Followers

Monday, February 28, 2011

Selingan

Hari sabtu aritu sebelum jalan pegi pasar, ada la juga saya tangkap gambar anak2..heheh sibuk jer main kapal terbang..yang lucunya si adik ckp "pakal" hhahaa..ada pula kapal jadi pakal :P..si abang ok jer sebut kapal..
.



Jom Makan Malam!

Assalamualaikum,

Semalam dapat pula peluang pegi makan malam dekat Restoran Juara. Sedap juga lah..heheh..rupa-rupanya restoran tu dah kena renovate..saya punya lah tak tau pun..huhuh sb dah lama tak kluar makan. Makan dekat rumah jer.. :) takper, ni kali dah dpt peluang, siaplah~

Jadi jam 5 petang tu kami bergeraklah dari rumah. Sampai sana bukan lama pun..adalah dalam 10minit jer sampailah. Pastu carik punya carik tiada tempat yang ok sket..last-last pegi restoran juara. Last time pegi tahun lalu kot..tu pun awal-awal tahun..ker tak pegi langsung? dah lupa dah..heheh

PAstu ayah order Tom Yam Thailand, saya pula order Wantan Kue Tiaw, dan anak-anak pula pesan mee goreng. Dalam keadaan perut yang lapar, anak-anak pulak dah bising..heheh terus blasah jer..amboii sodapp!! :D



Ni Wantan Kue Tiaw..sedap tau!


Ni Tom Yam yang dah nak abis :D..hehhe lupa amik gambar awal2.


Ni Gambar Mee Goreng tapi dah kena bahagi 2..Iqa dengan Abangnya :D


Ika dalam sitter heheh


Abang ready2 nak makan

Kami sekejap jer stay sana, lepas jer makan terus bayar sebab takut terlepas solat maghrib pulak..semuanya RM18.20 sen. Kira ok la kan :)

La Tahzan..Sabarlah, Allah Takkan Menguji Umatnya Dengan Ujian Yang Tidak Termampu..Aminnn

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH gembirakanlah jiwa ini, tenangkan hati ini dan sabarkanlah diri ini setanding para-para nabi dan orang-orang soleh terdahulu.

Saya sekadar ingin berpesan terutamanya kepada diri saya sendiri. Jika ingin membantu orang lain. Bantulah dengan ikhlas. Supaya kemudian hari, apabila dikutuk apabila dipandang negatif, dipandang hina dan dicerca oleh orang lain, anda akan terima dengan hati yang amat terbuka. Anda masih tenang, anda masih redha dan tidak kisah walaupun dipandang negatif oleh individu yang sentiasa berfikiran negatif. Seperti yang kita tahu, berfikiran negatif dan mempunyai persepsi negatif adalah satu penyakit yang menghalang seseorang individu itu untuk berjaya, walaupun individu tersebut mempunyai impian setinggi gunung untuk mencipta kejayaan. Jadi saya berpendapat individu yang mempunyai fikiran yang negatif adalah seorang pesakit yang perlu dipulihkan , supaya akan dapat mengecap manisnya kejayaan.

Salah satu kesan atau akibat disebabkan bergaul dengan individu yang mempunyai persepsi yang negatif, setiap perkara yang kita lakukan demi kebaikan, jika tidak kena dengan ego dan kehendak beliau, kita akan dipandang negatif, jadi itulah cabaran yang perlu dilalui sekiranya kita terpaksa berhadapan dengan individu seperti ini. Namun itu bukannya satu masalah, jika kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan.

Kerana itulah keikhlasan itu penting dalam melakukan sesuatu. Tanpa keikhlasan pasti hati kita akan luka kerana apa jua yang kita lakukan dengan niat kebaikan, sudah tidak bernilai dimata orang lain lagi akibat satu tanggapan negatif terhadap diri kita. Jangan kisah pada penilaian individu lain. Pastikan anda lakukan dengan penuh ikhlas dengan harapan untuk mendapat keredhaan dariNya.

Jadi sekiranya anda mengalami masalah seperti ini, jangan serik untuk membantu. Bantulah dengan ikhlas. Lakukan selagi anda mampu, kerana kita hanya mampu untuk berusaha. Hasilnya kita hanya perlu berserah pada yang Esa. Jangan serik untuk mendampingi individu seperti ini. Lakukan dengan ikhlas, apa jua keputusan yang anda terima, anda perlu redha jangan bersedih, kerana ALLAH sentiasa bersama anda, kerana anda melakukan segalanya kerana ALLAH.

Alhamdulillah YA ALLAH Kau masih melindungi hambaMu ini dari kesedihan dan rasa sakit didunia yang penuh dengan kejahatan dan dugaan yang sentiasa melanda diri setiap hamba-hambaMu...

Sumber:http://cintaharisanur.blogspot.com

Friday, February 25, 2011

Hidup Sebagai Seorang Saudara Baru/ Muallaf

Assalamualaikum..Selamat pagi :)

Hari ini tergerak hati pulak menulis pasal ni. Nukilan yang ikhlas dari saya, tiada paksaan dari saya sekiranya anda semua tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis :)

Kebetulan tadi saya baca berita kosmo. Alhamdulillah Daphne Iking memeluk islam, agama suci. Tapi bila buat searches pasal pemelukan islam daphne ni ada yang turut memanjatkan rasa syukur, dan ada juga yang seolah-olah menyindir. Paling menyedihkan hati, ada yang cakap.."ala sebab dia kawen jer tu, last-last bila dah bercerai, murtad balik. Astaghafirullah..sedih sangat..

Untuk pengetahuan anda semua, Saya adalah salah seorang saudara baru. Dah nak masuk 5 tahun lebih..Alhamdulillah, hidayah tu adalah hak Allah. Tiada sesiapa yang dapat mengetahui rencana Allah. Berbalik pada cerita tadi, suka sangatlah saya nak komen sikit pasal sindiran-sindiran yang dilemparkan kepada saudara-saudara baru ni.


Yaa..saya akui, memang ada dikalangan saudara baru ni memeluk islam semata mata kerana berkahwin dengan lelaki muslim. Saya salah seorang diantara mereka-mereka ni lah. Tapi bukan semua macamtu, Ada yang memeluk Islam sebab kehendak hati dia sendiri. Yela..seperti yang saya katakan dari awal tadi, dengan izin Allah..dia dapat hidayah kan :).

