Followers

Wednesday, March 30, 2011

Demam Denggi

Asal anak-anak dan suami demam mesti risau pasal benda ni. Sebab tu kalau anak2 demam jer, mesti bawa secepat mungkin dekat hospital atau klinik untuk rawatan lanjut. Huhu kalau orang dewasa kita boleh tanya dekat mana yang sakit kan..tp budak2 kecik ni susah sket sebab bukannya pandai bagitau..huhuhu Alhamdulillah Iqa dah tak demam harini..


Apa itu denggi?

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar.


Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ´serotype´ virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis ´serotype´ ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza.

Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya.

Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

Cara jangkitan:

Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya.

Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.

Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil ´penularan mekanikal´.

Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit.

Tempat pembiakan:

Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas.

Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

i) Demam denggi klasikal.

Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ´demam patah tulang´ atau ´breakbone fever´.

ii) Demam denggi berdarah.

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai ´demam berdarah Filipina´.

Tanda-tanda atau gejala:



1. Demam denggi klasikal

Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2. Demam denggi berdarah

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.

Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ´Dengue Shock Syndrome´ (DSS).
Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah:

Rawatan demam denggi klasikal:

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku.

Rawatan demam denggi berdarah:

Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.
Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari sebarang penyakit..aminn~

Sumber: http://cvtampang.tripod.com/

Yay! Followers Dah Mencecah 50 Orang ;)!


Hehehe benda macamni pun nak kecoh :P..baru 50 orang..kalau dah beribu macam orang lain, nak-nak macam beruk kena bagi bunga :P..hehe apa2 pun terima kasih sebab sudi jadi follower sy ekk ;)..

Amboi~ Rasa Bangga sekejap :P Kekekke~

Dari semalam internet dok disconnect~
Baru jer melayan dah buat hal..setiap kali DC mesti restart..fuhh~ penat juga!
Kalau modem pandai reconnect ok la juga..ni tak, tekan suis bukan main payah..naik meja OF. Tunggu selama beberapa saat baru On balik. huhu sabar lah wahai hati~
Itu cerita semalam..encik suami pun dok bengang :P..kuikuikui

Segalanya berakhir pagi tadi..(hahha) ;)
Ayah cakap, nanti rajin-rajin la on of modem tu ar..sebab memang line internet tak ok ni. Nak kena manually On Off..huhu
Sebaik ayah bergerak ke office, saya pun dengan rajinnya OFF pastu On balik. Ni kerana nak baca berita la..huhu
Pastu lama-lama pening..sebab terlalu kerap restart modem. Naya jer..
Saya ni dok pikir2, kenapa la line internet ni teruk sangat? tak la macam sebelum ni..boleh jer bertahan selama 20minit then baru DC..(thinking2)

Habis pikir2, saya cabut connection yang dar pc ke modem. Mana tau hang pasal tu kan..pastu ok la pula..bolehlah bertahan selama 2-3 jam..hehe!
Aik, berjaya pulak, dengan rasa bangganya saya bagitau encik somi :P..hehhe
kebetulan jer kot :P..tu pun nak rasa bangga, siap puji diri sendirik lagik :D..ceewaah~

19 Antara Air Terjun Yang Tercantik Didunia

Indahnya ciptaan Allah SWT..Kalau kita sebagai kalifah dibumi ini tidak dapat menjaga keindahan ini, maka hilanglah antara nikmat yang Allah beri..





















Tersangatlah cantik ;)!

Tuesday, March 29, 2011

Menggamit Kenangan


Heheh tiba-tiba pula teringat..masa kecik-kecik dulu sebelum popularnya tv swasta, banyak juga la drama-drama RTM yang saya minat :D..
Banyak sangat..tapi dah lupa pula sebahagian dari tajuk-tajuk drama tu..kalau saya tak silap, dekat slot spektra :)..hehe
ok antara yang saya minat,

Ros Anita - Ogy Ahmad Daud dengan seorang lagi tu..saya lupa la namanya..

