Followers

Thursday, November 17, 2011

Ke-3 part 2

11/10/2011

Malam tu tak boleh tidur. Sebab sakit belakang yang teramat :) ..


12/10/2011

PAgi2 ikut ayah p keja. Konon nak stay tempar kakak ira (biras)
Tapi oleh sebab sakit sgt dah tulang belakang ni, ayah terus amik cuti.
Plan nak cuti selepas sy bersalin sebab ayahnye tempat keja dekat hospital tu jugak.
Pastu singgah tempat kak ira jap..makan nasik sikit jer..makan bubur ubi manis ekk..dah lupa dah. Lepas mkn jer, berdiri ada air sikit2 keluar d seluar..huhuh
Kelam kabut jalan pg hospital, sebab takut air ketuban bocor time tu..
Mujurlah perjalanan dr rumah kakak tu cuma 7 minit jer ke hospital.

Jam 11 pagi mcmtu, sampai dekat hospital..
Sampai dekat pintu loby, kak kliik lak ilang..kuikuikui dugaan sungguh :D
Call kak ira tnya ada kat rumah dia takde katanya..
Ayah terpaksa pusing balik tengok2 mana tau kad klinik tu jatuh ke tak..
Saya lak naik atas. Terus ke PAC. Naseb baik la sy dah register semalam dekat situ..ada jugaklah rujukan dorang :) ..sementara tu ayah masih dalam usaha pencarian..huhu sian kan..
dalam sakit perut dan pinggang, kena suruh jugak cek air kencing..huhu
amik jer air kencing, terus ckp dekat dorang dah sakit sangat dah..

Dorang suruh baring ker katil, cek bukaan servix dah baru 5 cm? huhuh semalam 2 cm..lambat bebenor la org kata..huhu
Doctor pecahkan air tuban, pastu bertolak la ke labour room..
Dalam kepala ni dok ingat tuhan jer. Huhu
Jam 12 belom bersalin lagik...
jam 1 belom lagikk..
jam 2 pon belom lagik...
Fuhh lama jugaakk...heheh
Akhirnya lepas guling sini guling sana, lahir juga putera kedua ni :) ..
Para misi kata, pendek jer orang nyer..tapi badan bulat mcm doraemon :D..hehe itulah anak ibu. Hensem mcm ayahnyer..kacak mcm abangnyer..lawa mcm kakaknyer..hehhe
Bangga dapat anak ke tiga ni..happy jer nmpk muka dia..sebijik mcm ayahnye..
Anak pertama dan kedua ibu ni sayang sangat2 jugak tau..hehe

P/s: I LOVE MY FAMILY :)

Saturday, November 5, 2011

Ke-3 part 1

10/10/2011

Pinggang dah rasa sakit. Tapi masih sakit manja-manja...dalam hati berbisik, takkan sy nak bersalin macam abak yang pertama lak? padahal, ni dah yang ketiga dah..macam2 dalam kepala ni. Kerja masih diteruskan mcm biasa..yela, budget nak bersalin senang kan :P..konon nak banyak bergerak la..hihi

11/11/2011

Pinggang masih sakit2..masa tu kebetulan medical check up mingguan. Bagi tau dekat misi, pinggang dah sakit2 dah..balik jer dari medical checkup, call biras, nak stay dekat rumah dia..just in case ade apa2 hal..tapi derang nak pegi kk lak..
tak per, ayah cakap stay dekat rumah jer..nanti ada apa2 hal, call jer..

tengah hari lak sakit dah makin kuat..tapi sempat jugak mandi,solat zuhur..sms ayah suruh datang amik. Tapi ayah kata dia dekat kk masa tu. Ayah cakap masih ok tak kalau jam 2 dia sampai rumah. Sy cakap ok. Saya ckp dekata yah pelan2 jer..sebab masih boleh tahan sakit lagi ni :)

Jam 2 lebih ayah sampai dekat rumah..ayah kata nak solat asar dulu baru bergerak. Saya pun ikut skali solat..dalam sakit2 tu memang masih boleh tahan lagik..sebelum ayah sampai, siap sms kawan lagik ----> wawa ....hihi

45 minit kemudian, kami sampai dekat hospital. MAsuk PAC register..mula lah sesi mengecek :D..pastu cek bukaan rahim, baru 2 cm..huhuhu nangisss sangat dalam hati :(( ..sebab lambat sgt bukaan tu buka..bayangkan dari hari2 yang sebelumnya lagi dah sakit2..huhu
Doctor tanya, nak stay ker atau balik rumah..mula2 saya cakap nak masuk ward..sebab memang nak bersalin dah..kalau bukan malam ni..pagi besok memang nak kluar dah baby ni..hihi
Pastu doc cek kepala baby dah engage ker belum..rupa2nya belum engage pun kepala baby dekat tulang pelvic..huhu

Saya dok pikir2..nak stay ker nak balik rumah. Pastu doc tanya lagi nak stay ker ke balik rumah. Sya pun amik ler risiko nak balik rumah..hhehe. Boleh jugak senang2kan hati :D..kan kan kan? Misi yang dekat depan kaunter tu tanya, "_______ mo balik ka? baru saja suami kau hantar beg tu. Cepat2 kau call laki ko tu..mungkin dia masih nda jauh lagi tu. Dia cakap tadi mo balik suda" Apa lagi, kelam kabut cari handphone nak call ayah :P..hehhe

Wednesday, October 19, 2011

Pics Adik Baru

Assalamualaikum, cuma gambar jer yg dapat du publish skg ni..
Syukur Alhamdulillah...