Pendapat saya, kalau ada pun saudara-saudara baru ni masuk islam sebab kawen. Dah rasa syukur sangatlah sebab, dia suda diberikan peluang untuk mendalami islam melalui suami dia sendiri. Walaupun hati rasa nak tak nak kan..tahulah kan syaitan mana suka umat islam betmbah. Jadi disitulah syaitan ni bekerja keras untuk menutup hati dikalangan saudara baru. Bayangkan syaitan tengah buat kerjanya, ditambah lagi dengan "doa" dikalangan seiman yang tidak begitu sedaplah bagi saya. Apa yang jadi? maka berlakulah seperti mana yang orang cakap..bila bercerai jer, murtad balik. Tak gitu? Jadi saya berharap sangatlah, Doa kanlah saudara-saudara baru benda-benda baik agar benda yang tidak baik berlaku,

Untuk makluman, Sebagai saudara baru..cabarannya sangat sangat lah hebat. Ada dikalangan saudara baru dibuang keluarga, ada yang dipinggirkan saudara-saudara, ada yang dihina saudara mara sendiri. Teringat balik kisah dulu, pernah seorang dari kaum keluarga saya sendiri berkata "ingatlah, asal masuk islam jer terus masuk neraka"..hinaan yang dilemparkan cukup-cukup mengguris hati. Tapi berbekalkan iman yang tipis ni, saya mampu juga untuk bertahan.
Ada tengok tak cerita seorang saudara baru yang ada berbincang bersama sama dato Fadzilah kamsah tu? ada dengar tak? dugaan beliau lebih teruk, sampai nak kena bunuh oleh bapanya sendiri sebab konon-konon memalukan bapanya sendiri. Sebab masa tu bapanya tu sendiri orang kuat agama roman katolik di sabah masa tu.

Tapi saya boleh dikatakan bertuah lah sebab ahli keluarga masih layan saya macam dulu juga walau saya dah masuk islam :). syukur alhamdulillah..Dapat pula suami yang baik, walau tak sehebat macam ustaz atau alim ulama..tapi, dari suami lah saya dapat hidayah. benda baik, buruk yang berlaku semua tu adalah hikmah. Cuma kita sendiri jer yang kena cari hikmah disebalik semua tu..

Habis pasal saya, kita berbalik lagi pada topik awal2 tadi. Saudara seislamku, kan baik kita mendoakan saudara-saudara baru ni agar tetap dengan iman islam? InsyaAlalh, sedikit sebanyak dapat membantu mereka ni semakin yakin dengan agama baru ni. Lepas tu, tunjukkanlah sikap-sikap yang baik kepada mereka ni. Amalkan hidup yang menepati syariat islam yang sebenar..huhu..
Dekati saudara-saudara baru ni..berkawanlah dengan mereka. Agar mereka tidak rasa terasing dari kaum islam sendiri..berikan pertolongan dari segi bentuk moral..jangan pandang hina terhadap saudara baru..itu jer yang kami minta.. :)

Itu jer la buat masa ni :)..mudah-mudahan tiada yang tersinggung dengan entry kali ni..yelakan, mana tau :)
sekian terima kasih(ceewah mcm syarahan :P), wassalam..

Daphne Iking Memeluk Islam

Alhamdulillah, bertambah lagi umat islam..semoga suami Daphne dapat mengajak daphne ke arah hidup yang lebih baik berlandaskan syariat islam :)..InsyaAllah..
Happy sangat dengan berita yang macam ni..Ini beritanya dari kosmo..




Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Thursday, February 24, 2011

Streamyx Oh Streamyx

Sejak akhir-akhir ni..dalam sebulan la rasanya. Kenapa streamyx sangat lagg? dulu comel jer takde hal. Tapi skg sakit sangat nak bukak internet..huhu. Cek ping bukan main besar, sampai 20K..ok tak tu? tak ok tak ok! sebab biasanya, bila cek ping cuma 50-80 jer dulu..what happened now? Kalau pakai modem lain selain billion, mesti tak nak up ppp dia tu. Nasib baik pakai modem billion. Tapi tu la masalahnya, lagg sampai berkilo kilo berat..adehh sabar jer la..kalau call bahagian helpline, dorang takkan bukak report selagi dia nmpk ada connection internet dr kita. Masalah juga..sabow jer la..lumrah hidup kan..

Nak amik broadband? mina maaf jer la..broadband tak berapa nak ok kat sini. Baik celcome,digi..mahupun maxis. Kawan guna Celcom broadband satu bar jer ker dua bar keluar. Internet langsung tak dapat. Tapi tak tahulah dekat tempat lain kan..ataupun mungkin sekarang dah ada perubahan. Sebab dulu, masa mula-mula broadband ni nak popular dekat sabah..ada yang rasa rugi ambil. Contohnya mcm kawan tu la..Mungkin kawasan tuaran jer kot mcmtu. Itu dulu la kan..

Mem"bz"kan Diri

Good Aternoon! Harini lambat update pulak. Yela..macam-macam yang diuruskan pagi-pagi kan..jam 6 pagi tadi sempat pulak pegi pekan tuaran beli barang dapur. Lepas selesai jer beli barang dapur, makanan utk sarapan..ayah hantar kami balik rumah. Ayah pula nak cepat harini sebab dia pegi kursus. Dekat jer sebenarnya..dekat mini putra jaya tu jer..yang dekat UMS tuu~

Lepas jer anak-anak sarapan, terus mandi. Sejuk la pulak..Tapi tetap mandi. heheh
sementara anak-anak tengok Oggy, saya amik kesempatan baca berita online, kemas rumah dan macam-macam lagi la. :) selesai jer terus kasi tido anak..hehe. Selesai satu tugas :P
Abang pula masih tgk Oggy. Masa ibunya ni pegi tandas tadi, masuk2 jer ruang tamu adik Iqa dah bangun dari tido..aik? dah bangun? apa tak bangun kalau abangnya sorong-sorong kereta mainan dekat tangan adiknya :((..nangesss!
Sabow jer la..mulut pun dah letih nak marah..disuruh abangnya bawa adik main jer la..