Mendung Berarak Jingga - ker atau apa namanya tu..Pelakon mestila shahriza Mahmood Dengan Pelakon lelaki kalau tak silap Fendi


Syahadan - Part yang ni, setiap kali tengok mesti mama menjerit hahaa..drama silat dulu-dulu. Pelakonnya Rusdi Ramli, Faizal Hussien Dan Kak Engku kalau tak silap

Senandung Semalam - Rozie Rashid..hehe minat giler dengan Rozie ni dulu. Sebab drama ni la..

Kembara Bermusim - Kisah Malaysia Dengan Indonesia..Zamarul Hisyam Pelakonnya

Yang lain saya tak ingat tajuknya..tapi saya paling suka lakonan zamarul hisyam yang sebagai Ibrahim tu :D..hahaha lawak2..minat juga dekat dia ni dulu..hensem :P! Lakonanye dengan Haleeda kalau tak silap..huhu kalau ada sesapa yang ada simpan drama ni, share2 la ekk :D...rajin2 lah upload dekat internet. Saya nak tengok balik!

Haaa..lakonan Noraniza Idris dengan Norman Hakim..best jugak ceritanya tu..huhu tapi mcm biasa, saya lupa tajuk drama tu..

Huhu kalau ingat2 balik, memang best giler la..maklumlah zaman tu kan ;)..tapi kalau RTM sudi tayangkan balik drama2 spektra ni dulu, pun best jugak! saya nak tengok sangat2..
Sebenarnya banyak lagi drama slot spektra tu..cuma saya dah tak ingat...huhuhu kalau ada sesapa yang ingat, share2 lah ekk ;) sharing is caring maaa~

Ika Demam La Pula

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)..hehhe pepagi la mcm dah buat syarahan ;P..
Hemm dan nak seminggu lebih saya tak update blog ni..dah lepas dugaan tak sihat, kali ni Ika pula yang demam..huhuhu

Oleh kerena dek perunahan cuaca yang tak menentu, maka kelmarin Ika demam. Dari jam 6 petang dah mula risau. Mula-mula tu saya tak perasan, cuma hairan sket la kan Iqa asyik nangis jer..nak buang air kecil pun nangis kuat-kuat macam kena cubit. huhuh..Cek-cek kepala rupanya demam Ika baru nak mula..dalam hati dah risau, risau bukan sebab apa..risau benda lain lak..sebab macam2 kan kes sekarang ni..demam denggi la..demam itu la..demam ni la..tu yang dok risau..dalam hati tawakal jer sementara tunggu suami balik dari kerja..


Jam 8:30 malam baru ayah sampai rumah, sebelum tu saya ada sms..minta tolong belikan ubat demam untuk Iqa..tapi tak sampai lak sms tu. Huhu..ayah cakap, tadi dia jumpa kawan kejap..minum2 dekat pekan sana..Saya bagitau la, Iqa demam..pastu biincang punya bincang, terpaksa la kami lari pegi hospital sekejap..sebab dekat sini klinik dah tak buka malam. Kalau ada pun cuma sampai jam 9 jer.

Lepas jer ayah selesai makan, mandi semua..kami geraklah pegi bahagian kecemasan..hospital tak lah jauh pun..dalam 5-10minit sampailah..Register jer terus masuk bilik pemeriksaan. Doc cek suhu ok ler pulak..heheh. Doc cakap, suhu badannya dah ok..bila dia demam katanya. Saya kata baru jer tadi..mungkin sebab saya letak tuala basah dekat kepala Iqa kot..tu yang turun suhu badan tu :)..syukur alhamdulillah..kami sekejap jer dekat hospital tuaran, amik ubat demam terus pulang..ayah dan abang dah tido dalam kereta..huhu kesian ayah, penat tu.. :(

Makasih ayah! muaaahh~ ;)

Friday, March 25, 2011

Alhamdulillah, Harini Dah Sihat Sket

Syukur alhamdulillah, dah sihat sikit harini :) ..bolehlah bergerak aktif macam biasa ;) dan bolehlah sambung berblog hehehhe..

