Followers

Monday, February 14, 2011

Kembali menulis blog :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..huhu dah sangat lama tak update blog ni. Aritu tulis macam macam pasal kebun sayur...huhu untuk pengetahuan anda semua, kebun sayur tu pun dah dipenuhi semak samun. Sedih sangat la..dah lama sangat tak bersihkan kebun tu kan. Bukan bz mana pon, cuma cuaca tak mengizinkan..hari-hari hujan kan. :)

Syukur Alhamdulillah..kehidupan masih teruskan seperti biasa. Sekarang ni tengah cuba cari pendapatan sampingan. Taklah bergantung sepenuhnya dgn hasil kerja suami kan..Mudah-mudahan Allah murahkan lagi rezeki kami :).


Harini dah 14 february 2011. Banyak sangat yang nak disettle kan untuk tahun ni. Terutama nak kene daftarkan awal anak saya yang sulung tu dekat kindergarden. Sekarang ni tengah usaha kenalkan anak dunia Aplhabeth, Counting, Colouring, Hijaiyah..yang penting sangat sekarang ni harus dah kenalkan dengan Tuhan. Takper, slow2 sikit..sebab kalau terlalu push budak ni kena ajar macam2 nanti mudah boring pulak dia kan. There're no big deal kalau pasal komputer. Anak-anak zaman sekarang ni umur 1plus years old pun dah pandai handle komputer. Klik sana klik sini..cuma perlu kena pantau jer la. Tak boleh dibiarkan dia buat sendiri..huhu untuk peringatan kepada diri sendiri ni.

Oh ya, anak sulung saya ni ada lah pelat sikit. Huhu tak pandai sangat nak sebut perkataan. Macam mana nak hendle ekk? risau pulak..
Tapi saya ada search tadi dekat Mr Google, ni dia jawapannya :-

Menggalakkan Anak Bercakap Dengan Betul

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk merangsang anak pelat supaya dapat memperbaiki sebutannya ialah dengan kerapkan membaca buku kepadanya, bercakap dalam ayat yang pendek dan menggunakan perkataan yang mudah jadi tidak sukar untuk anak anda meniru percakapan anda. Pastikan anda menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul apabila berbual dengannya. Jika anak anda bercakap pelat, ulangi perkataan tersebut tanpa memintanya membetulkan sebutannya. Contohnya jika anak anda berkata "La wah je" (bola bawah meja), anda boleh 'menunjukkan' sebutan yang betul tanpa 'membetulkan'nya dengan menyebut "Ya, bola adik bawah meja"

Sumber : http://ratuhati.com/

Kadang-kadang sedih juga, anak-anak orang lain semua dah pandai bercakap dengan lancar :( ..ntah mana yang silapnya. Kalau saya kononnya selalu bercakap pelat dengan anak-anak tak juga. Takper, teruskan usaha..siapa cakap manusia ni sempurna kan? mesti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing..yang penting berusaha memperbaiki mana yang lemah :) ..InsyaAllah..

2 comments:

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...