Oh ya..semalam chat dengan kawan. Saya panggil dia Cik Ima :D..!-4 April ni dia kira nak datang Sabah buat kali yang ke3. heheh..happy tak terkata..tapi belum kompom lagi dapat datang ker tak. Ima cakap, harga tiket pergi balik, cuma RM75 jer. Murah giler! heheh
Jom pegi mana kita Ima :P? hahahahh Lobster lagik? jom2..huhu tapi plan belum ada lagi..nak pegi mana dan nak kemana :D ...
Hermm.. tunggu jer la..kalau datang best sangat~~ kan3?!
Takperla..cukop2lah setakat ni..bz sket ni..ni pun curi masa utk update :)..

Wednesday, February 23, 2011

Bid for your fav celebrity! And he/she will express your love Cornetto Style on your behalf through a personal serenade. #CornettoLove

Bid for your fav celebrity! And he/she will express your love Cornetto Style on your behalf through a personal serenade. #CornettoLove

Kesempatan Dalam Kesempitan


Klik untuk besarkan image




Haritu pesta memungut duit syiling. Kali ni pula pesta memungut beras tumpah. Dan hukumnya?

Blogger Disaman Dr Rais Diberi Masa Fail Pembelaan




Pagi2 buka paper, jumpa pulak berita ni. Persoalannya siapakah blogger berkenaan?! an idea?
Sumber: http://www.hmetro.com.my/

Patutlah Iklan adsniaga Tak Boleh Keluar..

Haritu saya ada 2 3-4 kali cuba untuk menjadi publisher Adsniaga.Com..tapi tidak berjaya, tanya sini tanya sana masih belum dapat menyelesaikan masalah. Sementara tanya otai-otai blogger, saya ada menghantar email kepada Adsniaga.Com..rupa-rupanya...jeng-jeng-jeng!




Dan baru petang tadi email telah dihantar balik dekat saya yang mengatakan Ads dah dibaik pulih.



Jadi kepada sesiapa yang mengalami masalah seperti saya 2-3 hari lepas, mungkin inilah jawapannya :)..oklah selamat mencuba! saya pun nak try lepas ni..

Tuesday, February 22, 2011

Jom Tengok Konsert Maroon 5!





Sebenarnya baru tahu benda ni, mungkin dalam blog lain, orang dah sebut-sebutkan :), jadi kepada sesiapa peminat Maroon 5 ni boleh lah menempah tikat awal2. Seperti yang tertera, harga tiket boleh didapati dalam harga:-


Prices of ticket varies : RM 115, RM185, RM 225, RM 355, RM 485

Konsert ni akan berlangsung pada 29 April 2011, 8:30PM.
Saya pun bukannya peminat setia Maroon 5 ni..tapi ada juga antara lagunya yang saya suka :)
macam contohnya This Love. Saya memang sah-sah tak pegi konsert ni sebab jauh dar sabah. Kalau semata mata nak pegi tengok konsert ni membazir jer la..heheh elok beli beras :P~
Jadi korang yang dekat2 ni bila lagi?

Bangun pagi!

Harini hari selasa, all i have to do is..pagi2 ni kena sediakan sarapan mcm biasa. Sediakan baju ayah yang nak dipakai pegi office..sebelum anak2 bangun, kemas-kemas rumah sket. Jap lagi nak sembahyang subuh ni...tp update blog dulu jap..

Hari ni buat semula jadual harian sebab dah ada tambahan..dulu tak aktif berblog kekdahnyer hehhe..sekarang mesti ada jadual dan masa yang sesuai berblog. Nanti kan anak-anak terbiar lak..
Selepas tu pulak, nak update diary..huhu dah 2-3 hari tak update diary. Kesian kan..


Lepas sarapan dengan anak2 jer, sapu rumah..bawa anak-anak buat sesuatu yang berfaedah. Menyanyi ker..main sama-sama ker..huhu. Pastu nak ke bawah rumah, tengok-tengok tanaman ubi kayu tu :D..heheh baru jer 2 hari lepas saya tanam. Saje jer tanam..mana tau ada hasil dikemudian hari kan..kami jugak yang untung..bercerita pasal hari ahad yang lepas, sebenarnya kami dah potong semula rumpun yang nak tumbuh. Alhamdulillah, kejap jer ayah potong..sebab rumput tu masih nipis lagi. Bakar-bakar sampah sket..anak2 pula main..main kejar-kejar lah..bakar sana bakar sini, tolong ayahnyer..

Jam 5 gitu baru cuci kereta..fuh~ penat tau masa tu. Anak- pula keep talking about bakar membakar tempoh hari..keep asking bila nak buat lagi..macam-macam lah..biasalah budak-budak kan, terlebih excited kot~ :P
Lupa pula tangkap gambar masa tu..sebab terlampau lah bz dengan kerja-kerja mengemas halaman rumah. LAin kali kalau dah ada masa, saya akan uploadkan juga gambar halaman rumah :). Takper la..cukop-cukop la, dah nak masuk waktu subuh ni..kang siang ni sy update balik :)..

Untuk ayah, ciayok2! harini dah nak bagi video yang ayah siapkan tu :) ..mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar..muahhh~ :*!

Monday, February 21, 2011

Apa Perasaan Korang Melihat Gambar Ni?







Ini bukan sekadar potrait hiasan cuma. Ini lah reality yang berlaku di Negara-negara lain. Adakah kita masih lagi tidak mahu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni? Sesusah kita, ada lagi yang sangat-sangat susah dari kita. Buka mata buka hati, tanya lah diri. Adakah kita layak merungut dengan hidup yang ada sekarang ini? Besyukur lah dengan pemberian yang Allah berikan kepada kita. Kalau ada diantara kita yang masih gagal dalam mencapai sesuatu walau dah berusaha, itu bermakna Allah sengaja menguji keimanan kita terhadapNya. Bersabarlah, jangan putus asa..jangan merungut..jangan sedih, Allah sentiasa bersama kita!

Ingin saya ceritakan mengenai gambar kanak-kanak yang paling atas sekali tu. Sebenarnya gambar tu telah memenangi anugerah "pulitzer prize" . Gambar tu telah ditangkap pada tahun 1994 di Sudan semasa tahap kebuluran di negara itu sangat tinggi. Kanak-kanak ni merangka mendekati Kem Makanan PBB.

