Followers

Monday, February 21, 2011

Apa Perasaan Korang Melihat Gambar Ni?







Ini bukan sekadar potrait hiasan cuma. Ini lah reality yang berlaku di Negara-negara lain. Adakah kita masih lagi tidak mahu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni? Sesusah kita, ada lagi yang sangat-sangat susah dari kita. Buka mata buka hati, tanya lah diri. Adakah kita layak merungut dengan hidup yang ada sekarang ini? Besyukur lah dengan pemberian yang Allah berikan kepada kita. Kalau ada diantara kita yang masih gagal dalam mencapai sesuatu walau dah berusaha, itu bermakna Allah sengaja menguji keimanan kita terhadapNya. Bersabarlah, jangan putus asa..jangan merungut..jangan sedih, Allah sentiasa bersama kita!

Ingin saya ceritakan mengenai gambar kanak-kanak yang paling atas sekali tu. Sebenarnya gambar tu telah memenangi anugerah "pulitzer prize" . Gambar tu telah ditangkap pada tahun 1994 di Sudan semasa tahap kebuluran di negara itu sangat tinggi. Kanak-kanak ni merangka mendekati Kem Makanan PBB.

Gagak yang sedang memerhati budak tu dari jauh sebenarnya tengah menunggu budak tu meninggal untuk dijadikan makanan. Jurufoto( kevin carter) yang menangkap gambar ni pun tidak tahu apa nasib kanak-kanak ni selepas tu sebab dia terus meninggalkan tempat tu sebaik menangkap gambar. Disebalik cerita ini, kevin carter telah menunggu selama 20 minit menunggu gagak tu terbang meninggalkan tempat tu. Tapi selepas 20minit, burung gagak tu tidak juga terbang. Dia terus menangkap gambar dan cuba menghalau gagak tu. Selepas gambar tu dimuatkan di headline paper, dia mendapat kritikan yang hebat dar pelbagai golongan disebabkan si kevin carter ni tidak membantu kanak-kanak perempuan ni. betul juga kan? Kenapa tidak tolong? huhu

3 bulan selepas itu, jurufoto tu meninggal dunia sebab bunuh diri. Didakwa mengalami tekanan perasaan yang hebat dari kejadian tu. Sebelum membunuh diri, beliau ada menulis nota kecil

"I am depressed ... without phone ... money for rent ... money for child support ... money for debts ... money!!! ... I am haunted by the vivid memories of killings and corpses and anger and pain ... of starving or wounded children, of trigger-happy madmen, often police, of killer executioners...I have gone to join Ken [recently deceased colleague Ken Oosterbroek] if I am that lucky."

Can you imagine that? Sampai begitu sekali keadaan dekat negara lain..my tears can't stop seeing these picture :((

2 comments:

  1. :(.

    alhamdulillah kita ni bertuah sgt2, negara aman, mkn pakai cukup.

    ReplyDelete
  2. huhu tu la kan asid :( ..syukur sangat2..

    ReplyDelete

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...