang. Cap jari kanan ni tak dapat kesan. Sebab apa? sebab kulit jari ni semua pecah plus mengelupas teruk. Nasib baik edjus punya edjust dapat juga bayangan cap jari..agak lama juga proses mengambil duit tu sebab mesin detect cap jari tu reject..huhu nasib baik dapat keluar kan wang.

Saya memang tak suspect langsung pasal sabun ni. Hilang mengelupas tu, timbul pula masalah lain. Kuku jari seakan akan menebal..huhu pastu semacam ada ruang diantara kuku jari dengan daging. saya ni dok heran la kan..dalam hati risau juga. Kuku pula, bila potong boleh potong sampai kecik size kuku tu. Kuku juga tidak tumbuh selari..huhu pastu nampak sangat nak rosak. Macam kuku orang tua dah..

Sampai la mak dari kampung datang rumah. Saya pun tunjukkan kuku la apa kemungkinan kuku saya boleh jadi macam tu. Pastu mak terus tanya. "Pakai sabun Bio Zip ka?" Menurut mak, dulu dia pun tak sesuai dengan sabut bio zip ni. Kuku sakit dan bernanah lagi..huhu Saya pun terus tukar sabun. Alhamdulillah, memang betul la pasal sabun tu..jari dah kembali normal..cap jari pun dah tak pecah dah..kuku kembali pada bentuk normal.

Mungkin kami kulit kami tak sesuai kot dengan sabun ni. Sekarang ni dah 6 bulan pakai sabun Daia. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah..
Tapi akak biras pun hadapi masalah yang sama semasa menggunakan sabun bio zip ni. Kulit rasa gatal..sebab tu dia pun tukar sabun..hemm


Thursday, April 28, 2011

Antara Kartun Animation Yang Baik Untuk Anak-Anak Kecik

Harini nak cerita pasal Animation lak..pasal anak-anak saya paling suka kartun jenis 3D animation ni :)..
Alhamdulillah setakat ni apa-apa yang anak minat, masih under control la. Sebab pertama skali kami memang takder tv. Astro pun takder..dulu ade la kan, tapi sejak tv kami 3 kali rosak, 3 kali juga baiki..sekarang dah taubat tak nak dah nak baiki lagi. Sekarang ni, apa-apa kartun yang anak-anak nak tengok kami yang sediakan. Sebab tu kapasiti hadisk pun besar. Semata mata untuk menampung movie+kartun+game untuk kami semua la :)..

Okla, tanpa membuang masa, kita review apa-apa 3D animation yang memang baik untuk anak-anak kecik ni. Kami pula, setakat ni ada beberapa jenis tajuk kartun yang ada. Antaranya..

1) Upin Dan Ipin
Geng Pengembaraan Bermula



2) Finding Nemo



3) Toy Story 1
Toy Story 2
Toy Story 3



4) Ice Age 1
Ice Age 2
Ice Age 3



5) Alvin And The Chipmunks 2007
Alvin And The Chipmunks 2009




6) Cars



7) Caroline



8) Flush Away



9) Happy Feet



10) How To Train Your Dragon



11) Bee Movie



12) Monster Inc



13) Madagascar 1
Madagascar 2
Madagascar 3



14) Up



15) Tangled



Semua ni adalah favorite anak-anak...Soon nak kena tambah lagi :) ..kalau nak cerita animation-animation 3D ni, memang best sangat-sangat. Disamping jalan cerita yang menarik, lawak dia pun sesuai dengan budak-budak kecik. Mudah difahami la katakan..selain tu grafik yang sangat menarik. Sangat cantik ;) ..mungkin ibu bapa dekat luar sana boleh cuba dapatkan kartun ni. Mana tau anak-anak minat kan :) bukan nak promote tau..sekadar nak kongsi idea apa yang baik untuk anak-anak kita :)..