Gagak yang sedang memerhati budak tu dari jauh sebenarnya tengah menunggu budak tu meninggal untuk dijadikan makanan. Jurufoto( kevin carter) yang menangkap gambar ni pun tidak tahu apa nasib kanak-kanak ni selepas tu sebab dia terus meninggalkan tempat tu sebaik menangkap gambar. Disebalik cerita ini, kevin carter telah menunggu selama 20 minit menunggu gagak tu terbang meninggalkan tempat tu. Tapi selepas 20minit, burung gagak tu tidak juga terbang. Dia terus menangkap gambar dan cuba menghalau gagak tu. Selepas gambar tu dimuatkan di headline paper, dia mendapat kritikan yang hebat dar pelbagai golongan disebabkan si kevin carter ni tidak membantu kanak-kanak perempuan ni. betul juga kan? Kenapa tidak tolong? huhu

3 bulan selepas itu, jurufoto tu meninggal dunia sebab bunuh diri. Didakwa mengalami tekanan perasaan yang hebat dari kejadian tu. Sebelum membunuh diri, beliau ada menulis nota kecil

"I am depressed ... without phone ... money for rent ... money for child support ... money for debts ... money!!! ... I am haunted by the vivid memories of killings and corpses and anger and pain ... of starving or wounded children, of trigger-happy madmen, often police, of killer executioners...I have gone to join Ken [recently deceased colleague Ken Oosterbroek] if I am that lucky."

Can you imagine that? Sampai begitu sekali keadaan dekat negara lain..my tears can't stop seeing these picture :((

Macam Buaya Macam Juga Ikan


Ini adalah gambar yang terdapat di berita kosmo online harini. Ada pula ikan mcmni. Mungkin banyak lagi hidupan-hidupan lain yang kita tidak pernah nampak sebelum ni..cuma kita jer yang tak tau kot. Subhanallah~


TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.

Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.

Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.

Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.

Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi


Sunday, February 20, 2011

Apabila Layanan Pondan Lebih Baik Dari Layanan Isteri






Kadang-kadang tak tercapai dek akal dengan apa yang berlaku tapi itulah hakikatnya.

KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.

Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan.

Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.

Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.

Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya

Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.

“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya.

“Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.

Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.

Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.

“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain.

“Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.

“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya.

Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.

“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya.

Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.

“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya.

Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.

“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.

“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.

Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.

“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.

“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah.

Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.

“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya.

“Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu.

“Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

Saturday, February 19, 2011

Soalan-soalan Penemuduga

Kepada yang bakal-bakal di interview, boleh la baca ni sebagai panduan. Mana-mana yang difikirkan tidak logik, abaikan jer.. :)

  • Beritahu saya pasal diri kamu/ Tell me about your self
Soalan ini cuma bertujuan sesi memanaskan badan jer. Walaupun soalan ni nampak ringan, namun tidak boleh dipandang ringan sebab ada interviewer yang suka dengan cara anda menarik perhatian menggunakan soalan ni. Ok here we go! Untuk menjawab soalan ni, anda boleh lah memberitahu pasal personal particular anda. Nama, Kelulusan, Asal, Tempat tinggal sekarang. Berikan sedikit ruangan "jokes" yang moleh menghilangkan ketegangan yang berlaku di ruang interview. Jangan ada rasa was-was dalam memberikan jawapan ataupun penerangan mengenai diri anda. Kalau boleh, tulis di kertas dan balik-balik lah baca..kalau boleh hafal, hafal jer.


Bagitahu apa yang anda suka dengan organisasi yang anda apply. Apa yang berkaitan dengan diri anda dengan jawatan yang anda pilih..kalau dapat pass soalan ni, InsyaAllah harapan untuk lulus amat cerah!

  • Kenapa Memilih Pekerjaan ini?
Bab ni boleh la anda semua cakap sebab minat yang mendalam mendorong anda memilih pekerjaan ni. Atas Kelulusan juga boleh diambil kira. Tegaskanlah, walaupun kelulusan anda tiada kaitan dengan pekerjaan ni, anda boleh buat something yang boleh meningkatkan lagi produktiviti dalam organisasi.

  • Kenapa Kami Perlu Melantik Anda Menjawat Jawatan Ini
Beritahu interviewer bahawa anda seorang yang rajin berusaha. Boleh bekerjasama dengan semua peringkat umur dalam organisasi. Boleh juga selitkan, yang employer tu rugi kalau tidak mengambil kita sebagai pekerjanya atas sebab-sebab tertentu :
Bolehlah bercerita pasal apa-apa sahaja berkaitan dengan diri anda. Dan pastikan jawapan itu logik.

  • Gaji Yang Diharapkan
Letaklah mana-mana yang sesuai. Kalau highest gaji untuk jawatan tu RM1500.00, cubalah letak RM1200 ker..Sebab apa? Sebab based on experience yang kita dapat sebelum ni. Kalau belum ada experience, 950.00 pun cukuplah..atau kalau boleh lagi survive dengan gaji RM850, letak jer :)

  • Kenapa Letak Jawatan Dari Pekerjaan Sebelum Ini.
Cakap jer la sebab tamat kontrak ker..Ada orang yang mempunyai sebab atas ingin mencari pekerjaan yang lebih sesuai. Satu lagi, atas faktor globalisasi peningkatan harga barang yang mendadak..awak cari kerja yang lebih tinggi gaji..

  • Apa Yang Awak Tahu Pasal Organisasi/ Jabatan/ Kementerian Ini?
Jawapan ini bergantung kepada research awak semua pasal company/ jabatan ni. Apa Organisasi ni buat, siapa Ketua jabatan,Siapa ketua menteri dalam kementerian ni.

  • Apa Kerja-Kerja Yang Melibatkan Jawatan Yang Awak Pohon?
Ini pun Kena buat research juga apa-apa yang berkaitan dengan pekerjaan yang diapply.

  • Senaraikan Jabatan-Jabatan Atau Kementerian-Kementerian Yang terdapat Di Malaysia.
Senaraikan jer la..jabatan perdana menteri ker, pelajaran ker, pertahanan ker..kesihatan ker..banyakkan? Soalan ini biasanya ditanya oleh penemuduga dari jabatan kerajaan.

