Followers

Monday, March 7, 2011

Masuk Islam bukan Bererti Jadi Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Semalam dok tengok Cerita Aku Masih Dara, best jugak movie ni..terutama part sufiah terbuka hati mendalami islam. Cuma ada adegan yang agak panas yang saya rasa tidak sesuai dipertontonkan la..sikit jer la.

Sudah beberapa kali nak cerita pasal ni. Cuma tiada kesempatan nak taip. Dan lagi pula, asal ada idea mesti hilang begitu jer kan. Tak per, sabow jer la.. :)


Ermm..kadang-kadang tanpa disedari, bangsa sesuatu kaum memainkan peranan penting dalam menarik perhatian kaum non-muslim tertarik dengan islam. Sebab apa saya cakap macamtu? sebabnya kalau contohnya melayu la kan, gadis melayu yang sopan dengan pakaian baju kurung tu kan manis :)? ye tak? itu contoh jer..

Okeh, mari kita mulakan. Seperti tajuk yang tertera..ada sesetengah non-muslim yang menganggap apabila masuk islam tu akan jadi orang melayu. Anda salah! anda tidak akan sekali kali jadi melayu sekali pun masuk islam tau. Sebab apa? sebab melayu tu cuma semata mata bangsa. Kita tak boleh samakan antara bangsa dengan agama. Melayu is melayu..islam is islam. Kalau awak cina, awak tetap bangsa cina..kalau awak kadazan, awak tetap bangsa kadazan walaupun dah masuk islam!

Okey, mungkin disebabkan melayu ni majority islam kan. Saya akui, ada sesetengah perkara yang membuatkan perkara ini secara langsung "menjadikan" awak sebagai melayu. Salah satunya awak akan memakai baju kurung..baju kurung adalah salah satu pakaian adat resam melayu. Bila dah memeluk islam, dah pandai pakai baju kurung contohnya. Bukan macam tu, umat islam dituntut menutup aurat kan? Jadi, salah satu pakaian yang menutup aurat dan senang didapati, baju kurung ni la :). Islam tidak menuntut pun awak pakai baju kurung..asalkan apa yang kita pakai tu menutup aurat boleh lah dipakai :). okey, ada paham?

Salah satunya juga, mungkin tanggapan ni wujud sebab asal jer rendang hari raya..asal jer hari raya, Islam? mungkin lah kot..buat jer apa-apa jenis masakan pun masa hari raya..dari masakan cina ker, masakan india ker..masakkan sabahan ker..asalkan halal! benda tu tak wajib..tiada tertakluk dalam al quran pun..jadi jangan risaulah, bila awak masuk islam..awak tidak akan sekali kali jadi melayu~~ :)

Hehehe sekian tuk kali ni :)..wassalam

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...