Wednesday, April 27, 2011

Kemas Rumah

Harini busy sket sebab kemas-kemas rumah..kain pula bertimbun nak lipat..sebab kemarin cuci kain punya pasal :)..dipendekkan cerita, 2-3 hari ni dok layan drama korea 49 days..
best jugaklah, tapi masih ongoing..
Since ayah dah beli 2TB hardisk baru, dengan senang hati mendownload jer..hehe ayah kata "suke hati lah mu" haha~
ok dah~ nak sambung kerja nih~

Monday, April 25, 2011

Tamu Tuaran

Kemarin sempat jugaklah pegi tamu tuaran. Dari rumah awal giler..lepas je solat subuh adelah sejam lepas tu kami bertolak dari rumah..sebab susah nak dapat parking. Maklumlah masa orang nak membeli belah keperluan dapur..time Tamu ni memang ramai giler org. Pasal sayur mayur murah-murah jer ;) ..hehe

Yang ni 400gram Rm 5.00 saya beli..huhu nak cendawan goreng punya pasal kan. Beli jer..


Haa~ ikan masin ni, RM8.00 Sekilo..huhu


Nampak tak kacang panjang tu? Yang sebelahnya tu daun kacang panjang..kalau saya masak, main rebus jer. Takpun dibuat ulam dengan sambal belacan ;)..hehe Rm1.00 seikat


Yang ni pula, kami panggil sayur tayahan. Sayur ni, selalunya petani yang jumpa :)..masa anak padi nak tumbuh, dia tumbuh sama2 dengan anak padi tu haa..kalau ada sesapa pernah pegi sawah, memang akan jumpa sayur ni..sedap tau. Dibuat bubur pun sedap, tumis pun sedap..rebus pun sedap jugak! Aritu tanya RM2.00 seikat la pulak..huhuh

Dalam plastik tu pulak, yang kehitaman tu siput sungai.. :)
Sayur dalam plastik tu kami panggil sayur campur..hehe slalu rebus jer..sedap~ mcm-mcm rasa :D


Seakan-akan batang penyapu tu, tu la yang dinamakan Tuhau..heheh kupas dulu kulitnya, batang dia yang paling lembut tu lah dihiris hiris dibuat jeruk :D


Jagung cuma RM1.50 jer..ada jugaklah RM2.00..kena pandai cari lah kan. Saya beli ni jer..2 bungkus..hehe


Ketam ni, aritu tanya sekilo RM20.00..mak ai~ mahal jugak..huhu dulu RM7.00 jer..


Ikan kerapu..takde tanya lak berapa sekilo..


Ikan-ikan~


Suasana tamu tuaran..Ni dkat depan sungai tuaran






Sunday, April 24, 2011

Berkumpul Bersama-sama Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

PEtang Jumaat lepas, sempatlah kami sekeluarga berkumpul ramai-ramai dekat rumah abang ipar. Dari Tuaran ke Kinarut. Dalam perjalanan Biras call pulak, minta amik..pastu sampai KK baru dia jalan sama-sama dengan husbandnye :)..kira amik masa sejam jugak lah sampai dekat sana. Dengan jemnyer lagi..traffic light lagi :D..hehhe oh ya sebelum tu kami sempat jugaklah singgah kedai ayam potong. Beli buntut ayam :P..hehhe

Sebaik sampai dekat rumah abang ipar, kak biras dah siap-siap masak. Tinggal nak bakar ayam dan ikan jer...hehe
Dekat nak sejam jugaklah amik masa untuk bakar semua tu. Tak lama lepas tu Kak ros datang..hehe memeriahkan lagi majlis. Anak-anak dorang tak ikut lak..dorang suami isteri jer..anak-anak dekat rumah katanyer. Sempat juga dorang beri coklat dekat budak-budak kecik ni..bnyknyer tak terkira, sebab dorang beli dekat Labuan. Murah dekat sana sebab cukai import takde. Abis makan adik-beradik ayah kumpul layan tengok movie..kami pulak dekat luar, cerita-cerita..hehe

Jam 10PM camtu, kak ira dan hubby beredar..esok( hari ahad) kerja katanya..jaga pameran dekat dewan Kota Kinabalu. Kami lak tido jer dekat sana..sebab kalau nak balik, jauh..huhu