  • Isu Semasa Yang Awak Tahu?
Ni kena banyak membaca newspaper sebelum interview.

  • Siapa Perdana Menteri Malaysia, Siapa Timbalan Perdana Menteri, Sebutkan Bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia, Siapa Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Takkan tak tahu kot :P? heheh

  • Apa Perancangan Masa Depan Anda 5 Tahun Akan Datang?
Beritahu apa yang awak nak capai dalam organisasi tersebut..nak buat cawangan baru ker, Perbanyakkan Kemahiran ker..kahwin ker..boleh ker cakap macamtu? :D


Tu jer la buat masa ni :)..heheh dah lemas menulis ni. Oh ya satu lagi..pastikan pakaian yang bersesuaian dipakai semasa interview. Jangan pakai selekeh suda..kalau nak keja gomen, perempuan digalakan memakai baju kurung, kebaya ker..Kasut mesti menutup semua kaki. Kalau boleh pakai stokin :) ..Ok lah selamat membaca!

Iqa's Most Favorite Movie





Sebenarnya gambar-gambar kartun ni adalah fav movie iqa. Memang hari-hari dia tengok kartun ni. Saya tau memang ramai peminat Upin Dan Ipin kan? Disebabkan cerita dia menarik..jokes best..heheh lebih-lebih lagi si Eshan tu, si Intan Payung! hahah..budak Jargit hari-hari dengan pantun dia. Memang best la..klakar tau! Cerita ni tak best kalau karakter Meimei takde..seriously! Upin dan Ipin tu kita tahu terbitan anak malaysia kan :)..syukur alhamdulillah ada juga animasi yang berunsurkan adat resan dan agama kita :). Anak-anak tengok melalui youtube la..download la..dan memang ada tersimpat dekat hardisk ni :).


My neighbour Totoro tu terbitan Studio Ghibli. KAmi sekeluarga memang peminat anime ni..dari zaman bujang lagi :D..hehehe samapi la anak-anak terikut sama. Tapi memang best tau anime ni..sebab dia memaparkan kisah kanak-kanak yang sangat comel bagi saya. Cuma ada tambahan nama "Totoro" tu. Totoro tu dia seakan akan penghuni hutan gitu..penjaga alam la kot..tapi tengok dar sudut pandangan islam, lebih menjurus kepada Jin hutan..heheh apa-apa pun kalau korang rasa nak tengok, boleh tengok online dekta utube.

Si Comel Ponyo ni Iqa suka sebab dia comel sangat. Karakter dia sebenarnya dari seekor ikan yang inginkan kebebasan dari ayahnya. Dari dasar laut dia berenang melepaskan diri ker darat. Bejumpa pulak dengan Sosuke. Lepastu Ponyo dah plan nak jadi manusia lakekdahnya heheh..tp banyak sangat cabaran dan dugaan dia..uhhh~ kalau nak review lengkap pasal Ponyo ni memang ber page-page lah..hahha takperlah, kita stop dulu disini. see ya!

Riwayat Seorang Ibu

Ibu...
Setelah kau tiada
Kenangan manis bersamamu sering muncul
Keheningan malam begini sering menggamit
Belai kasih dan ukiran senyummu ibu...

Ibu...
Setiap kesusahan hidup insan yang ku lihat
Aku sering membayangkan
Itulah pengalamanmu


Melahir dan membesarkan 10 orang anak-anakmu
Sudah cukup menyiksakan
Tetapi menerima dugaan dari karenah anak-anakmu
Jauh lebih berat dari itu

Ibu...
Sewaktu hayatmu dulu
Telah ku cuba semampuku
Untuk membahagiakanmu

Dan waktu itu aku kira cukup
Memadai dengan kemampuanku
Waktu itu aku kira, ia cukup
Untuk membalas jasamu

Tapi kini ibu..
Seringku rasakan
Bahawa aku tidak pernah berbakti
Sama sekali untukmu

Tidak cukup dan tidak mungkin
Akan cukup sama sekali
Untuk membalas pengorbananmu

Oh ibu...
Aku ingin sekali kiranya
Kau ada di sisi saat ini
Mengecap nikmat hidup bersama kami
Menikmati hidup hasil pengorbananmu

Ibu...
Masih ku ingat lagi di zaman kecilku
Saban hari kau hidup berpanas berhujan

Di gelap pekat sebelum subuh lagi
Di waktu insan lain masih lena tidur
Ibu berlampu minyak keluar bekerja

Diterik mentari siang engkau menjemur diri
Bersawah, berladang
Di getah tua ibu sabar memotong
Engkau tabah tidak meminta tolong

Ibu...
Berbelas tahun aku merantau menuntut ilmu
Berjuang atas keringat dan pengorbananmu
Abang dan kakak juga begitu
Kononnya berusaha untuk membahagiakanmu

Namun
Alangkah malangnya dikau wahai ibu
Belum pun puas aku berbakti kepadamu
Dikau pergi ke pangkuan Ilahi
Pergi buat selamanya tidak kembali lagi

Masih ku ingat lagi ibu
Di tapak rumah usang ini
Ku tinggalkan dikau kesepian mengurus diri
Di rumah yang bocor di sana sini

Di bawah panas zink yang tidak bersiling
Di lantai simen engkau berguling
Tidak beralas mencari dingin
Mengimbangi bahang panas atap zink

Tidak seperti anak cucumu ibu
Semuanya kini tinggal di rumah batu
Lengkap dengan kipas angin
Lengkap dengan hawa dingin

Ibu...
Mulia hatimu tidak terperi
Ibarat lilin membakar diri
Berbakti dengan setulus hati
Dan darimu ibu banyak aku pelajari

Erti kepatuhan pertiwi
Erti pengabdian Ilahi
Erti kebaktian di alam ini
Erti pengorbanan insani

Ibu...
Aku amat bersyukur sekali
Mendapat ibu yang sangat disenangi
Dinilai amal budi dan bakti
Hingga pemergianmu ibu ditangisi

Seluruh laman dan rumah usang dibanjiri
Memberi penghormatan terakhir kali
Mengirim jasadmu ke pusara sepi
Pergi menemui Ilahi

Ibu...
Ampunkanlah aku
Jika pernah mengecewakanmu
Halalkanlah setiap tetes susumu ibu
Yang kau beri untuk menghisupkan aku

Halalkan setiap tetes
Keringat pengorbananmu ibu
Sepanjang hayatmu
Untuk membahagiakan ku

Ya Tuhan...
Ampunilah segala dosa ibu
Janganlah kau siksa ia
Kau rahmatilah, kau kasihilah ia
Sepertimana ia mengasihi aku sejak kecil

Berilah aku petunjuk dan hidayahMu ya Tuhan
Agar aku dapat menyambung amal ibu
Dan demi mu ibu
Aku wakafkan harta dan diri ini

Aku rasakan hidup ini singkat sekali
Ingin ku sambung amal dan bakti mu
Untuk membahagiakan insan seperti mu
Insan yang bernama ibu

Al-fatihah buatmu ibu
Al-Fatihah...