Nama Adik: Ahmad Aqmal
Tarikh Lahir: 12.10.2011, 3.16PM
Berat Semasa Lahir: 3.1Kg


3 Jam selepas adik lahir :)


Sehari selepas adik lahir tunggu nak discarge

Masih belum larat sepenuhnya..nantila sy update balik ek :)

Tuesday, October 11, 2011

Dah Tiba Masanya

Assalamualaikum semua :) ..
Lepas solat subuh pagi tadi, terasa nak buang air kecil..
Cek punya cek, lendir bercampur darah keluar..
Ohh baby dah nak keluar dah ni..dalam hati berbisik.

PAstu masuk rumah bagitau ayah. Konon nak ikut dia pegi opis.
Ayah pegi opis, kami lak nak stay kejap dekat tempat kak biras sementara menunggu sakit contraction yang kuat.
Sms kak biras, dia nak kluar rumah lak harini. MAka tak jadilah kami jalan sana.
Bincang2 dekat ayah/hubby, saya decided nak tunggu dekat rumah jer la..
Ayah lak pegi opis mcm biasa..

JAdi masih dekat rumah la ni..sementara menunggu baby nak kluar..
kira nak kemas2 jap rumah ni..bila sakit dah datang, baru call ayah mintak amik..

Huhu hati rasa risau jugak ni..macam2 dalam kepala. huhu..
Mudah mudahan allah permudahkan segala galanya.. :)

Monday, October 10, 2011

Jom Main Masak - Masak

Sebenarnya benda ni dah lama..masa bulan sept aritu lagi. Tapi
disebabkan kesibukan dan kemalasan yang melampau, maka harini baru la saya tepek gambar ni :D..hehhe

Tadaaa~~ soto daging :D


Mengidam soto punyer pasal..hehhe
Alhamdulillah, tercapai juga hasrat hati..

Sunday, September 25, 2011

Hati Tak Keruan..

Assalamualaikumm semua..
huhu hati rasa risau jer..makin lama makin dekat tarikh bersalin ni,
perasaan takut datang..huhu
Ya Allah, permudahkan proses utk aku melahirkan bayi dlm kandungan ini :(..huhu
takut utk menghadapi rasa sakit tu...

Tengah sedapkan hati, insyaAlllah..Allah permudahkan semuanya..harapan agar dipermudahkan seperti mana semasa melahirkan Afiqah Insyirah aritu :)..kejap jer..masuk hospital, terus bersalin :)

Friday, September 23, 2011

Bertemu Lagi :D

Alhamdulillah, dah sejam balik dari medical check up.
Harini dah 36 minggu 2 hari :)..
Dah scan jugak, InsyaAllah abang iqbal dan kakak ika akan dapat adik lelaki :D..
Syukur alhamdulillah ya Allah..Tercapai juga hajat nak amik anak lelaki :)
Biar abang iqbal ada adik lelaki :)..

Ayah lak ada interview harini :) ..
Gud luck! hehe harap2 dapat la kan..
Katanya ayah dapat interview untuk sambung blajar berkenaan dengan networking..
Intake untuk january 2012..
InsyaAllah, Allah izinkan :)
Ciayok2 ayah!

Huhu syukur Alhamdulillah ya allah..Semoga dipermudahkan semuanya..

Saturday, September 17, 2011

Terbaru

Assalamualaikum semua :) ..lama tak update kan?
ntah kenapa malam ni rasa nak menulis sangat :)..hehe
Mungkin juga perasaan gemuruh kot sebab tak lama lagi nak bersalin kan..
Sabar jer la..

Actually baru jer habis majlis kenduri doa dan tahlil untuk allayarham bapa dan mak mertua..tetiap bulan kami semua buat kenduri ni.. :)
Ok habis pasal tu..saya nak cerita pulak apa-apa pasal pregnancy ni..

USia kehamilan sekarang ni suda mencecah 35 weeks..InsyaAllah, mungkin bila2 masa jer bersalin :)..kedudukan bayi dah ceph. Kandungan hemoglobin dalam darah masih turun naik. Risau juga..huhuh :(..dari aritu masih stay dalam 9. Mudah mudahan next appoinment ni naiklah..nurse dah pun dok bising apesal darah tak naik2. Nurse tu ckp, kalau masih rendah jugak, dorang kena amik najis pulak lepas ni..hemmm

Hemm..ada lah satu kemyuskilan juga. Apesal ekk sakit dekat dada kanan bila tarik nafas? huhuh kadang2 macam tak puas nak tarik nafas sebab dada kanan sakit. Oh ya, sebelum ni saya perasan, nafas berbunyi(weezing) masa tarik nafas. Ada juga saya tanya encik google, maybe asma..hemm
Kalau ada sesapa yang pernah alami situsai mcmni boleh la share2 ekk ;) ..sharing is caring maa :D..hehhe

Tuesday, August 23, 2011

Andai Dia Pergi Sebelum Mu..

Tersentuh hati baca artikel ni..
Saya kongsikan untuk tatapan kita bersama..

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…

Tengah hari itu…

gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…

Tapi dian batinnya terus menyala

Pada sebuah amanat di sisi isterinya



Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba

Duhai srikandi budi yang masih lara

Sepuhlah air mata di usia muda

Melangkahlah semula dengan kukuh

kerna jalan ini masih jauh



Yang wafat cuma jasad

Bukan niat dan semangat!



Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’

– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah

di usia remaja menjadi isteri Rasulullah

Teman Rasul ketika berjuang membela umat

Teman Rasul ketika di amuk sakarat

di ribaannyalah baginda wafat



Sepeninggalan Rasul…

Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu

Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti

Dia hanya kehilangan suami

Tapi bukan kehilangan misi!



Sesekali ketika rawan diusik kenangan…

Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah

Istirahat hati pada satu hakikat…

Cintaku hanya sedebu cinta-Nya

Relakanlah dia pergi…

Menemui temannya di daerah tinggi!
sumber: http://genta-rasa.com

Sunday, August 14, 2011

30 Weeks 4 Days

Uhh..Lagi ada beberapa minggu la nak bersalin >_< ..
Mudah mudahan Allah permudahkan proses persalinan ni nanti :) ..
Hari ini dah 14 hari kita berpuasa..Alhamdulillah masih lagi teruskan..

Tuesday, August 9, 2011

Kencing Manis Ketika Mengandung

Baru jer cari cari info mengenai gejalah diabetes ketika mengandung..
Ni lah hasilnya..hehe

Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.

Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.
Tanda-tanda penyakit kencing manis

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. DEngan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.


Sumber: http://ecpiwateronline.com

Saturday, August 6, 2011

Hari Ke 6

Alhamdulillah, masih full berpuasa ni :)
Hehe..kelmarin, sempat juga ke klinik pepagi..
Sampai sana jam 7+ pagi, terus dapat nombor pertama :D..hehhe
pastu cek up pun bermula..Alhamdulillah baby ok..
cumanyer, saya pula kena suspect ada kencing manis..kuikuikui
Berat badan dalam sebulan bertambah 2-3kg..hehe
Tapi apa pun masih terkawal :)..insyaAllah..

Thursday, August 4, 2011

Bahana Jenjalan~


Abang masih maintain macho :P~ hehhe



Adiknya? Apa dah jadi >_

Hari Ke 4

Alhamdulillah, dah masuk hari keempat berpuasa :)
Tak banyak cerita untuk hari ini..
cuma rasa bersyukur yang tidak terhingga..
Sebab Allah masih lagi pinjamkan kebahagiaan ni..
Sebab Allah masih meminjamkan hidup ni :)
Yang kelak suatu harii nanti pasti Allah tarik balik nafas ni..
Cuma cepat atau lambat..kita tidak tahu bila..
Cuma doaku, Semoga Allah memnjangkan umur suami..anak-anak dan juga umur ku..
Tidak juga dilupakan, semoga Allah sentiasa memanjangkan umur keluarga dan saudara maraku yang lain..

Syukur Alhamdulillah :)

Wednesday, August 3, 2011

29 Weeks Vs Ramadhan

Alhamdulillah sudah 3 hari berpuasa..
First day puasa terketar-ketar kelaparan dan kelemasan jugak lah..
Tapi Alhamdulillah hari kedua dah ok :) ..dah dapat menyesuaikan diri..
Hari ni dah tepat 29 minggu tempoh kehamilan..
Semuanya baik-baik saja..tiada masalah besar pada kehamilan ketiga ni :)..

Kelmarin klinik call..suruh datang check up..
Sepatutnya medical checkup hari isin lalu..tapi tak dapat pegi..
disebabkan kereta mengalami kerosakkan..
Minggu ni siap lah cuma mungkin hari jumaat ni baru datang klinik..
Tak per, sabar dulu..
Dorang suruh datang sana jalan kaki jer..tapi suami kata bahaya jalan sensorang.
Pastu bawa dua org anak lagi..payah juga kan..huhu

Perkembangan Kandungan 29 Minggu

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Sumber: www.mengandung.com

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan



Assalamualaikum semua :)
Kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam khususnya dimalaysia ini. Semoga kedatangan bulan ramadhan kali ini menjadi landasan kita untuk memperbanyakkan lagi ibadah kita dari sebelum ni :).

Tuesday, July 12, 2011

Jabatan Pendaftaran Cawangan Tuaran

Haritu dapat surat dari JPN. Kad Pengenalan tidak dapat diproses sebab ada nama islam tidak sama dengan nama yang dipohon..hemm..

Call JPN dekat pusat, dorang pun langsung tak tau apa2..sebab dalam sistem tidak dinyatakan. Malangnya pula, surat tu dekat kampung..huhu lewat la nak urus balik..sabar..sabar..



Monday, July 11, 2011

25 Weeks

Dah sebulan rasanya tidak update apa-apa dekat blog ni :)
Busy dengan hidup..hehe
Kadang-kadang nak sangat update tapi kemalasan melanda :)..hehe

Pregnancy dah 25 minggu sekarang ni. Lebih kurang 6 bulan seminggu..
Badan dah mulai naik, berat badan dah 50kg..huhuh patutlah rasa sakit dekat tapak kaki..
Dah naik mendadak rupanya badan ni..

Baby dah scan aritu, Alhamdulillah baby sihat dan membesar seperti budak normal yang lain..
Jantina belum dikenal pasti..sebab masa scan aritu baby dok mengiring.."suprise" katanya..hehe

Nanti saya sambung lagi..sebab ika nak pakai komputer :)

Monday, June 6, 2011

Tanjung Aru Beach!

