Followers

Saturday, February 19, 2011

Soalan-soalan Penemuduga

Kepada yang bakal-bakal di interview, boleh la baca ni sebagai panduan. Mana-mana yang difikirkan tidak logik, abaikan jer.. :)

  • Beritahu saya pasal diri kamu/ Tell me about your self
Soalan ini cuma bertujuan sesi memanaskan badan jer. Walaupun soalan ni nampak ringan, namun tidak boleh dipandang ringan sebab ada interviewer yang suka dengan cara anda menarik perhatian menggunakan soalan ni. Ok here we go! Untuk menjawab soalan ni, anda boleh lah memberitahu pasal personal particular anda. Nama, Kelulusan, Asal, Tempat tinggal sekarang. Berikan sedikit ruangan "jokes" yang moleh menghilangkan ketegangan yang berlaku di ruang interview. Jangan ada rasa was-was dalam memberikan jawapan ataupun penerangan mengenai diri anda. Kalau boleh, tulis di kertas dan balik-balik lah baca..kalau boleh hafal, hafal jer.


Bagitahu apa yang anda suka dengan organisasi yang anda apply. Apa yang berkaitan dengan diri anda dengan jawatan yang anda pilih..kalau dapat pass soalan ni, InsyaAllah harapan untuk lulus amat cerah!

  • Kenapa Memilih Pekerjaan ini?
Bab ni boleh la anda semua cakap sebab minat yang mendalam mendorong anda memilih pekerjaan ni. Atas Kelulusan juga boleh diambil kira. Tegaskanlah, walaupun kelulusan anda tiada kaitan dengan pekerjaan ni, anda boleh buat something yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dalam organisasi.

  • Kenapa Kami Perlu Melantik Anda Menjawat Jawatan Ini
Beritahu interviewer bahawa anda seorang yang rajin berusaha. Boleh bekerjasama dengan semua peringkat umur dalam organisasi. Boleh juga selitkan, yang employer tu rugi kalau tidak mengambil kita sebagai pekerjanya atas sebab-sebab tertentu :
Bolehlah bercerita pasal apa-apa sahaja berkaitan dengan diri anda. Dan pastikan jawapan itu logik.

  • Gaji Yang Diharapkan
Letaklah mana-mana yang sesuai. Kalau highest gaji untuk jawatan tu RM1500.00, cubalah letak RM1200 ker..Sebab apa? Sebab based on experience yang kita dapat sebelum ni. Kalau belum ada experience, 950.00 pun cukuplah..atau kalau boleh lagi survive dengan gaji RM850, letak jer :)

  • Kenapa Letak Jawatan Dari Pekerjaan Sebelum Ini.
Cakap jer la sebab tamat kontrak ker..Ada orang yang mempunyai sebab atas ingin mencari pekerjaan yang lebih sesuai. Satu lagi, atas faktor globalisasi peningkatan harga barang yang mendadak..awak cari kerja yang lebih tinggi gaji..

  • Apa Yang Awak Tahu Pasal Organisasi/ Jabatan/ Kementerian Ini?
Jawapan ini bergantung kepada research awak semua pasal company/ jabatan ni. Apa Organisasi ni buat, siapa Ketua jabatan,Siapa ketua menteri dalam kementerian ni.

  • Apa Kerja-Kerja Yang Melibatkan Jawatan Yang Awak Pohon?
Ini pun Kena buat research juga apa-apa yang berkaitan dengan pekerjaan yang diapply.

  • Senaraikan Jabatan-Jabatan Atau Kementerian-Kementerian Yang terdapat Di Malaysia.
Senaraikan jer la..jabatan perdana menteri ker, pelajaran ker, pertahanan ker..kesihatan ker..banyakkan? Soalan ini biasanya ditanya oleh penemuduga dari jabatan kerajaan.

  • Isu Semasa Yang Awak Tahu?
Ni kena banyak membaca newspaper sebelum interview.

  • Siapa Perdana Menteri Malaysia, Siapa Timbalan Perdana Menteri, Sebutkan Bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia, Siapa Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Takkan tak tahu kot :P? heheh

  • Apa Perancangan Masa Depan Anda 5 Tahun Akan Datang?
Beritahu apa yang awak nak capai dalam organisasi tersebut..nak buat cawangan baru ker, Perbanyakkan Kemahiran ker..kahwin ker..boleh ker cakap macamtu? :D


Tu jer la buat masa ni :)..heheh dah lemas menulis ni. Oh ya satu lagi..pastikan pakaian yang bersesuaian dipakai semasa interview. Jangan pakai selekeh suda..kalau nak keja gomen, perempuan digalakan memakai baju kurung, kebaya ker..Kasut mesti menutup semua kaki. Kalau boleh pakai stokin :) ..Ok lah selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...