Sumber: http://blog.azhad.com

Print Screen Desktop!

















Cantik tak? ;)

Windows XP, Vista, 7 atau Ubuntu!

Hehehe kali ni bercerita pasal pengalaman menggunakan khidmat Windows XP, Vista, 7, dan Ubuntu pula kali ni.

Sebenarnya saya tak lah tau sangat pasal komputer ni. Apa-apa aplication yang paling baik untuk diguna pakai. Tapi oleh sebab suami saya rajin sangat nak try benda-benda macam ni maka saya pun berpengalamanlah serba sedikit pasal ni.


Okeh! Lets begin~ Windows XP memang bagus bagi saya..pada para gamers di luar sana, kalau nak main game dalam keadaan tenang, tak terganggu, pakailah windows xp. Sebab apa? haaa~ ni yang saya tahu la kan..sebab Windows XP ni ringan. Lebih-lebih lagi kalau Ram sampai 3-5GB. Sedap jer main game..Dan satu lagi, kalau lah processor tu jenis yang baik punya, gunalah Windows Xp. Tiada masalah HANG, masalah Lagging ker apa barang..smooth jer!
Pastu Windows XP ni kebanyakkan software dia boleh pakai. Dan banyak software yang boleh ambik secara free..
Oleh sebab pergantungan negara kita terhadap Windows XP lebih besar, maka kalau nak belajar mengenai apa2 jer pasal komputer..bermula lah dengan Windows XP dulu. :) Tu jer la pasal Windows XP ni.

Windows Vista lak, ahaa~ Banyak-banyak windows, windows Vista ni la yang paling saya geram dan tak suka. Sebab apa? Sebab dah la slow, kebanyakkan software belum serasi dengan windows ni. Grafik memang cantik tau..cuma bila klik sana klik sini, mula la keras..mouse tak bergerak. Semua jammed..huhu Game susah nak run. Itu pendapat saya la..tapi memang kebanyakkan org cakap Windows Vista ni tak best la. Tanya MR Google tadi ni pula ada sedikit mengenai Windows Vista

The Top Five why Windows Vista failed

1) It broke too much stuff
2)There Was'nt supposed to be Vista
3)Vista is too slow (haa betul kan?)
4)Windows Xpis too intrenched
5)Apple sucessfully demonize Vista ( Tak pernah pakai Apple ni)

Ni link dia http://www.zdnet.com/blog/btl/the-top-five-reasons-why-windows-vista-failed/10303

NEXT~~~

Windows 7 pula, hanya 2-3 minggu jer saya pernah pakai..sebab masa tu windows ni baru jer dilancarkan. Kebanyakkan software pun belum serasi masa tu..sebab tu terus buang! Encik suami malas nak fikir pasal benda tu..Suami pun unsinstall la..hye hye bye bye..huhu
Tapi ikut kajian, windows 7 ni lebih baik dari Vista..Disebabkan kegagalan dari Windows Vista tempoh hari, maka wujudlah Windows 7 ni..Lebih kepada memperbaiki kelemahan Windows Vista tu..sebab grafik lebih kurang sma jer..

Ubuntu pula, Bagi saya paling ringkas..paling senang..dan paling segala galanya..antara sebabnya adalah,

1) Sebab semua software sudah disediakan. Tak payah pening kepala mana nak cari..sebab semua ada dalam tu..satu pakej! tinggal nak pilih jer mana satu kita nak.

2) Grafik cantik tau~ nanti saya tepek gambarnya.

3) Smooth jer..laju, tak pernah lah pula jammed jer..hang ker.. :)

4) sebab dah jatuh cinta dengan ubuntu :D heheh

Ke empat empat benda ni, kalau korang suka Windows XP guna jer la..best ape? Windows Vista tak payah la..Windows 7, kira ok la...dan Ubuntu kalau ada sesapa yang pandai guna ni. Di alu-alukan :) ..sebab saya pun guna ni. best kan?

Dan ranking adalah..(bagi saya)

1) Ubuntu

2) Windows XP

3) Windows 7

4) Windows Vista

:) bersambung yer..

Friday, February 18, 2011

Sambungan




Pa


Hehehe lewat pula menyambung cerita harini.. :) maklumla bz ya hamat..
ok ni sambungannya..

Lepas jer balik dari Kolam air panas tu, kami singgah dekat pasar pekan ranau :)
Apa lagi abang2 ipar dengan biras-biras ni pegi la mencari makanan..beli sayur la..beli cili padi la..beli ubi kayu, ubi manis dan macam - macam lagi la..saya tak de pula turun, sebab Iqa tido berdukung.. :)

Malamnya pula ikan dan sayap ayam yang diperap dari rumah pagi tadi dibakar..heheh sodap!
anak2 pula main dekat ruang tamu..makan malam selesai jam 8 gitu..jam 10 sambil tgk bola kami makan bubur ubi..hahah best tau~

Lepas tu tido kira-kira jam 12 tengah malam. Esoknya pagi-pagi bangun..sediakan sarapan..jam 8 mcmtu kami balik rumah masing-masing :) Alhamdulillah..