Hari sabtu lepas, kami beramai ramai ke pantai tanjung aru. hehe Memang best jugak la..bertolak jam 6 pagi, sampai sana agak2 dalam jam 8 pagi. Sebab singgah dekat pasar lagik :D
Beli ikan uji rashid jer..orang dekat sini gelar ikan uji rashid :D..sebab mata ikan tu besar macam mata uji rashid :P..kekkek






Along tengah nak start enjine kreta nak pg keja







Diriku dah jadi mak buyong~~ kuikuikui



Baju hijau tu pangkat adik sepupu iqbal. Besar dari iqbal lagik :D hehe













Huhu sikit sangat pics yang saya amik. Huhu handphone buat hal lak..

Buah Tangan Dari Asid :)

Thanks ye asid :)..sebab sudi bagi buah tangan dekat vv. Vv hargai sangat2 ;)..
hehe sory lambat publish, pasal busy sket 2 menjak ni..hehe
Apa-apa pun ni dia pemberian asid :)

Thursday, June 2, 2011

Dapat Buah Tangan dari Asid yeahhh!

Sebenarnya barang tu dah 2-3 hari dah sampai ;)..tapi oleh kerana kesibukkan (konon2nyer lah) belum sempat post dekat blog ni..hehhe

Tapi cek punya cek, ayah belum sempat transfer dekat pc. Pics nanti sy masukkan ekk..hehe

Wednesday, May 25, 2011

Kari Ayam Ala Kampung

Semalam masa dinner sempat buat kari ayam. Hehe aritu beli ayam tua dekat pasar raya nyonya. Semalam ayam tu tinggal separuh..jadi masak la separuh tu buat kari ayam ala kampung :D. Sedap tau~ macam betul-betul ayam kampung. Orang kata ayam kampung sedap baunya. Tapi saya pulak tak lalu nak makan ayam kampung..huhu

Tadaa~ ni la hasilnya. Sebenarnya, dah siap makan baru teringat nak tangkap gambar..hehe ape la..

Sedap! Dan bahan-bahannya pun senang jer..hehe Ala, gambar ni dah tak lawa pasal kuahnya dah abis dah..huhuh

Takper, kalau rasa nak cuba resepi ni try lah!

Semua bahan-bahan saya main agak2 jer ekk..


Bahan-bahan

1) Separuh bulat ayam tua

2) 1 inci halia

3) 1 inci lengkuas

4) 4 biji bawang merah

5) 2 biji bawang putih

6) 1 batang serai

7) 1 keping asam gelugur/ air asam jawa

8) 1 inci kunyit hidup

9) 2-3 sudu kari ayam( saya guna jenama adabi)

10) bahan tumisan, bunga lawang, buah pala, kayu manis dan cengkih

11) 2-3 biji kentang

12) 1 cawan santan (tapi saya tak letak santan)

13) bahan-bahan perisa, gula, garam dan aji kalau nak letak aji. (saya tak letak)

Cara-cara

a) Tumbuk kunyit, halia, lengkuas, bawang merah dan bawan putih.

b) Panaskan minyak, masukkan bahan tumisan buah pala, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang.

c) Masukkan pula bahan-bahan yang ditumbuk dan serai yang diketuk.

d) Setelah agak kekunungan, masukkan pula kari ayam.

e) Agak-agak bila kari dah masak atau pecah minyak, masukkan pula ayam( ayam tua yang saya pakai liat sikit, jadi sebelum tu saya rebus dulu sampai dah lembut hehe)..ayam daging pun boleh jugak. Masukkan pula asam keping. Disini saya masukkan sedikit air, lepas tu masukkan pula kentang... ambil masa sidikit dekat sini gaul-gaul sekejap. sampailah kuah dah pekat. Kalau kuah dah pekat, tapi kentang belum lembut. Tambah lagi sedikit air dengan santan. Agak2 dah mendidih dan kentang dah masak,

f) Lepastu baru masukkan garam, aji atau gula.
Siap!

Saya tak letak santan, saya terus masukkan garam dan gula jer..aji tak pakai. gaul2 sikit dah siap ;)..kari ni mmg pekat sikit ;)..tapi sedap!
Harap-harap paham la yer apa yg saya tulis tu, maklumlah budak baru belajar mengajar :P..huhu

Tuesday, May 24, 2011

Anak Lemas Dalam Kereta

Assalamualaikum.. :)
Pagi tadi baca berita dekat hmetro. Jumpa pulak berita ni..kesian budak kecik ni. Akibat ayah dia lupa yang budak ni tido dekat belakang kereta. Apa pun semoga menjadi iktibar kepada kita, jangan CUAI!




Sudah banyak berlaku perkara macam ni dalam masyarakat kita. Anak tido dalam kereta..pastu lemas. Ada juga satu kisah, 2 beranak tido dalam kereta ber air cond, besoknya orang ramai jumpa meninggal dalam kereta. Kalau boleh, elakkanlah tido dalam kereta walaupun kereta dipasangkan air cond. Sebab asap akan masuk dalam kereta mengurangkan jumlah oksigen yang ada dalam kereta tu. huhu takziah pada keluarga mangsa..mesti sedih sangat kan.. :( tumpang simpati.

Monday, May 23, 2011

Kena Ambil Darah..kuikuikui



Hari jumaat lepas, saya pegi klinik. Untuk ambil darah jer..hehe nasib baik datang awal. Rupanya jam 7 dah buka dah. Saya orang yang keempat jer..hehhe..
Masa kena amik darah tu tak la sakit mana..tapi lepas beberapa jam dari kena amik darah tu..huhu lenguh tangan sebelah kiri :((..sabo jer la kan..heheh

Gambar kredit dari blog: http://muhammadghazi.wordpress.com

Kisah Pilu

Assalamualaikum semua :)..lama rasanya tidak mengupdate blog. Heheheh ada masalah teknikal tu :D..heheh takper, harini sambung lagi..
Hemm hampir kesemua akhbar kita pada harini menceritakan kisah landslide dekat di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA. Kesian budak-budak kecik ni kan :( ada yang kehilangan adik, ada yang hilang kawan, anak dan sebagainya..yang pasti, adik-adik yang belum akil baligh ni syurga la tempatnya :)..Aminnn..