Kak Ros dan hubbynye pun dah beredar..kami pon naik tido..penat, dah jam 12Tgh Mlm dah pun..Esok .nak balik awal. Sebab nak singgah dekat wisma muis. Sebab nak beli barang dekat sana..Ayah lak nak singgah dekat karamungsing shopping komplex sebab nak beli hardisk.. :)

Takde pics la..sebab lupa nak tangkap gambar..huhu

Friday, April 22, 2011

Public Holiday!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :) harini ayah cuti sampailah hari isnin ni ;)..ceewaah~ memang best :P..bersemangat jer kekek

Pagi-pagi lepas selesai solat subuh, lepak dengan ayah tengok youtube..anak-anak pulak masih tido, pastu goreng kuih B-)..
Layan drama korea kejap, anak-anak pulak bangun. Sekarang ni dah jam 7:34AM. Anak-anak masih sarapan sambil main boowa and kwala..huhu

Kejap lagi nak kemas rumah, jemur kain, masak++ huhu kira nak ajak ayah potong rumput ni~ uuuhh~ banyak nak buat harini..tengah hari baru dapat blogwalking ;)..

P/s Hari yang cerah!

Thursday, April 21, 2011

Yeah! Follower Dah Sampai 100 Dah :D

Oh senangnya dalam hati...
Follower ku dah sampai seratus orang...
Nampak sikit tapi banyak tu :P...
nampak mudah tapi susah nak kumpul orang tau :P..

hehheh begitulah ungkapan pantun tapi sebenarnya bukan pantun :D..
huhu terima kasih banyak2 ekk sb sudi berkunjung dan sudi jadi follower sy :)..
yiiihhaaa~ hari yang baik!

Bubur Beras Pulut Hitam

Hehe oleh sebab siang tadi internet tak ok, maka blogwalking dan update entry tak berjalan dengan baik..huhu sabar jer la :( ..kalau putus elektrik, modem memang tak nak up2..heran la..huhu

Sekarang ni dah nak jam 3 pagi. Amik masa sket update entry..hehhe ok, berbalik kepada tajuk..oleh sebab beras pulut hitam ada sok lagik, saya sempat juga la buat bubur ni...saya main campak-campak jer..bahan-bahan lak senang. Cuba tengok ni:-

Bahan

a) Beras pulut hitam
b) Gula
c) Santan( oleh sebab santan habis, saya gantikan dengan susu cair)
d) Garam secukupnya
e) Daun pandan

Main agak2 jer semua tu..anak2 of course suka sangat :)..balik2 minta pulak, dan balik2 juga pegi tandas..nak kencing katanya...huhu

Tapi saya belum lagi amik gambar..nanti ada masa saya tepek ekk..tak sempat tangkap gambar tadi, esok saya cuba amik ;)

Ni Pulak Ehsan Dari Google

Tuesday, April 19, 2011

Perangai Budak Kecik Zaman Ini..

Alkisah, pada suatu hari..si ibu tengah menonton tv bersama sama dengan anak nya yang baru mencecah umo 3 tahun..tiba-tiba si anak berkata pada ibunya..

Si Anak: Ibu, kenapa Abah punye( faham2lah ekk) besar? Saya punya kecik jer..
Si Ibu: Bingung macamna nak jawab..Si ibu pun berkata, Sebab abah dah besar..anak masih kecik lagi..
Si Anak: Jadi, bila saya dah besar, besar la jugak?
Si Ibu: iyeee~~

Hari yang seterusnya..

Si Anak: Ibu, Abah dengan saya sama..Ibu lain..
Si Ibu: Sama yang macam mana?
Si Anak: Sebab, Abah dengan saya "burung"..Ibu punye "lubang"
Si Ibu: Bingung lagi...

Hari yang seterusnya lagi..

Si Ibu nak masak ikan, si ibu keluarkan ikan dari peti ais untuk dilembutkan..

Si Anak: Wah~ Besarnya ikan..macam besar "burung" abah..
Si Ibu: Menggeleng~

Lagi...

Si Anak: Kenapa abah tindih ibu?
Si Ibu: Takder pape..