Aha.. kalau nak tahu lebih lanjut pasal Sungai Moroli, Kampung Luanti tu boleh klik ni

http://www.sabahtourism.com/en/destination/161-tagal-sungai-moroli-kampung-luanti-fish-massage/

Thursday, February 17, 2011

Action jap


Kundasang Ranau





Lambat pula update harini..maklumlah tadi bz ya amat..cuci kain la, masak la, kemas rumah la..dan ect..ect :)
Haritu 18-19 dec 2010 ada berpeluang jalan-jalan dekat kundasang. Hari sabtu jam 7.30 pagi bergerak. Sepatutnya jumpa dekat stesen minyak petronas jam 7 pagi. Tapi oleh kerana lambat..terpaksa jalan sendiri. 2 kereta lagi dah bergerak jam 7 tu. Dorang ckp tunggu dekat pekan Nabalu. Yang pegi masa tu, saya, suami, ika, iqbal dan seorang adik perempuan saya. Ayah punya drive laju..huhu nasib baik tiada apa2 berlaku. Dalam perjalanan ada jugalah terserempak dengan kereta lain yan accident. Ayah pun slowkan kereta..hehe"nyawa hanya satu jer" katanya :P..tau tak per!

Sampai jer dekat pekan nabalu, terus jalan menuju ke homestay. Kira-kira jam 10 gitu akhirnya sampai gak..Dah lupa pulak nama homestay tu..Memang best sebab homestay tu suasannya sejuk sangat. Kalau nak sampai dekat sana mesti naik bukit..bukit yang agak curam juga la..huhustay dekat sana utk tengok2 dulu..pilih mana satu bilik yang kita nak. Kami pilih yang ada 4 katil..sesuai la kekdahnya dengan kami ni :D..
heheh..

Bincang2 punya bincang dengan abang2 ipar..dorang kata baik pegi Sungai Moroli, Kampung Luanti. Disinilah terdapat ikan yang boleh mengurut kekdahnye :D..heheh kalau nak tau lebih detail boleh pegi di link sini http://www.sabahtourism.com/en/destination/161-tagal-sungai-moroli-kampung-luanti-fish-massage/
Sampai jer dekat sana, parking punya payah. Terpaksa parking dekat tepi jalan jer..jangan jer kereta dikebas org suda..heheh
Masuk2 jer dekat kaunter kena bayar rm 7 ringgit satu kepala..anak-anak tak payah bayar..huhu
Sungai tu bukan dekat2 situ..kena lah jalan kaki 100meter dari kaunter. Sampai jer banyak sangat org menunggu turn rupanya. Setiap kumpulan 15 resit pembayaran boleh turun dekat sungai tu..tunggu punya tunggu turn akhirnya kami2 sekeluarga turun dekat sungai. Eh, sebelum tu ada la abg ipar beli makanan ikan dekat kaunter pemberian resit tu..2 bungkus makanan ikan tu kami share.. Setiap bungkusan makanan ikan tu berharga Rm 1.00 kalau tak silap. Sungai tu tak besar mana pun..ikan-ikan tu banyak sangat. Besar-besar pulak tu..hehe
Rupa-rupanya ikan tu tak nak datang dekat kita kalau tak bagi makanan..huhu ingatkan mesra pelanggan hahha :))...
15minit pun habis..15 minit jer? huhu bag saya memang rugi la..macam tak berbaloi jer.. :(
Ade pulak peristiwa..Si Iqbal buat onar..hahha~ ikan lemas la~~ Iqbal punya pasal sebab dia geram sangat dengan ikan2 yang dekat dengan dia tu. Dibalingnya dengan batu..huhu tapi ikan tak kenala..cuma ikan tu terkejut ya amat sampai dia lemass..huhu ikan2 dekat situ manja rupanya..tak boleh terkejut..nanti membawa padah!

Selesai jer kami terus menuju ke destinasi seterusnya..Kolam Air panas Poring..heheh
bayar dekat kaunter RM3 ringgit sorang..anak-anak kecil tak payah bayar. Dekat sini macam berbaloi sikit..sebab, RM 3 ringgit tu 2-3 jam pun boleh stay. Sebaik bayar tiket, kami menuju ke Air Terjun kKipungit. 200meter perjalanan, berpeluh..terbakar juga lemak ni sikit :D..heheh berbaloi juga la..boleh mandi manda dekat air terjun tu..airnya pula sangatlah sejuk..hehe

bersambung~~

Wednesday, February 16, 2011

Karenah Anak-Anak











Hari ini, lepas solat subuh pastu sambung tido
balik heheh~ yang bangunkan tu pun encik suami huhu..

Nasib baik semalam dah ready masak untuk pagi ni. Bangun jer dari tido tu terus panaskan lauk dengan nasi sekali..saya tanya suami, "ayah nak masak lauk lain lagi ker"? dia kata tak per la, cukup la tu"..hehe best jer masuk telinga ayat tu :P..lepas jer ayah bersiap pg keja, cuci kereta sekejap..bukan cuci tau..cuci muka kereta jer..siram-siram sket..

Maka bermula la tugas-tugas harian :D..anak-anak tengah layan Oggy And Cockroaches, saya amik kesempatan kemas rumah, cuci piring, update diary, tulis memo..Dah siap semua, baru mandi..huhu sebenarnya kalau saya busy sangat, anak-anak suka layan youtube. Saya memang selalu bukakan dorang nasyid kanak-kanak, layan lagu Aplhabeth, Hijahiyah dan macam-macam lagi la..yang paling penting sekali, sentiasa dipantau. huhu..

Apa anak-anak suka?

1) Main Game:- Tak sah kalau tak main game si Iqbal ni. Macam-macam game ada, neorageX la, supermario la, superTux la..haa game arena pun Iqbal main. Kalau nak listkan semua, memang banyak sangat..tapi saya dah taubat dah..saya deleted semua yang tak berapa dia main. Sekarang ni tinggal game mario forever, superTux, Extreme super Tux, Pacman dan HedgeWars. Hehe ala cukop la tu kan..