Ini pula sedikit keratan akhbar.


Kita tidak tahu bila ajal kita menjemput. Kalau harini kita ketawa dan bergembira dengan keluarga, esok kita dah menghadap ilahi kan. Kalau bukan pun hari esok, beberapa jam kemudian? siapa kita untuk mengetahui takdir Allah kan.

Ajal tetap menjemput, tapi Allah dah pesan dekat kita..selagi masih bernyawa selagi tu la kita usahakan juga menjaga kesihatan. Kalau gagal dalam mencapai sesuatu, jangan putus asa. Cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi. Sebab Allah sendiri tak suruh kita jadi yang terbaik, tapi Allah suruh kita buat yang terbaik :). InsyaAllah..

Friday, May 20, 2011

Alamak..Lama Tak Update Blog..Huhu

Assalamualaikum semua..huhu lama tak update blog..bz teramat sekarang ni :) ..takper, nantikan creita terbaru nanti ekk..oklah selamat bersembahyang jemaah dekat masjid :)..bye :)

Monday, May 16, 2011

Yeay! Esok Cuti Lagik ;)



Harini free sikit sebab kemarin dah basuh pakaian :)..
Tadi baru jer siap tengok drama korea . Baru 2 episode masih..still ongoing..tak sabar lak tengok next episode. Kalau nak tau, drama ni best sangat2..hehe macam budak remaja lak tengok drama ni :D. Cerita ni berkisar tentang seorang perempuan yang bernama Gong Ah Jung (Yun Eun Hye) yang bekerja dibahagian mempromosikan budaya dan pelancongan. Dia secara tidak sengaja mendakwa yang dia suda pun berkahwin oleh kerana dek sakit hati dengan kata-kata kawan perempuannya suatu ketika dahulu. Gong Ah Jung ni ada Bad history dengan kawan dia ni. Dulu, kawan perempuan dia ni merampas bakal kekasih Gong Ah Jung. Kalau tengok perangai kawan perempuan dia ni memang buat kita geram. PAstu berita berkenaan dengan kononya Gong Ah Jung ni sudah berkahwin, kawan2 dia yang lain buatlah spekulasi yang bukan-bukan. Kebetulan pula seorang kawan Gong Ah Jung ni ada ternampak dia dengan seorang pemuda kaya. Dan pemuda ni memang lah terkenal konon-kononnyer. Dan tersebar luas lah rumors berkenaan perkahwinan pemuda ni dengan Gong Ah Jung ni berkahwin secara rahsia. Heheheh...

Begitulah cerita pendeknyer..memang bestlah..kalau nak tengok, tengoklah..tak rugi :D
Tajuk drama ni Lie To Me

Esok ayah cuti lagi..heheh boleh la sambung kemas rumah ;)..kalau takder halangan la kan..
kemas kebun lagi. Buang mana yang patut dekat dalam rumah ni..huhu

Sunday, May 15, 2011

Jumaat


(Sebenarnya entry ni saya tulis masa jumaat lalu tapi blogspot tgh maintanance lak heheh..apa2 pun masukkan jer dalam blog :D)


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga urusan pendaftaran untuk kehamilan yang ketiga ni :). Tak lama pon. 30Minit jer pon..huhuhu takperlah, boleh dimaafkan. Pasal dorang juga yang check up previous pregnancy. Apa-apa pun saya masih berterima kasih dekat dorang :)

Pregnancy dah pun mencecah 4 bulan seminggu. Due date pulak, 19 Oct ni. Tinggal 5 bulan lagik. Cepat jer masa berlalu. Paling best dapatlah full puasa kali ni. Hehe insyaAllah..sama kes dengan masa mengandungkan Abang Iqbal dan adiknya Ika tu. Alhamdulillah..kalau takder halangan, semuanya berjalan dengan lancar. Hehehe..

2-3 hari ni barang runcit mendadak naik. Bagi kami yang suri rumah ni memang terasa sangat. Huhu apa tidak, Dulunya gula yang selalu dibeli naik 20 sen. 20 sen tu agak mahal juga kalai dibeli dengan kadar yang banyak..kuih muih naik, makanan dekaat restoran pun naik. Peniaga pun mengambil kesempatan dek kenaikkan harga minyak Ron97 sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan dia. Padahal, mana lah kita tau dia beli minyak Ron97 ke Ron95 kan? Tidak adil juga...huhu

Saya belum lagi berkesempatan ke pasar malam sempena kenaikkan harga gula dan minyak ni. Tapi yang pastinya memang akan naik. Tak tau macam mana kenaikkan harga sayur mayur dan ikan kali ni..esok baru pegi kot. Tapi ayah kata pepagi nak kemas bawah rumah dulu..dah semak katanya..
minggu lalu berkesempatan juga memotong rumput..heheh

Harini pulak masa pepagi jer boleh buat rondaan dekat blog-blog kawan2. Sebab tengah hari jadual Adik Ika lak pegang komputer. Main Boowa And Kwala kekdahnyer..huhuh Penat layan budak namanya Ika ni kadang-kadang. Kuat komplen, banyak tanya, banyak cakap..huhu
Takpela, budak2 kan..hehe lagi kita layan lagi best heheh..