Tuesday, March 22, 2011

Tak Berapa Sihat

Huhu tak sempat nak buat apa2..sebab tak berapa sihat..kepada sesapa yang tak dapat saya balas kunjungan tu, nanti saya cuba usahakan ekk :)..sabar ekk

Saturday, March 19, 2011

Telur Direbus Menggunakan Air Kencing








Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam. Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. "Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. "Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk. - Agensi

Iskk3~~ geli lak. Ada pulak rebus telur pakai air kencing ni..huhu loya2

Streamyx Dah Ok Dah

Syukur Alhmadulillah, streanyx dah ok dah :)..mudah mudahan selepas ni xde lagi masalah mcm sebelum ni :) ..dah call tm 2-3 ari lepas, adalah 2-3 kali tm call kami nak kompomkan internet dah ok ker belum..mungkin skg dah ok kot :).. thanks TM!

Thursday, March 17, 2011

CONTEST BINTANG RONASUTRA BERMULA!!!


Tadi dapat jemputan dari Asid undia beliau di contest ni BINTANG RONASUTRA
Kalau ada sesapa yang pernah menjadi pelanggan dan sudi ikut contest Ronasutra,bolehla klik link di atas ;)..

Dah jemput wawa, mamaya dan Fieda ;)

Wednesday, March 16, 2011

Cendawan Busut Beracun Ker?

Baru jer baca kosmo online tadi. Ade pula cerita seorang pakcik. Alkisahnya pokcik ni kutip cendawan busut dekat tepi sungai. Bila dah siap masak, makan sakit perut pulak. Tak pasal-pasal kena food poisoning. Tapi yang myuskilnye, cendawan tu beracun ker? atau cendawan tu yang diracun?

Saya kalau jumpa cendawan ni, memang best jer..heheh sebab sedap tau cendawan ni. Tapi tak pernah lak kami keracunan sebab cendawan ni. Huhuhu lain kali kena hati-hati la kan. Mana tau cendawan tu dah tercemar dek racun rumpai ker ape ker..yer tak?


Apa-apa pun semoga pokcik dan keluarganya selamat dari bencana keracunan makanan ni.


Cendawan Busut

Hari Yang Indah Tapi Streamyx Buat Hal

Assalamualaikum..

Huhu tengah ada idea apa nak tulis, streamyx buat hal la pulak. :((
Penat la macamni. Sikit punya stabil, dah ber ribu riman ping dia :((. Adoii..
Ni kes gempa bumi ke ape ni? Tapi kalau kes gempa bumi dari kemarin2 dulu lagi kena :(..iskk
Moodku hilang!
Penat tol la..bengang pun ada..tapi sabar ni masih ada. Yahoo restart jer balik modem tu abis crita :P.

Tengok jer la screen shoot ni :D..hahahha

Ni sebelum restart. Beribu riban!



Tengah nak up



huhu selesai!

Monday, March 14, 2011

Ghotic Malaysia VS Ghotic Jepun

Sebenarnya benda ni dah lama. Kiranya 3-4 tahun lepas. Dah basi cerita ni. Tapi bila tengok balik,
hemmm rasa nak share pulak pasal ni. Fashion ala-ala ghotic ni dah menular dekat malaysia. Mata dihitamkan, pakaian serba hitam. Tak pun serba putih..tak pun ada juga pink. Tapi yang wajib hitam tu la di mata saya ni.

Tak tau apa nak kata, malaysian ghotic?







Orang malaysia tak payahlah buat benda macamni. Terutama yang beragama islam ni. Jauh terpesong dari syariat islam. Lagipun sesuai ker? buka minda tanya akal kita kuikuikuik~

Japanese ghotic




Antara Cosplay Anime Yang Best!

Hehehhe ade pulak..huhu smart gile. Hehehe Banyak lagi la, cuma tak larat nak tepek..huhu


Kenal watak Nell dalam Bleach kan? haa ni dia ;)


Inuyasha



Fullmetal Alchemist


Card Captor Sakura


Kurosaki Ichigo


Misa Misa Dalam Death Note


Kuciki Rukia Dalam Bleach


Watak L Dalam Death Note


Kira Dalam Death Note


One piece


Dragon Ball

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...