Followers

Sunday, September 14, 2014

Sayur-sayuran sedang membesar

Pokok cili padi dan kentang. Kentang dala plastic bag je. Maklumlah kawasan tanaman bukan jenis berpasir. Tanah liat. Kuning lagi..huhu. yang dekat bawah tu sayur kacang panjang hehe...

Wednesday, September 10, 2014

Tanaman

Sayur da bercambah....


Assalamualaikum semua. Hehe perasan kunun2 ada org skodeng blog ni. Tapi takpe, sbg pembuka kata kan? Betul tak? 

Dah lama tak update blog. Entah dah berapa tahun tak update, baru harini berkesempatan. Baiklah, sebenarnya saya dah ada hobi baru. Ceh, hobi konon. Iyee...mmg hobi. Saya memang suka bercucuk tanam. Memandangkan tapak rumah mmg agak luas, why not yanam something hubby ckp. Saya dalam bingung2 tempoh hari baru terfikir. Betul jugak kan, boleh kurangkan perbelanjaan dapur. Hehe...

So selama sebulan bercucuk tanam ni, inilah hasilnya. Sebenarnya lagi bnnyak tanaman dari gambar yang kena post ni. Belum berkesempatan nak tangkap gambar. Bz beno sebenarnya. Hehe..oklah, ini jelah untuk kali ini ;)




Wednesday, May 8, 2013

Akhirnyaa, Saya Lulus JPJ Test!

Alhamdulillah, itu saja yang mamkpu terucap dikala ini. Walaupun benda ni sudah seminggi berlalu, tapi rasa happy masih ada huhuhu. Yelah, test sekali lulus! hohoho! 

Owhh! jap-jap story mory dulu lah kan...
Dengan bangganya, 24/4/2013 yang lalu..pagi-pagi lagi bersiap. Hantar anak-anak ke sekolah. Ayah la yang hantar kan :P (padahal sebelum dapat lesen, saya la tukang drive anak-anak pegi sekolah. huhuhu)
Sebaik saja siap hantar anak-anak ke sekolah, kami pun bergerak ke PMJ. Sampai saja sana, saya cek nama..kata orang kaunter..tunggu saja dekat kerusi luar sana.

So tunggu punya tunggu..adalah 45 minit tunggu..di suruh pula kami berbaris ambil nombor. Tiba saja giliran saya, apa nombor? orang kaunter tu tanya..saya kata P.U 13. Okeh, lpeas mbil nombor saya terus ke litar.
Sampai di litar, tunggu pula dalam 30 minit. Memang jenuh lah menunggu..tunggu semua calon habis ambil nombor kan. Adalah seratus lebih masa tu. Saya siap beli minuman..mundar mandir..pegi parking kereta jumpa adik aqmal dengan ayah sekali.

30 minit kemudian, datang la pegawai jpj  bagi sedikit taklimat. Adalah dalam 2 puluh lebih minit taklimat..pastu bermula la ujian bukit. Oh! memang cuak sangatlah kan..berdebar sangat huhuuh dup dap dup dap! dalam hati saya memang struggle sangat untuk bertenang. Siapalah tidak takut fail kan. Sekali gagal, kena ulang test 130 owhhh! 
selain tu saya doa banyak-banyak, moga-moga lulus lah kan. Sian tau encik suami, terpaksalah cuti lagi kalau repeat test. So test bukit sudah dimulakan, nama orang pertama di panggil..perempuan lelaki..dua-dua sekali test. Lelaki tu selamat..tapi budak perempuan tu fail. Dia tak sampai dekat garisan kuning tu..diberipulak peluang kedua..memang tak sampai jugak..huhuhu kesian. Saya yang menengok dia pun turut sedih. Bukan setakat sedih saja, cuak meninggi jugak. Kalau saya senasib dia nanti macam mana kan? huhuhu

Tak lama lepas tu, nama saya pula kena pnggil. Ohh..tangan kaki menggigil! Tapak tangan sejuk! tapi perjuangan harus diteruskan! hohoho
Jadi saya sign nama dekat satu paper..Lepas tu Tuan JPJ suruh saya ke kereta yang sudah tersedia. Masuk saja kereta, baca sepotong doa. huhuhu..start engin, pastu jalan naik bukit..Alhamdulillah..lepas!
Senyum lebar hampir nak dekat telinga. hehehe tapi cover la kan, kalau tak malu jer..hukhuk

Ambil borang dekat pondok, lepastu ke ujian parking pulak.hehehe..nasib baiklah orang yang test sebelum saya dia park kereta memang ngam. Lurus saja..
JPJ suruh ambil kereta. Rasanya keadaan kereta kancil yang saya dapat sangat kesian. Bila pusing steering bunyi sana sini..mcm nak roboh. huhuhu...tapi alhamdulillah, lepas jugak. heheh tiga penjuru senang saja..hehehhe..cuma jgn lupa saja, jangan gerak sampai lebih 3 kali...ok!

Tengah boring2 tunggu test laluan. Ada sorang perempuan duduk di sebelah saya melekapkan tapak tangan didada. Saya tanya "kenapa? ok ka?" biasalah sy kepocih sikit..hehe
"Aduhh, nasib baik lulus..dapat lagi JPJ yang suka marah2" katanya..huhu
18/20 dia dpt.."syukurlah" kataku..pastu kami borak2 dengan kawan sebelah dia..kawan sekampung dia kot..pasal nampak mcm memang berkenal kenal. Dua2 orang dusun. :)

Tak lama lepas tu nama saya kena panggil. Nervous ok. dapat pulak kereta viva no 8.
Masuk saja kereta viva tu sy beri salam. "Selamat pagi Tuan" hehehe protokol habis..

Selesai cek 5 perkara tu, gerak. Tuan JPJ tu diaammm saja. Sepatah kata tiada. Saya pulak fokus kpd pemanduan. Sampai di traffic light berhenti sebab isyarat merah. Saya paling depan sekali, hijau saja terus masuk gear 1 turunkan hand brake. Aik! mati engin..start lagi, mula gerak mati engin lagik! Argghh..terbayang FAIL suda di depan mata. Start engin lagi, saya race sikit minyak barulah dia gerak. Fuh lega..huhuhu..lepas saja tu, semua sudah berjalan lancar. Masuk PMJ, dia kata saya ada buat 3 kesalahan.

1) Laluan. Makan jalan katanya..
2) Menukar gear..tidak ikut kelajuan. kadang ok kadang tak ok..huhuhu
3) mati engin masa traffic light..yela,..

Tapi over all saya memang dah ok katanya. hihihi..Alhamdulillah, saya turun saja dr kereta..senyum tak lekang lah. First try, lulus! Alhamdulillah! P sudah di tangan :)


 Ini pula FB PMJ

https://www.facebook.com/pages/PUSAT-MEMANDU-JESSELTON-SDN-BHD/157211367684417

Jom Layan Lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...