Oh ya sebelum tu nak ucapkan kepada semua jururawat dekat malaysia ni “HAPPY NURSES DAY”. Semoga kualiti dan mutu perkhidmatan di serikan lagi dengan sambutan senyuman yer..Sebab patient yang tengah dok sakit, kalau disapa dengan senyuman ringan juga sikit sakit tu ;)..

Tu jer la buat masa ni :) cau cin cau~

Wednesday, May 11, 2011

Aduhai Birokrasi

Assalamualaikum semua :) ..
Kemarin baru berpeluang nak daftarkan diri ke klinik kesihatan ibu dan anak.
Ayah terpaksa curi masa hantar saya..
JAm 2petang ayah sampai rumah, solat baru bergerak ke klinik..
Sampai jer dekat klinik "eh takder orang"? ingatkan tutup..rupa-rupanya buka tapi takde parent dah datang..mungkin sebab pagi dah abis orang kan..

Lepas tu amik nombor, diam-diam tunggu kena panggil. PAstu datang la sorang jururawat masyarakat tanya. "eh kenapa"? saya cakap "nak daftar". Dia cakap lagi" Ni yang kelmarin ka ni"? Taklah, "baru ja datang" JM tu cakap lagi, "sudah ada appoiment ka" saya cakap lagi "PErlu ka appoinment baru boleh daftar"? pastu dia suruhlah masuk..

Dalam bilik saya nampak ada 3 orang JM. Masing-masing buat hal sendiri. PAstu yang dok tanya saya ni la yang tanya tadi tu. PAstu kena tanya berapa bulan dah. Ikut dalam scanned tu dah 4 bulan seminggu. PAstu JM tu cakap "dah lambat ni" kalau ko datang tadi boleh lagi daftarkan" Saya pun dok hairan, sekarang ni baru jam 2..takkan pula sampai jam 4 petang tak siap-siap kalau proses mendaftar jer..huhuhu
PAstu dia cakap lagi, dia kena tunggu 2-3 orang lagi petang ni untuk proses mendaftar..
Saya pun tanya kenapa tak boleh daftar harini..Misi tu cakap "Dah lambat" banyak prosedur yang kena buat..dalam hati "takkan lah tak boleh siap dalam masa sejam?? sebab ayah bukannya selalu dapat excuse dari bos dia :((. Baru jam 2..apa salahnya daftarkan dulu :(( ..huhuhu

Pastu dia cakap lagi ko datang besok. Jam 2 petang..alahaii..3 orang JM tak boleh layan sorang patient? Sedih jugak..pasal kalau betul2, takkan 3 orang MISI tak boleh layan sorang patient? dan sorang patient pun tak der masa tu..hanya saya sorang jer. Disuruhnya balik macamtu jer..dan macam takder sebab yang munasabah saya kena suruh balik. Sebab dorang takder patient..dan lagi 3 orang MISI dalam tu tak boleh nak layan saya sorang? katanya nak tunggu orang lain, layan la saya dulu..pasal saya datang dulu kan? tak kan proses mendaftar sampai 3-4 jam? ya Allah :((

Keluar jer dari klinik, ayah tanya dah ker? saya cakap belom lagi..dorang suruh besok datang untuk mendaftar. pastu ayah tanya lah macam2..sebab apa saya tak boleh mendaftar masa tu. Sebenarnya saya pun tak tau sebab apa yang munasabah saya kena suruh balik macamtu jer..Dorang cuma cakap dah lambat. Proses lama nak mendaftar..
Apa lagi ayah ni, membebel jer dalam kereta. Katanya "macam dorang tak nak buat keja jer" nak senang jer" Patutnya sekarang ni baru jam 2 petang..takkan tak boleh nak daftar?? Kalau dorang cakap, tak der staff nurse nak autorize saya boleh terima..ni tak kena suruh balik macamtu jer. Pastu ayah membebel sampaiah dekat rumah...saya pulak diam-diam jer huhuhu

Ayah kata lagidorangkan memang ditugaskan untuk menyenangkan pelanggan yang datang? huuhu slogan jer "SEDIA MEMBANTU" tapi benda remeh mcmni pun boleh lak dorang kata dah lambat..
Berjela-jela dah ayah cakap macam-macam yang keluar..nak tak nak, kena harini juga datang. Harap-harap takder masalah lagi..

Teringat satu kes, yang mana dulu masa deliver Abang Iqbal, ada lah suami sorang kakak ni..datang dari Daerah keningau. Nak urus something berkenaan dengan isteri dia. Pastu boleh pulak dorang cakap tak boleh nak urus sebab dokumen tak lengkap..tak boleh ker tolong pasatu satu benda tu jer? Sampai suami kakak tu merayu nak approvekan sb katanya keningau dan kota kinabalu bukan dekat. Jauh nak balik lagi..

Birokrasi menyenangkan ker menyusahkan?
Haiss geram juga kadang2..huhu menyusahkan orang kampung yang tak tahu apa2..

Tuesday, May 10, 2011

Busy

Assalamualaikum semua :)
Kelmarin dan harini busy sangat2 :) ..kemas rumah+cuci mana yang patut...
ditambah dengan kesihatan yang tidak menentu :)..Tapi alhamdulillah masih boleh buat kerja mcm biasa. Cuma Pelan-pelan jer la kan :) ..

ok la nak rest jap..hehe

Friday, May 6, 2011

Tahniah Ayah!


