Followers

Friday, August 6, 2010

Tips Untuk Isteri-Isteri Atau Ibu-Ibu Yang Hendak Mengandung

Harini tergerak hati nak kongsi pasal kehamilan :)..hehe sesapa yang nak mengandung tu, diharapkan info yg diberikan dapat membantu..InsyaAllah..

Saya pun pernah mengandung jg, pernah melahirkan anak..hehe 2 org lagik..tp yelahh..sebelum ni sy mana lah tau ada tips2 sebegini, tup2 dah pregnant..heheh rezeki :)


Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil

Anda ingin hamil? Berikut ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk hamil.

Sebenarnya, saya menerima begitu banyak sekali pertanyaan dari rakan rakan ibu di Mengandung.com yang berbunyi; "Bagaimana saya boleh mengandung? Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengandung?

Dan ada juga yang bertanyakan dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks (waktu subur wanita), berapa kali perlu dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil.

Tips-Tips Untuk Hamil

1.


Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-

Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-

Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-

Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.

Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.

Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-

Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-

Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-

Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.

Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.

Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.

Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.

Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

Sumber : http://mengandung.com


Thursday, August 5, 2010

Lagi Gambar Poring Hot Spring

Ini pula Dekat dalam pusat peranginan tu...huhu menyesal xamik gambar jambatan2 tu..sebab gayat sungguh. Tak senang hati nak amik gambar :) ...







Wednesday, August 4, 2010

(Dalam Kenangan) Jalan-Jalan Lagi













































Dari Kudat-Kota Belud, sempat lagi kami balik kampung..hehhe tapi kejap jer la..
Dari kampung ke pekan KB balik, solat asar jap then terus ke kundasang ranau..huhu penat giler tap mmg sangat seronok :D..anak2 apa lagi, lagi la dorang seronok. Dekat kundasang kami cari tempat penginapan..nasib baik! kalo tak, huhuh ntah apa lah nasib lepas tu. Pastu baru kami pegi makan :D..heheh dah lapar sgt mmg sedap jer makan..heheh lepas makan, balik tempat penginapan, mandi then tido terus heheh..yela, satu hari jalan jer..ayahnye la yg penat sgt2, sebab dia yang pandu kereta :D..heheh

Esok paginya, 19 march. Lepas jer solat subuh, kami terus cek out..jam 7 pagi gitu kami sampai pekan Ranau. Isi perut..makan mee goreng jer..xder pula sy tangkap gambar..kami sampai dekat Poring Hot Spring jam 9 Am. heheh ni lah hasilnya..jap agi gambar menyusul..

(Dalam Kenangan) Cuti-Cuti Sabah













































Assalamualaikum ..

Hehehe aakhirnya dpt juga jalan-jalan bercuti..bukan kami berempat jer..tapi berlima.
Sebab kawan ayah datang bercuti dekat sini..ni lah hasilnya..dari Tuaran-Kota Belud-Kudat..jauh ya amat..huhu penat tp seronok. ^_^ 18 march 2010 cantik kan?

Sebenarnya tempat ni di kenali sebagai Simpang Mengayau : Tip Of Borneo
heheh cantik tau..sesapa yang nak bercuti dekat sabah, elok la pegi sini. Sebab laut dia sangat2 bersih..sedap mata memandang. Cuma yang sedihnya, kemudahan kemudahan awam masih lagi perlu diperbaiki.. :)



Friday, June 4, 2010

: ^_^ :

Dah besar2 kan pokok tomato tu? hehe kacang botol tu pun dah besar..cili merah pun dah besar2..satu lagi, pokok betik dah besar sket..hehe harap2 menjadi..Insyaalah..

Lagi Gambar Terbaru..






Lamanya Tak Update Blog..






Assalamualaikum semua..heheh dah lama tak update blog yer..
update pics sayur pun takde kan..hehhe..dah sebulan kot tak tangkap pics sayur2 tu..
ni lah gambar yang terbaru :) ..



Thursday, May 6, 2010

Lagi Gambar Sayur2ku..






Heheheh ni dia..sebenarnya aku ada juga tanam ulam raja. Anak pokok ulam raja ni aku jumpa
dekat depan rumah sana..hehhe. mana la tau kan ada hasilnya..tak juga rugi :) ..oh ya, sempat lagi aku semai benih sawi tadi :) ..





Haaa..Ni Pula Benih Sayur Tu Dah Besar Sket..






Baru jer snap pagi tadi..
Tapi masalahnya skg ni belih cili tu berlebihan la pulak..huhu
Kesiannya belum ada tempat lagi. Aku belum pindahkan anak pokok cili tu dkt tempat lain..
Sebab tu la..sayang betul kan? Huhuhu sabao jer la..masa aku tengok2kan sayurku tu, anak aku buat hal la pula dah..dicabutnya pokok tomato tu :(( ..huhuh mmg aku sayang betul anak2 pokok ni..heheh nasib baik tak mati anak pokok tu..
Ala..terpaksa lah bawa turun kolam renang dorang..hhuhu membazir air jer..tp apa boleh buat
untuk anak2 ku ni..hehhe.. :)

First Time Berkebun..





Assalamualaikum :) ..
Aku lebih biasakan diri sebagai aku dalam blog ni..heheh..
Oleh sebab ayah selalu ajak turun bawah rumah kemas belakang rumah tu,
maka tercetuslah idea nak berkebun..hehe ayah kata boleh ringankan bebanan membeli
sayur tetiap minggu dekat pasar..huhu~

Senarai jenis sayur yang aku tanam setakat nih

1). Kacang botol
2). Cili merah
3). Ni aku tak tau namanya..(dia mcm kangkung tp xjuga, dia ada lendir2 sikit klu masak)
4). Tomato


Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...