Jadi ye tuan-tuan dan puan-puan, kejadian ni saya dengar dari budak-budak kecik somewhere..ape ekk yang menyebabkan budak sekecik ni boleh cakap macam tu ekk? huhu sebenanya bahaya budak sekecik macamni boleh cakap dan tanya itu dan ini pasa "benda" ni. Atau, mungkinkah, budak sekarang terlalu bijak dibandingkan budak-budak zaman dulu? Atau mungkin budak-budak zaman ni curious pasal benda tu?



Pendapat saya pulak: Elakkan anak kecik ni melihat tubuh badan kita, elakkan anak mandi bersama-sama dengan ibu bapa dalam keadaan si ibu atau bapa ni berbogel..dan akhir sekali, elakkan anak-anak melihat kita dalam keadaan berhubungan suami isteri ;)..cuma pandangan saya sahaja :)

Ya Allah, Azabnya Nenek Ni Meninggal Dunia

Assalamualaikum, salam sejahtera..baru jer baca berita online kosmo tadi. Kesian sangat nenek ni meninggal dunia. Akibat terminum cuka yang disangka minuman oren. Takziah kepada keluarga mangsa dan al fatihah untuk nenek ni..



Pastu baca berita dekat Harian Metro, nenek ni sebenarnya seorang bomoh. Sejauh mana kebenarannya saya pun tak tahu la kan..Apa-apa pun dosa nenek ni, semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya..

P/s: Yang warna merah dekat kepala nenek pada gambar tu darah ker? Walahuallam..

Thursday, April 14, 2011

Makanan Tradisi Suku Kaum Kadazan/Dusun

Hehehe harini nak juga bagitau korang semua apa makanan tradisi suku kaum kami ni..
yela, orang melayu dengan rendangnyer..dengan gulainyer..hehehe tapi suku kaum Kadazan/Dusun takder semua tu..yang betol-betol asli ni lah..meh tengok..

Yang dekat bawah ni, kami panggil Bosou nama asasnya. Tapi bergantung kepada bosou jenis apa..
Bosou Sada/ Bosou ikan


Bosou Nangko/ Bosou Nangka


Bosou sada om Takano/ Bosou Ikan Dan Nasi

Yang serbuk warna hitam tu sebenarnya isi biji pangi. pangi tu keluak la. Tau macam mana biji keluak?


Ni lah buah keluak. Nampak tak isi biji keluak tu? warna hitam kan? haa~ ni la bahan asasnyer.. ;)

2) Yang dekat bawah ni pula jeruk bambangan. Yang dalam bekas tu dah kena jeruk pun. Warna putih tu pula sebenarnya isi biji bambangan tu sendiri. Parut lepas tu baru campur skali dengan buah bambangan tu. Kepada penggemar benda-benda masam ni..haa cubalah penangan jeruk ni bambangan ni ;)



3) Yang ni pula kami panggil Tuhau. Sebenarnya Tuhau ni kena jeruk juga. Bahan asanyer, Cili padi, Batang Tuhau, Limau..hehe Kalau dekat semenanjung popular bunga kantan kan? tapi dekat sabah ni pokok bunga kantan ni. Pokok bunga kantan ni lah yang kami panggil Tuhau. Ada paham?? heheh





Heheh tu jer la buat masa ni..dah penat menulis. Pinggang dah mula sakit dah..huhu

Plan Untuk Minggu Ini ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hehe hari ini barulah dapat update blog..
Kelmarin pinggang rasa sakit sangat..huhu ujiann~ asik baring jer..yela, nak restkan pinggang ni..Alhamdulillah, harini dah sihat sket ;)..

Oklah, ape plan untuk minggu ni ekk? Hemmm dah tanya encik somi dah..suami kata, senaraikan barang-barang yang nak dibeli. Amboi :P~~ macam nak blanja jer..hehhe B-)!
Dengan berbesar hati, saya ni kire nak pegi butik jakel haa~ nak beli jubah dekat sana. Tak pun nak pegi Wisma Muis dekat KK sana. Sebab dekat sana pun ade jugak jual jubah. Huhu tak pun dekat tamu kot ade baju ni..tu jer yang saya tau tempat nak beli..