2) Online Education:- Such as http://boowakwala.uptoten.com, http://www.starfall.com, dan http://www.kidzui.com/..boowa and kwala tu dari kecik lagi Iqbal suka. Dari umo 1plus lagi. Memang best website tu. Kalau korang nak, cuba la buka :) ..free jer. Star fall tu pula, lebih kepada learning abc, baca suku kata, membaca..memang lengkap la..sampai anak pandai membaca. Kidzui tu, ada 6-7 education games sana. Macam-macam ada..menyanyi boleh, tengok tv kanak-kanak boleh.. :) ..hanya di hujung jari kita jer..eh tak juga, mesti ade internet jugak kan baru boleh jalan :D

3) Tengok kartun, movie dan layan lagu:- Anak-anak suka layan Oggy And Cockroaches, Tom And Jerry, Studio Gibli nyer kartun macam My Neighbour Totoro, The Cat Return,Ponyo.
Movie pulak, anak-suka Chipmunks, Mr Bean, Monster Inc, Toy Story. Lagu pula, saya yang bukakan..sebab memang dorang layan jer..mcm lagu Katy Perry tu Hot And Cold :P..hahaha mesti ikut nanyi. Si adik siap goyang badan. Jangan jer goyang Inul suda :D..kuikuikui

4) Kalau bukan main, main kejar-kejar, main bola dalam rumah..kalau bab main jer, tak payah cakap..semua la termasuk kacau piring-piring, mangkuk, periuk..panjat sini panjat sana..huhuh dibelikan mainan dah hilang entah kemana. Tak sah kalau satu jer yang dibelikan, nanti si adik berebut dengan abangnya. Huhuh..kalau kereta mainan yang dibeli, adiknya si iqa pun nak..terpaksa la belikan dua-dua..adik pompuan ni main kereta? abislah..

5) Bergaduh jer...dah la 2 orang jer tak sah kalau tak bergaduh. tapi yang bagusnya Abangnya Iqbal selalu mengalah..ni adik yang bising. Kadang2 kalau dengar anak-anak tengah berbual, "si adik ckp. "apa tu abang"?abangnya boleh buat derk jer?..huhu tapi yang paling kesiannyer tu, bila adiknya tido..si abang tu usaha kejutkan adik dia sebab si abang tu sunyi..huhu. adik dia bergerak sikit, si abang cepat-cepat pasang lagu Cat Kingdom.. :) dan begitu juga sebaliknya..

Memang best ada anak-anak ni..walau peningkan kepala, mereka juga yang ceriakan kita kan? ;)..

Tuesday, February 15, 2011

Valentine Day atau Hari Kekasih



Hari ‘kasih sayang’ yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada bulan Februari yang disebut ‘Valentine Day’ amat popular dan merebak di seluruh pelusuk dunia bahkan di Malaysia turut menerima tempiasnya. Sebelum menjelangnya 14 Februari setiap tahun, di mana-mana kita dapat lihat iklan-iklan yang mempromosi Valentine Day ini dan kadang-kadang masyarakat Islam turut meraikannya tanpa mengetahui sejarah di sebalik Valentine Day.

Sejarah Valentine

Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut ‘Syuhada’) yang kerana kesalahan dan bersifat ‘dermawan’ maka dia diberi gelaran Saint. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M).


Untuk mengagungkan St. Valentine yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai ‘upacara keagamaan’.

Tetapi sejak abad 16 M, ‘upacara keagamaan’ tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta ‘supercalis’ kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti ‘galant atau cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.

Secara kesimpulannya Valentine Day ini lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak akidah umat Islam dan pada masa yang sama memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.

Pandangan Islam

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam?

Mari kita renungkan Hadis Rasulullah s.a.w:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Imran ayat 85 :
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Sumber:- http://ohmalaysia.com

Nota kaki:-

Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang kita buat itu sebenarnya ditegah oleh agama. Sama juga dengan saya dulu..mana la tau semua ni kan. Hebat juga penangan hari kekasih ni baru-baru ni. sampai menjadi perdebatan antara forumer. Salah satunya ada dibincangkan di www.cari.com.my

Ada yang menyokong ada yang tidak menyokong Ustazah Siti Norbahya. Ada yang sampai mencaci maki Astaghafirullah...Bagi saya sendiri memang betul apa yan Ustazah tu cakap. Cuma mungkin Ustazah bercakap dihadapan public. Sesiapa pun akan dengar apa yang beliau bincangkan. Ada forumer cadangkan benda ni lebih sesuai di "CD" kan. Bila difikirkan balik, ada betulnya juga :) ..Harap maaf jika ada sessiapa yang tersinggung dengan coretan kali ini..


My Princess


Semalam ada tengok drama My princess. Dah semua tidur baru tengok drama tu..yela kan, susah nak tengok kalau anak-anak masih bangun. Sebenarnya 3 hari lepas lagi tengok, memang best..sesiapa yang tak tengok memang rugi :D.
Tapi tak per, sinopsinya begini..

Lee seol ni pelajar kolej. Dia buat part time keja sebagai puteri..Tapi Lee Seol tak tahu yang dia ni sebenarnya puteri reality.

Macamtu la serba sedikit sinopsis cerita ni..saya pun tak tau nak cerita panjang sebab belum habis tengok lagi :) . Sekarang ni baru episode 5. Tengok di youtube jer..quality video pun ok. Jadi sesiapa yang berminat nak tgk, cuba usha dekat :-

www.youtube.com

www.mysoju

www.natnatvip-online.com

Sebenarnya banyak lagi web yang boleh tengok free. Kalau nak rajin-rajin lah google ekk :)..

Salam Maulidulrasul


Assalamualaikum para sahabat sekalian :)

Di kesempatan ini saya mengucapkan salam Maulidul Rasul. Bersama-sama kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Hari ini public holiday. stay rumah saja..tidak ke mana-mana sebab masih belum ada plan.

Monday, February 14, 2011

Korean Drama After All..







Huhuhu...Walaupun saya ni dah pangkat ibu, sampai sekarang saya masih lagi minat dengan drama korea. Hehehe sampai buat collection, antaranya ialah :-

Little Bride ataupun nama lainnya Sweet 18
Personal Taste
Goong
First Shop Cofee Prince
Full House

My Girl
Oh My Lady
Mary Stayed Out All Night

Drama Taiwanese pun ada juga..cuma satu jer la yang saya ada koleksinya :-

Fated To Love you

Japanese pula :-

Hotman 1
Hotman 2
Hotaru No Hikari
Hana Kimi
Great Teacher Onizuka

Sebenarnya banyak sangat drama yang diminati..sampai tak terkira..takper, len kali sambung lagi ehh tak larat dah nak menulis ni..

Love,
Mrs Wafiqa

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...