Followers

Friday, February 25, 2011

Hidup Sebagai Seorang Saudara Baru/ Muallaf

Assalamualaikum..Selamat pagi :)

Hari ini tergerak hati pulak menulis pasal ni. Nukilan yang ikhlas dari saya, tiada paksaan dari saya sekiranya anda semua tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis :)

Kebetulan tadi saya baca berita kosmo. Alhamdulillah Daphne Iking memeluk islam, agama suci. Tapi bila buat searches pasal pemelukan islam daphne ni ada yang turut memanjatkan rasa syukur, dan ada juga yang seolah-olah menyindir. Paling menyedihkan hati, ada yang cakap.."ala sebab dia kawen jer tu, last-last bila dah bercerai, murtad balik. Astaghafirullah..sedih sangat..

Untuk pengetahuan anda semua, Saya adalah salah seorang saudara baru. Dah nak masuk 5 tahun lebih..Alhamdulillah, hidayah tu adalah hak Allah. Tiada sesiapa yang dapat mengetahui rencana Allah. Berbalik pada cerita tadi, suka sangatlah saya nak komen sikit pasal sindiran-sindiran yang dilemparkan kepada saudara-saudara baru ni.


Yaa..saya akui, memang ada dikalangan saudara baru ni memeluk islam semata mata kerana berkahwin dengan lelaki muslim. Saya salah seorang diantara mereka-mereka ni lah. Tapi bukan semua macamtu, Ada yang memeluk Islam sebab kehendak hati dia sendiri. Yela..seperti yang saya katakan dari awal tadi, dengan izin Allah..dia dapat hidayah kan :).

Pendapat saya, kalau ada pun saudara-saudara baru ni masuk islam sebab kawen. Dah rasa syukur sangatlah sebab, dia suda diberikan peluang untuk mendalami islam melalui suami dia sendiri. Walaupun hati rasa nak tak nak kan..tahulah kan syaitan mana suka umat islam betmbah. Jadi disitulah syaitan ni bekerja keras untuk menutup hati dikalangan saudara baru. Bayangkan syaitan tengah buat kerjanya, ditambah lagi dengan "doa" dikalangan seiman yang tidak begitu sedaplah bagi saya. Apa yang jadi? maka berlakulah seperti mana yang orang cakap..bila bercerai jer, murtad balik. Tak gitu? Jadi saya berharap sangatlah, Doa kanlah saudara-saudara baru benda-benda baik agar benda yang tidak baik berlaku,

Untuk makluman, Sebagai saudara baru..cabarannya sangat sangat lah hebat. Ada dikalangan saudara baru dibuang keluarga, ada yang dipinggirkan saudara-saudara, ada yang dihina saudara mara sendiri. Teringat balik kisah dulu, pernah seorang dari kaum keluarga saya sendiri berkata "ingatlah, asal masuk islam jer terus masuk neraka"..hinaan yang dilemparkan cukup-cukup mengguris hati. Tapi berbekalkan iman yang tipis ni, saya mampu juga untuk bertahan.
Ada tengok tak cerita seorang saudara baru yang ada berbincang bersama sama dato Fadzilah kamsah tu? ada dengar tak? dugaan beliau lebih teruk, sampai nak kena bunuh oleh bapanya sendiri sebab konon-konon memalukan bapanya sendiri. Sebab masa tu bapanya tu sendiri orang kuat agama roman katolik di sabah masa tu.

Tapi saya boleh dikatakan bertuah lah sebab ahli keluarga masih layan saya macam dulu juga walau saya dah masuk islam :). syukur alhamdulillah..Dapat pula suami yang baik, walau tak sehebat macam ustaz atau alim ulama..tapi, dari suami lah saya dapat hidayah. benda baik, buruk yang berlaku semua tu adalah hikmah. Cuma kita sendiri jer yang kena cari hikmah disebalik semua tu..

Habis pasal saya, kita berbalik lagi pada topik awal2 tadi. Saudara seislamku, kan baik kita mendoakan saudara-saudara baru ni agar tetap dengan iman islam? InsyaAlalh, sedikit sebanyak dapat membantu mereka ni semakin yakin dengan agama baru ni. Lepas tu, tunjukkanlah sikap-sikap yang baik kepada mereka ni. Amalkan hidup yang menepati syariat islam yang sebenar..huhu..
Dekati saudara-saudara baru ni..berkawanlah dengan mereka. Agar mereka tidak rasa terasing dari kaum islam sendiri..berikan pertolongan dari segi bentuk moral..jangan pandang hina terhadap saudara baru..itu jer yang kami minta.. :)

Itu jer la buat masa ni :)..mudah-mudahan tiada yang tersinggung dengan entry kali ni..yelakan, mana tau :)
sekian terima kasih(ceewah mcm syarahan :P), wassalam..

2 comments:

  1. Pada pandangan sy jika ada yang memandang negatif kepada Daphine Iking tu hanyalah kerana dia tu artis, kalau dia bukan artis, orang tak akan sedengki sebegitu....
    Well, setiap manusia ada pegangan masing2 dan agama masing2...so biarlah masing2 yang memikirkan baik buruknya...
    Bagi kita, telah diberikan segala petunjuk dan ajaran dan sunnah, so yang perlu hanya mengamalkannya...
    Sy hormati awk dan bersyukur kerana anda telah mendapat hidayah dan masih berpegang dengannya. Semuga kita sentiasa dirahmatiNya...
    Salam santai dan keep in touch

    ReplyDelete
  2. Mungkin la kot :)..yang penting skg ni, dia dah terima islam. selebihnya kita doakan jer semoga dia sentiasa diberikan hidayah olehNya.
    Hanya syukur yang tidak terhingga dengan apa yang ada skg ni :)

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...