Followers

Tuesday, March 29, 2011

Ika Demam La Pula

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)..hehhe pepagi la mcm dah buat syarahan ;P..
Hemm dan nak seminggu lebih saya tak update blog ni..dah lepas dugaan tak sihat, kali ni Ika pula yang demam..huhuhu

Oleh kerena dek perunahan cuaca yang tak menentu, maka kelmarin Ika demam. Dari jam 6 petang dah mula risau. Mula-mula tu saya tak perasan, cuma hairan sket la kan Iqa asyik nangis jer..nak buang air kecil pun nangis kuat-kuat macam kena cubit. huhuh..Cek-cek kepala rupanya demam Ika baru nak mula..dalam hati dah risau, risau bukan sebab apa..risau benda lain lak..sebab macam2 kan kes sekarang ni..demam denggi la..demam itu la..demam ni la..tu yang dok risau..dalam hati tawakal jer sementara tunggu suami balik dari kerja..


Jam 8:30 malam baru ayah sampai rumah, sebelum tu saya ada sms..minta tolong belikan ubat demam untuk Iqa..tapi tak sampai lak sms tu. Huhu..ayah cakap, tadi dia jumpa kawan kejap..minum2 dekat pekan sana..Saya bagitau la, Iqa demam..pastu biincang punya bincang, terpaksa la kami lari pegi hospital sekejap..sebab dekat sini klinik dah tak buka malam. Kalau ada pun cuma sampai jam 9 jer.

Lepas jer ayah selesai makan, mandi semua..kami geraklah pegi bahagian kecemasan..hospital tak lah jauh pun..dalam 5-10minit sampailah..Register jer terus masuk bilik pemeriksaan. Doc cek suhu ok ler pulak..heheh. Doc cakap, suhu badannya dah ok..bila dia demam katanya. Saya kata baru jer tadi..mungkin sebab saya letak tuala basah dekat kepala Iqa kot..tu yang turun suhu badan tu :)..syukur alhamdulillah..kami sekejap jer dekat hospital tuaran, amik ubat demam terus pulang..ayah dan abang dah tido dalam kereta..huhu kesian ayah, penat tu.. :(

Makasih ayah! muaaahh~ ;)

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...