Followers

Monday, February 28, 2011

La Tahzan..Sabarlah, Allah Takkan Menguji Umatnya Dengan Ujian Yang Tidak Termampu..Aminnn

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH gembirakanlah jiwa ini, tenangkan hati ini dan sabarkanlah diri ini setanding para-para nabi dan orang-orang soleh terdahulu.

Saya sekadar ingin berpesan terutamanya kepada diri saya sendiri. Jika ingin membantu orang lain. Bantulah dengan ikhlas. Supaya kemudian hari, apabila dikutuk apabila dipandang negatif, dipandang hina dan dicerca oleh orang lain, anda akan terima dengan hati yang amat terbuka. Anda masih tenang, anda masih redha dan tidak kisah walaupun dipandang negatif oleh individu yang sentiasa berfikiran negatif. Seperti yang kita tahu, berfikiran negatif dan mempunyai persepsi negatif adalah satu penyakit yang menghalang seseorang individu itu untuk berjaya, walaupun individu tersebut mempunyai impian setinggi gunung untuk mencipta kejayaan. Jadi saya berpendapat individu yang mempunyai fikiran yang negatif adalah seorang pesakit yang perlu dipulihkan , supaya akan dapat mengecap manisnya kejayaan.

Salah satu kesan atau akibat disebabkan bergaul dengan individu yang mempunyai persepsi yang negatif, setiap perkara yang kita lakukan demi kebaikan, jika tidak kena dengan ego dan kehendak beliau, kita akan dipandang negatif, jadi itulah cabaran yang perlu dilalui sekiranya kita terpaksa berhadapan dengan individu seperti ini. Namun itu bukannya satu masalah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Kerana itulah keikhlasan itu penting dalam melakukan sesuatu. Tanpa keikhlasan pasti hati kita akan luka kerana apa jua yang kita lakukan dengan niat kebaikan, sudah tidak bernilai dimata orang lain lagi akibat satu tanggapan negatif terhadap diri kita. Jangan kisah pada penilaian individu lain. Pastikan anda lakukan dengan penuh ikhlas dengan harapan untuk mendapat keredhaan dariNya.

Jadi sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, jangan serik untuk membantu. Bantulah dengan ikhlas. Lakukan selagi anda mampu, kerana kita hanya mampu untuk berusaha. Hasilnya kita hanya perlu berserah pada yang Esa. Jangan serik untuk mendampingi individu seperti ini. Lakukan dengan ikhlas, apa jua keputusan yang anda terima, anda perlu redha jangan bersedih, kerana ALLAH sentiasa bersama anda, kerana anda melakukan segalanya kerana ALLAH.

Alhamdulillah YA ALLAH Kau masih melindungi hambaMu ini dari kesedihan dan rasa sakit didunia yang penuh dengan kejahatan dan dugaan yang sentiasa melanda diri setiap hamba-hambaMu...

Sumber:http://cintaharisanur.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...