Semalam dok cerita dengan ayah :)..
ayah kata dia dapat surat warning tunjuk sebab dari jabatan. Ayah pas surat dekat saya, baca punya baca rupa-rupanya ayah dapat APC. Cewaah~ ader jer ayah ni :P~ haha buat kejutan je..tak pasal-pasal risau jap..

hehe dapatlah sedikit ganjaran hasil dari kerja ayah tu. Alhamdulillah :)..Allah bagi rezeki..
Bolehlah blanja kami kan ayah :P? tapi ayah kata nak simpan~ jgn gelojoh katanya kuikuikui~

Thursday, May 5, 2011

Alhamdulillah..


Banyak sangat kerja rumah hari ini..kemas rumah, cuci kain, lipat kain, masak, sapu rumah, dan banyak lagi sebenarnya..huhu

Tapi alhamdulillah, masih ada sedikit tenaga untuk buat semua tu..walaupun penat sikit mesti rasa nak pitam+muntah..huhu takpe2, sabar..

Hari selasa lalu, ayah cuti. Pegi JPN uruskan kad pengenalan yang hilang. Terpaksa buat yang baru. Buat yang baru pun satu hal. Nak kena minta pengesahan dari pihak-pihak tertentu disebabkan IC yang hilang ni dulu masih berstatus agama lama. Jadi untuk buat yang baru ni kena ada surat pengesahan pula yang menyatakan saya sudah memeluk agama islam. Lepas tu, kena tukar nama jugak. Tak tukar nama, nanti kena buka tudung untuk bergambar pulak. Huhu..macam-macam..

Dari JPN, dorang bagi satu borang. Pastu saya bergerak lak ke JHAEINS. Sampai dekat JHAEINS, tanya staff sana.."BUKAN SINI" pula dahh~ dorang cakap dekat pejabat daerah jer...tapi masa dekat JHAEINS, saya diberi satu borang. Borang Am Muallaf..borang bantuan khas untuk golongan muallaf. Eh baru tahu pula benda ni. Takper, isi jer..

Pastu saya bergerak ke pejabat daerah. Hehe sampai sana 45minit tunggu turn. Huhu lama jugaklah..muka dah nampak pucat. Sebab lama menunggu..tiba jer turn, dekat sini pun macam-macam kena tanya..macam orang bersalah pulak. Hehe..masa tu memang rasa nak tumbangkan diri dekat sofa pejabat dorang ni. Pegawai tu tanya, Eh..sakit ker? nak jer cakap, "saya penat"..tapi takkanlah saya cakap macamtu..huhu

Dapat jer pengesahan dari pejabat daerah, terus ke JPN..sampai sana macam biasa tunggu giliran..lepas 12 orang baru turn saya pulak. Terbang RM120! Hilang IC dan tukar nama punya pasal..huhuhu
Alhamdulillah, selesai jugak urusan buat IC baru..


Satu benda nak selesaikan lagi. Borang dari JHAEINS tu...dapat jer kad pengenalan sementara dari JPN, terus photostat. IC sementara, Sijil Kelahiran dan kad islam semua diphotostat..pastu minta disahkan oleh JPN. Ambil jer nombor, terus minta pengesahan..tapi sijil lahir tu tak boleh kena sahkan. Sebab satu benda jer..Nama bapa berlipat..huhu..
LApis sijil lahir tu terpaksa dibuka, pastu photostat balik. Turun Dari JPN, photostat pastu naik balik ambil nombor baru sahkan~ syukur alhamdulillah, dapat jugak.

Lepas selesai urusan, baru bergerak lagi ke JAHEINS. Sampai jer pastu serahkan borang. Masa sampaikan borang tu, jumpa pulak dengan staff yang banyak tanya. Point tanya macam-macam tak tahulah. Tapi sedih jugaklah ditanya macamtu..seolah-olah saya masuk islam sebab berkahwin sahaja :(. Ataupun sebab suka-suka? saya pun tak tahulah..barangkali itulah salah satu dugaan bagi saudara baru. Dipandang rendah kot..tapi dalam hati ni, masih kuat menyatakan. "Orang tu pun manusia biasa..tidak lari dari kesilapan" saya cuba pujuk diri sendiri..senangkan hati sendiri semasa turun dari JHAEINS. Sampai jer dekat kereta, terus luahkan dekat suami rasa sedih tu..pastu ayah kata, "kenapa tak cakap yang sebetulnya dekat orang tu?" Tapi ayah kata, nak cakap banyak pun nanti orang cakap kita memandai. Baru beberapa tahun peluk islam dah cakap banyak...Elok diam jerlah ayah cakap..hhuhu

Sampai Rumah terus tertido..Tinggal lah ayah yang uruskan anak-anak. Siap masak lagi..Syukur alhamdulillah.. :)

Wednesday, May 4, 2011

Nostalgia



Hehe bukan nostalgia pasal apa pun..ni kenangan masa mula-mula mendapat hidayah dari Allah :D..hehe pelik pun ada kan sebab lagu ni lagu untuk kekasih :) ..
Alhamdulillah..

P/s: Best sangat lagu ni :)..

Friday, April 29, 2011

Abang Iqbal Dah 4 Tahun!