Pastu nak belikan anak-anak ni baju juga. Beli yang murah tapi berkualiti ;)..oh ya, nak belikan ayah seluar dan baju office jugak. Nanti yang ni pepandailah saya cari dekat mana..sebab yang ni berlambak jer. Hehehe...belum termasuk belanja dapur lagik ni~~ huhu abislah. Tapi memandangkan encik somi nak belanja kitorang, hehhe sediakanlah payung sebelum ujan lah ekk :P..

Ermmm kire nak spend sikit untuk biras saya sorang tu. Dengan anaknyer skalik..baju ker..angan-angan nak belikan kakak biras tu jubah jugak. Sebab dah lama sangat dia nak beli..huhuh. Ni ade kelebihan sikit ni nak juga bagi dia suprise :D..hahhaha~ takper-takper, nanti kalau dah nak beli, saya cuba carikan. Mana tau ade yang berkenan kan. Hemmm ade satu masalah, jubah-jubah dekat sini kebanyakkannya mahal.. :( :( ...nanti cuba carik yang murah la. Harap-harap jumpa..

Hermmm dah lama sangat tak pegi Tamu Kota Belud. Mungkin dah banyak berubah sekarang kan. Almaklumlah, balik KB pun bukannya singgah dekat tamu..terus balik kampung~ tak singgah-singgah lagi. Huhuhu takper, panjang umur..dapat juga pegi sana ;)..insyaAllah~

Wednesday, April 13, 2011

Tak berapa sihat

Assalamualaikumm..harini cuti berblog dan blogwalking..tak berapa sihat nih :(..huhu esok sy sambung balik atau mlm ni la..klu sempat la ekk..nanti sy berkunjung ;)

Tuesday, April 12, 2011

Jangan Sembarangan Makan

Nampak jer serupa tapi tak sama. Ada berlaku kes kematian yang melibatkan memakan cendawan yang didakwa cendawan busut. Tapi rupanya bukan cendawan busut. Jadi penggemar cendawan-cendawan liar yang boleh dimakan ni haruslah berhati-hati tau. Bukan main kutipp jer..sekali makan, macam-macam komplikasi badan. Boleh menyebabkan kematian lak tu.

Cara-cara mengenal pasti sama ada cendawan boleh dimakan atau tak;

1) Cendawan Beracun (ikot pengalaman kutip cendawan dekat kampung ler)

> Berbau busuk
> Tidak berulat
> Tidak menyerupai cendawan yang biasa dimakan

2) Cendawan Boleh Dimakan

> Berbau wangi
> Berulat
> Biasa nampak dan sebijik dengan yang pernah kena makan

Heheh laporan dibuat oleh Puan Wafiqa ^^V"

Dan laporan berita ni juga boleh membantu ;)..ok!



Monday, April 11, 2011

Siapa Pernah Kena?

Pernah dapat email tak yang mengatakan yang maybank nak suspend akaun maybank? Pastu suruh login cepat-cepat untuk update konon-kononnyer?
Saya dah banyak kali dapat email macamtu. Tapi suami dah ingatkan awal-awal. Jangan sesekali login menerusi email tu. Sebab itu semua tipu! Kalau tak silap, Hong Leong Bank pun ada spam macamni. Jadi pengguan mana-mana bank dekat luar sana, jangan terpedaya langsung dengan email macam ni tau. Dapat kepastian dulu dari bank berkenaan. Kalau tak nanti macam seorang ni kena.Lesap 5 ribu dalam bank. Banyak tuh! Sebulan belum tentu dapat kumpul duit sebanyak nih! So hati-hati lah yer ;)





Yang dekat bawah ni pula contoh-contoh email spam yang dikirim.



Macam betul kan? tengok isi email lak..



Jadi kepada sesiapa yang pernah kena tu. Simpati la kan..sebab bukan senang kita-kita ni kumpul duit..huhu kepada yang belum terkena tu, hati-hati!

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...