Semalam ayah ada suprise untuk abang iqbal. Hehe, saya pun tak tau sebenarnya ayah belikan abang kek. Tetiba jer..sebaik sampai rumah, ayah curi-curi bawa kek. Ayah letak dekat belakannye..konon barang lain la tu :P..mcm selalu ayah bagi suprise untuk anak-anak ;)..
PAstu keluarkan jer, anak-anak terus menjerit.."happy birthday to you"..amboi~~ memang happy giler! sy pun turut happy jugak ;)!

Pastu buka jer kek, abang dan adik nyanyi happy birthday. Tak sabar dah katanya :P..
Apa-apa pun makasih dekat ayah sebab belikan kek birthday tu untuk abang iqbal. Ayah kata, untuk kami semua la tu~ :) muax!

Apa-apa pun, anak-anak memang suka. Mcm selalu, blackforest jer ;)..tapi, Alhamdulillah rezeki..


Kek Dalam Perjalanan Balik Rumah







Hehe happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to abang..happy birthday to you~~ ;)

Bio Zip Sebagai Sabun Pencuci kain


Siapa tak kenal sabun Bio Zip? Mesti kebanyakkan kita semua tau kan? Terutama surirumah-surirumah ni..Dulu saya pun pakai bio zip jugak, tapi sekarang dah tukar Sabun Daia.

Pengalaman menggunakan sabun bio zip ni adalah dalam setahun. Masa tu la macam-macam masalah kulit keluar. Sebab saya cuci kain pakai tangan. Ada jugaklah dalam 6 bulan kot pakai washing machine. Masa mula-mula guna, kulit tangan gatal-gatal jer. Mula-mula ingatkan biasa ynag muncul time mengandung. Jadi saya pun taklah amik kisah sangat..PAstu tak lama, kulit jari mengelupas..sampai satu tahap, bila pegi bank Maybank sebab nak keluarkan wang. Cap jari kanan ni tak dapat kesan. Sebab apa? sebab kulit jari ni semua pecah plus mengelupas teruk. Nasib baik edjus punya edjust dapat juga bayangan cap jari..agak lama juga proses mengambil duit tu sebab mesin detect cap jari tu reject..huhu nasib baik dapat keluar kan wang.

Saya memang tak suspect langsung pasal sabun ni. Hilang mengelupas tu, timbul pula masalah lain. Kuku jari seakan akan menebal..huhu pastu semacam ada ruang diantara kuku jari dengan daging. saya ni dok heran la kan..dalam hati risau juga. Kuku pula, bila potong boleh potong sampai kecik size kuku tu. Kuku juga tidak tumbuh selari..huhu pastu nampak sangat nak rosak. Macam kuku orang tua dah..

Sampai la mak dari kampung datang rumah. Saya pun tunjukkan kuku la apa kemungkinan kuku saya boleh jadi macam tu. Pastu mak terus tanya. "Pakai sabun Bio Zip ka?" Menurut mak, dulu dia pun tak sesuai dengan sabut bio zip ni. Kuku sakit dan bernanah lagi..huhu Saya pun terus tukar sabun. Alhamdulillah, memang betul la pasal sabun tu..jari dah kembali normal..cap jari pun dah tak pecah dah..kuku kembali pada bentuk normal.

Mungkin kami kulit kami tak sesuai kot dengan sabun ni. Sekarang ni dah 6 bulan pakai sabun Daia. Alhamdulillah setakat ni tiada masalah..
Tapi akak biras pun hadapi masalah yang sama semasa menggunakan sabun bio zip ni. Kulit rasa gatal..sebab tu dia pun tukar sabun..hemm


Thursday, April 28, 2011

Antara Kartun Animation Yang Baik Untuk Anak-Anak Kecik

Harini nak cerita pasal Animation lak..pasal anak-anak saya paling suka kartun jenis 3D animation ni :)..
Alhamdulillah setakat ni apa-apa yang anak minat, masih under control la. Sebab pertama skali kami memang takder tv. Astro pun takder..dulu ade la kan, tapi sejak tv kami 3 kali rosak, 3 kali juga baiki..sekarang dah taubat tak nak dah nak baiki lagi. Sekarang ni, apa-apa kartun yang anak-anak nak tengok kami yang sediakan. Sebab tu kapasiti hadisk pun besar. Semata mata untuk menampung movie+kartun+game untuk kami semua la :)..

Okla, tanpa membuang masa, kita review apa-apa 3D animation yang memang baik untuk anak-anak kecik ni. Kami pula, setakat ni ada beberapa jenis tajuk kartun yang ada. Antaranya..

1) Upin Dan Ipin
Geng Pengembaraan Bermula



2) Finding Nemo



3) Toy Story 1
Toy Story 2
Toy Story 3



4) Ice Age 1
Ice Age 2
Ice Age 3



5) Alvin And The Chipmunks 2007
Alvin And The Chipmunks 2009




6) Cars



7) Caroline



8) Flush Away



9) Happy Feet



10) How To Train Your Dragon



11) Bee Movie



12) Monster Inc



13) Madagascar 1
Madagascar 2
Madagascar 3



14) Up



15) Tangled



Semua ni adalah favorite anak-anak...Soon nak kena tambah lagi :) ..kalau nak cerita animation-animation 3D ni, memang best sangat-sangat. Disamping jalan cerita yang menarik, lawak dia pun sesuai dengan budak-budak kecik. Mudah difahami la katakan..selain tu grafik yang sangat menarik. Sangat cantik ;) ..mungkin ibu bapa dekat luar sana boleh cuba dapatkan kartun ni. Mana tau anak-anak minat kan :) bukan nak promote tau..sekadar nak kongsi idea apa yang baik untuk anak-anak kita :)..

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...